TM point di UTC Kuala Lumpur@Pudu Sentral

21.6.2014

hari ni plan nak ke TM Point yang terletak di UTC KL, Pudu Sentral. korang tau tak yang TM Point di UTC ni cater keperluan pekerja yang rajin macam kita? eh, maksudnya, kalau hari biasa TM Point kat sini buka dari 8.30 am hingga 10 pm. amazingly buka pula on weekend except cuti umum. haaa, bagus betul perkhidmatan ni kan, tak payah susah2 isi borang keluar pejabat.

tujuan ai ke TM Point adalah untuk uruskan perpindahan talian telefon n streamyx dari rumah lama ke rumah baru. ai jejak kaki kat TM Point kol 10 am. masa masuk tu, memang takde orang, staff pulak tengah tengok citer korea. sakan. bila ai suarakan permasalahan, rupanya staff baru nak on pc. apakah??? nampak sangat ai first customer uols. kesian diorang boring takde customer, korang datanglah ye. hihi.

untuk masalah pindah line ni rupanya it's complicated. dalam sistem tak boleh pula detect tiang terdekat dengan rumah. staff explain nanti technical person akan datang untuk usha tempat. kalau nak kena pasang tiang bagai, memang beratus lah kena bayar. urusan pindah line je dah kena bil rm50. pergh, melayang-layang fulus.

so, kena tunggu the technical person datang. oh, service dalam masa 14 hari bekerja ye, harap semua tabah menunggu. 

0 comment:

Powered by Blogger.