Trip #VM2014 (Utara) Part 3: Sik/ Yan/ Alor Setar/ Perlis

1.6.2014

yeah, hari ketiga #vm2014 edisi utara nooo! plan hari ni agak ketat, kena cover 2 negeri. hehehe :-) seawal 8 am kami dah memulakan perjalanan jauh ke Sik. hmm, siapa tahu kat negara kita yang iklim khatulistiwa ni ada ladang anggur? yeah, perjalanan ke Sik membuktikan segala-galanya. mari terjah Ladang Anggur Tasik Beris! perjalanan ke ladang anggur ni agak mencabar dengan bantuan waze. habis semua hutan nak terjah! as usual, signage memang sedih! setelah bersusah-payah, akhirnya kami sampai di ladang anggur ni around 9.30 am! 



untuk masuk ke ladang anggur ni, kita kena bayar rm6/ pax. persekitaran ladang ni bersih dan tenang. kami dimaklumkan oleh pekerja di ladang, musim petik memetik anggur baru je habis. huh, kecewa sedikit, tapi takpe boleh save rm50/1kg anggur yang dipetik. hahaha! okey, ai kena admit, mula-mula masuk je dalam khemah pokok-pokok anggur ni, ai macam whoaaaaa, anggur ke tu? jakun. meriah nya pokok anggur ni berbuah! sayangnya, hanya boleh menjamu mata, tak boleh petik okey!





terbaik lah, memang excited uols. geram je tengok anggur-anggur tu. okey, dah selesai melawat anggur, bolehlah basahkan tekak kat kafe berdekatan. oleh kerana kami datang awal pagi, kafe pun tak berapa nak ready. so kami grab la apa yang ada, salah satu soft ice cream ni. oh, yummy!


then, bolehlah singgah kat kedai souvenir ladang anggur. oleh kerana kami lapar nak makan anggur, kami beli sepeket anggur yang berharga rm 15 dan air tin anggur yang marvelous! rasa anggur ni memang manis wei, tak sangka!



untuk makluman kepada sesiapa yang nak buat lawatan ke ladang anggur ni, ,mulai 16.6.14 ladang anggur hanya akan beroperasi pada waktu yang dinyatakan!


kami teruskan perjalanan menjejak signboard Gunung Jerai. hahaha, nama nak naik sehingga ke puncak, tak lah, kami tak cukup masa!


seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Yan untuk kenduri kawen puan ismawan. kelasss, tukar title dah! waktu kami sampai tu agak awal, around 12 pm. apa lagi lunch time la, amik berkat makan lauk kenduri hehe. btw, tahniah kepada ismawan n nizam, semoga perkahwinan hingga ke jannah dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. jangan lupa doakan kami pulak! 

geng bujang bersama puan ismawan. hahaha.





around 2 pm kami minta diri and now masa untuk meneruskan agenda #vm2014! lokasi yang nak diterjah ialah Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad di Jln. Kilang Ais. rumah ni located kat tepi jalan tapi agak terselindung sikit. 



apa yang menarik tentang rumah ni ialah, kita boleh berkenalan lebih lanjut mengenai Tun dan family. kebanyakan barang yang ada dalam rumah ni adalah kepunyaan keluarga Tun. ada sentimental value di situ. please note, yang Tun adalah amat kacak semasa muda. hihihi.


setelah habis sesi lawatan kat rumah kelahiran Tun, kami terjah Masjid Zahir. kalau tak silap masjid ni adalah antara masjid yang tertua kat Kedah ni. amazingly, rekaan masjid ni adalah sangat cantik dan klasik.


tak lengkap rasanya kunjungan ke Kedah, Negeri Jelapang Padi kalau tak singgah ke Pekan Rabu. apa kes kalau tak singgah? hahaha. kami sampai kat Pekan Rabu around 4 pm, tujuan kami hanya satu- pekasam! DJ recommend kedai ikan pekasam Makcik Normah, katanya sedap. so, kami pakat2 beli pekasam puyu n lampam. bau pekasam ni menyegat betul, mesti sedap kalau masak dengan bawang n cili. perghhh. okey, tamat pengembaraan kami di sebahagian tempat Kedah! tqvm!!



baiklah, trip #vm2014 edisi utara noooo, bersambung di Perlis! hello2, Perlis Indera Kayangan! dek masing-masing dah keletihan, maka kami sepakat nak terus ke homestay yang telah kami book. oleh kerana sekarang musim SUKMA kat Perlis, banyak hotel yang dah fully book!

welcome to Wood Valley Lodge!



fuyoo! cantiknya homestay ni! ala-ala resort okey! kami book rumah yang at the middle - The Nest! harga 1 malam ialah rm230. huhuhu. The Nest ada 2 bilik dan 4 katil. ruang The Nest agak selesa untuk keluarga 6-8 orang. untuk kami bertiga, lebih dari muat! kemudahan dan bilik adalah sangat selesa, tapi masing-masing jadi penakut bila terjaga tengah-tengah malam. hahaha. 


kesempatan berada kat Perlis, dimanfaatkan untuk jumpa Nasul, geng lama kat ukm. kami juga minta tolong Nasul belikan harumanis harga ladang! boleh save hampir rm8! petang tu jugak cik wi datang singgah homestay kami. tak sangka betul, rumah cik wi 5 min drive je dari homestay. memang kak long kawasan lah!


bila dah hilang keletihan berjalan, perut pulak bernyanyi-nyanyi minta diisi. malam ni kami janji dengan Nurul untuk dinner sama kat Kuala Perlis! perjalanan ke Kuala Perlis ni agak tricky, dah la hujan pastu banyak sangat jalan-jalan gelap, sampai susah nak percaya jalan yang dilalui tu menuju ke Kuala Perlis! sampai je kat Kuala Perlis, Nurul ajak kami makan di Citarasa Mona Ikan Bakar di KomaLaut. untuk makluman, Mona ni ada 2 cawangan, satu lagi di Laman Brasmana tak jauh pun dari KomaLaut ni. apa nak makan? sudah tentu seafood! so, apa lagi masa untuk pilih apa yang nak dimakan! serahkan pada yang pakar! hehehe.



agak ramai pengunjung masa dinner time ni, ada gak peserta SUKMA. masa menunggu kat Mona ni agak kritikal. mungkin sebab ramai sangat orang. tapi sebab nak makan punya pasal gigih menunggu! nak dijadikan cerita, semua food yang kami order dah memenuhi meja, tapi nasi tak sampai-sampai lagi! tragis, rupa-rupanya nasi tak tanak lagi! hahaha. walau bagaimanapun, penantian kami untuk nasi tak lama sangat sebab kami nampak pekerja Mona keluarkan nasi dari bekas polystyrene! sah rompak nasi dari kedai cawangan! sabar je lah!


hmm, puas betul makan kat Mona ni, mana taknya order sotong 1 kg, udang 1/2 kg, ikan siakap, ketam 2 ekor, sayur (gambar tunggu DJ punya camera, tq DJ!) semuanya hanya rm 130! dan yang lebih syokkk, Nurul belanja makan. hehe. tqvm Nurul! Alhamdulillah! okey, dah kekenyangan! masa untuk pulang ke homestay dan tido.

TQVM semua!

0 comment:

Powered by Blogger.