Trip #VM2014 (Utara) Part 2: Sungai Siput/ Candi Lembah Bujang/ Yan/ Sungai Petani

31.5.2014

selamat pagi sungai siput! awal2 pagi lagi dah ada cabaran! tayar kereta irma pancit. siapakah yang paling berat? hehehe :-) nasib baik ada kedai tayar berdekatan dengan rumah sue, cuma kedai hanya beroperasi jam 9 am. so apa lagi? breakfast time! hmm, kat sungai siput ni punya lah tak banyak kedai breakfast (or kami yang tak tau) pusing punya pusing, akhirnya kami stop kat kafeteria shahwan a.k.a kantin jkr. order nasi lemak dengan ayam bersama teh tarik. nyum!



dah settle urusan tayar irma (Alhamdulillah!) kami teruskan perjalanan mengikut plan hari ni. phew. tapi sebelum tu, kami singgah jap brunch kat medan selera sri tambang nak makan mi udang. hahaha. melantak kan. 


tak dapat dinafikan, mi udang kat kedai ni sedap. sungguh menyelerakan uols! untuk kami bertiga, kami order 1 pinggan mi udang berkuah n 1 pinggan mi goreng udang. itu pun dah cukup menyebabkan kami kekenyangan. hahaha.



dari kedai mi udang kami teruskan perjalanan mencari monumen tsunami di Kota Kuala Muda, Kedah. masih ingat tsunami tahun 2004 dulu? selain Aceh, kawasan ini pun terjejas teruk dengan tsunami. walau bagaimanapun, agak sukar menjejak monumen tsunami ni, google map tak membantu, signage apa ntah lagi. habis berpusing2 dibuatnya, nasib baik pandangan sawah yang hijau menyejukkan rasa. hehehe. around 12.30 pm baru kami sampai di tapak monumen tsunami ni. tapi kat monumen ni takde info yang boleh di baca, so kami capture gambar je lah!

arahan: belok kanan di simpang masjid kota raja dan belok kiri disimpang pertama. ada kedai tom yam songkla. jalan terus hingga jumpa monumen ni.


seterusnya kami meneruskan perjalanan ke candi lembah bujang. selalu dengar dalam buku sejarah je, now boleh tengok depan mata. perjalanan ke candi agak mencabar. no proper signage! kami tiba di candi around 1.30 pm. masa panas terik wei. tapi apa kan daya dah sampai kena lah redah. 


kat candi lembah bujang ni ada 4 candi utama iaitu candi pendiat, candi bukit batu pahat, candi pengkalan bujang dan candi bendang dalam. ada juga muzium arkeologi yang boleh diterjah.






terjah candi-candi yang ada. dasyat eh, tak sangka dapat tengok candi dalam buku sejarah. hahaha. 








amboi dah letih kan panjat candi. masa untuk makan lagi. hahahaha. kali ni kami terjah pantai merdeka pulak. kali ni makan laksa kedah dengan teh o ais limau. lega.





around kol 4 pm, kami teruskan perjalanan ke Yan sempena akad nikah ismawan. amik berkat katanya. hahaha. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz ismawan sah menjadi wife kepada nizam :-)



alang-alang dah sampai rumah ismawan ni, rugi pulak tak posing kat sawah yang menghijau. lama jugak melepak kat rumah ismawan, akhirnya kami minta diri pulang around 7 pm. letih dah ni!



around 8 pm kami sampai di Sungai Petani dan check in kat hotel M Season Boutique Hotel. lega jumpa katil hahaha. kaki dah lenguh wei. 


setelah berehat ala kadar, perut pun dah lapar. masa untuk bersantap. kali ni tak payah pergi jauh sebab next hotel ini ada kedai makan- Dataran Ikan Bakar.


orang kata kat utara ni, makanan laut dia murah dan sedap-sedap. maka apa lagi, jom makan!

 ikan siakap 3 rasa
 sotong goreng kunyit
 kailan ikan masin

overall makanan dia sedap. nyum! okey, dah kenyang apa lagi. masa untuk tido. hehehe :-)

0 comment:

Powered by Blogger.