Trip #VM2014 (Utara) Part 1 : Tanjung Malim/ Ipoh/ Sungai Siput Perak!

30.5.2014

Itinerary trip #VM Edisi Utara- Kedah/ Perlis 4D 3N (update soon. hehehe)

minggu ni kita bersiaran untuk #vm14 edisi utara. oh yeah! seperti biasa trip #vm disertai oleh irma, dj n ai :-) mission ke utara kali ni ialah untuk attend kenduri kawen ismawan sekaligus trip jalan-jalan cari makan kat utara. kali ni kami travel malam selepas waktu bekerja. memang sangap lah, kena pulak hujan lebat. bila hujan ni, masing-masing lapar! so kami decide nak singgah makan pau kat kedai pau Yik Mun, Tanjung Malim. gigih kan. eh, mana boleh lepaskan peluang, dj kata pau ni famous kat Tanjung Malim. apa yang sedapnya? jom makan pau!

kami sampai di kedai Yik Mun around 8 pm. dah sampai kedai pau, haruslah order pau kan. ai as usual peminat pau kaya. nyum! pau kat Yik Mun memang lembut dan gebu. patutlah orang kata sedap. tengah kami dok makan tu, tiba2 irma kata, ada mamat khalid la kat kedai ni. perghhh bajet jumpa retis kat kedai pau?! hahaha.



kami memang sesuatu. dengan mamat khalid pun nak amik gambar kan. sila jeles. hahaha. teringat perbualan dengan mamat khalid malam tu.

kami: abang, kampung kat sini ke?
mk: abang... abang... ada shooting... shooting.... kat upsi... upsi....

hahaha. laaaaa, memang style ni ke dia cakap. ingatkan dalam tv je. ampun bang. hahaha. 


dah kenyang makan pau, kami teruskan perjalanan. hujan mengiringi perjalanan kami. chewah. around 10.30 pm kami sampai kat ipoh. apa lagi dinner time! sue ajak kami makan kat kedai yang agak popular kat kawasan ni, Thumb's cafe. 

 

kedai ni letaknya ditepi jalan, memang easily spot lah. mau taknya, punyalah meriah dengan dekorasi dan orang! well said, sekali pandang tak nampak pun macam kedai makan. dua kali pandang baru nak perasan, tempat makan rupanya. masa kami menjejakkan kaki kedai ni, kagum gak la dengan dekorasi interior kedai ni. antik! banyak barang-barang lama yang rare. gobok (almari) pun ada! perghhhh, menggamit memori gitu!




okey, masa untuk makan! sebagai pembuka selera (naga), kami mulakan dengan kek coklat. hmm, malangnya kek ni rasa kureng sedap sebab a bit dry but still boleh telan. untuk santapan dinner pula, ai order chicken chop, dj & sue order lamb chop n irma order spaghetti bolognase. 

  kek coklat
  chicken chop 
 spaghetti bolognase
lamb chop

perghhh, nampak lazat kan, kan? yup, seperti rupanya, makanan kat sini dihidang sedap. we have no further complaint. hahahaha. masa menunggu pun sekejap je. so, bolehlah kalau korang plan nak makan kat sini. hehehe. recommend. around 11.30 pm, masing-masing dah kekenyangan dan insaf nak balik. bertuah kami, rumah sue ada kat sungai siput, boleh kami tumpang berteduh satu malam :-) jimat kos! hahaha.

okey, chow! nantikan sambungan cerita perjalanan #vm14 edisi utara :-)

2 comment:

DJ said...

wow cepatnya uols update!cerita ipoh dah hapdet kerrr.....gambo besarrr puas mata memandang!

Asilah Kassim said...

hahaha. dah jadi penunggu kat booth @matrade ni. apa lagi update belog lah!

Powered by Blogger.