misi CPR persatuan M :-p

27.6.2014

tahun ni cik bendahari kena kerja lebih! usaha memberi bantuan CPR kepada persatuan M diteruskan hari ni. awal-awal pagi cik laila n ai dah terpacak tunggu bank islam cawangan klang buka. objektif hari ni nak activate account yang dorman, update penama bank, request buku cek, request e banker n request penyata akaun. fuhhh, panjang nya list!

bila dah dapat borang2 berkenaan, baru tau bukan mudah buka account atas nama persatuan ni. kena ikut prosedur bank n of coz perlembagaan persatuan. ai memang zero knowledge benda2 ni. hihi. nasib baik officer mr irwan assist kitaorang one by one. tqvm :-)

around 12pm, baru settle urusan. nasib baik mr president turun jumpa kami kat bank bawa dokumen ros n tenyeh signature. kalau tak berkurun lah kitaorang kat bank ni. now kena tunggu mr irwan bagi info pasal permohonan yang banyak tu. hihi :-)

teruskan berjuang persatuan M!



posted from Bloggeroid

photo book project #trip jalan. amik mood dulu!

26.6.2014

setelah sekian lama menyepi dari sebarang aktiviti photo book, akhirnya mood telah datang kembali. hahaha. tapi still, enjin belum panas, agak lems idea nak design datang. iskh laaaa. apapun, cover je dah berjaya design untuk malam ni. oh yeah!

ok sambung progress nanti eh. now masa untuk dapatkan ilham (zzzz)!


kenduri menyambut puasa kat opis :-)

26.6.2014

hari ni kami dah set untuk hari bacaan yasin sempena menyambut kehadiran ramadhan. Alhamdulillah, ramai jugak yang muncul untuk meraikan majlis. sebagai salah seorang geng penganjur, ai ingin mengucapkan terima kasih kepada penyumbang, rakan penganjur dan geng opis yang menjayakan aktiviti kali ni. semoga usaha kecil kita mendapat redha Allah :-)

doa selepas bacaan yasin (credit pic DJ)


masa untuk makan! sedap-sedap makanan yang dihidangkan!










suasana masa makan. santai dan meriah :-)






DJ bersama opah katering



kekenyangan. Alhamdulillah :-)


last but not least, boria hari ni :-)


terima kasih semua :-)

jerebu vs sale di putrajaya

26.6.2014

nampaknya musim jerebu nak singgah lagi. agaknya ada kebakaran kat mana pulak lah ye. dah la sekarang musim panas mendidih. semoga kita semua diberi kekuatan dan kesihatan yang baik dalam musim2 camni.

jerebu di putrajaya
jerebu lagi rm dalam poket

oh, sale datang lagi!!!


meeting oh meeting!

24-25.6.2014

meeting surveilan keselamatan datang lagi. kali ni kat opis je. hehehe. penjimatan katanya. seperti biasa meeting kali ni update isu2 berkaitan surveilan dan food safety. kami ada belajar benda baru gak! 


muka-muka rajin masa meeting


ada orang yang bikin panas dalam meeting. hihi


orang dok lunch time, siti zuraida layan story kat paper "saya takut bercinta-fahrin ahmad". lol.


meeting lagi


muka rajin lagi


ok, meeting habis! jumpa next meeting !


posto dari johor. surprise puerh tea!!

24.6.2014

hari ni tiba-tiba dapat parcel. surprise! asmah hantar sepeket puerh tea via mrs zheng gallery! hahaha. baru je text asmah pasal teh tu, tup2 dah sampai kat tangan. tqvm ye :-)


siap ada kertas catatan lagi. tulisan cina kata, beli satu percuma satu. *agaknya lah! hahaha.


asmah kata dia bagi puerh tea as token of appreciation, wish birthday dia. ahahaha. so sweet asmah. tqvm, tqvm!


now, masa untuk minum teh hijau tanpa gula. oh yeah!


lama tak jumpa? #nuffnang #cpuvcampaigns

24.6.2014

sebagai penulis belog yang rajin (eh?) ai kerap juga intai2 nuffnang punya website. saja lah nak tengok keyword popular, refferal dan lain-lain. pastu intai jugak ada ke cpuv yang sudi melepek kat belog kan, kalau-kalau lah ada.

jeng!


laaa, sudi gak melepek kat belog ai. eh bulgogi? aisey korean wave sangat. lama tak jumpa tau cpuv, rindu mengebu-gebu2. hahaha :-p

update 25.6.2014

wah sebab rindu, ada lagi yang muncul hari ni. kasi senyum sikit.


#floria2014: jejak bunga bersama keluarga

21.6.2014

cerita #floria2014 lagi. kali ni, emak pulak nak pi jalan-jalan kat floria. layankan je lah eh. kami pergi bersama kana-kanak comel Auni n Qila. cuaca memang amat panas time kami sampai kat putrajaya walaupun jam menunjukkan pukul 4.30 pm. phew. 

sampai kat floria, memang terpegun jap sebab ramainya orang! maklumlah hari kedua terakhir penganjuran #floria2014 kan! so, kami explore taman2 yang ada kat setiap tempat. letih berjalan, lagi-lagi kena tunggu cik2 comel ni berjalan. 



 

oleh kerana membawa cik-cik comel, maka kena lah cari aktiviti yang bersesuaian kan. tengok bunga, depa pun takde feel. hahaha. yang bestnya kat floria ni ada rabbit park! kena bayar rm3/pax untuk masuk dan rm1/pek carrot. sigh. ma'long dan kanak-kanak memang excited sangat sebab rabit2 ni sporting dan aktif. seronok la kana-kanak ni berkejaran dengan rabbit. sikit pun tak takut!




dah puas menggomol rabbit, masa untuk sambung mencuci mata. part bunga ni sungguh kepoh rasanya nak capture kanak-kanak ni. apa ntah yang terpegun sangat? ralit semacam.


di taman diraja #floria2014. seperti biasa capture macam-macam aksi cik-cik comel.


di taman inovasi. 


di tempat paling fofular kat #floria2014! cik-cik comel sekali lagi teruja dan terpegun dengan payung yang colorful!!

 

we have so much fun time kat #floria2014! hoyehhhh!!

TM point di UTC Kuala Lumpur@Pudu Sentral

21.6.2014

hari ni plan nak ke TM Point yang terletak di UTC KL, Pudu Sentral. korang tau tak yang TM Point di UTC ni cater keperluan pekerja yang rajin macam kita? eh, maksudnya, kalau hari biasa TM Point kat sini buka dari 8.30 am hingga 10 pm. amazingly buka pula on weekend except cuti umum. haaa, bagus betul perkhidmatan ni kan, tak payah susah2 isi borang keluar pejabat.

tujuan ai ke TM Point adalah untuk uruskan perpindahan talian telefon n streamyx dari rumah lama ke rumah baru. ai jejak kaki kat TM Point kol 10 am. masa masuk tu, memang takde orang, staff pulak tengah tengok citer korea. sakan. bila ai suarakan permasalahan, rupanya staff baru nak on pc. apakah??? nampak sangat ai first customer uols. kesian diorang boring takde customer, korang datanglah ye. hihi.

untuk masalah pindah line ni rupanya it's complicated. dalam sistem tak boleh pula detect tiang terdekat dengan rumah. staff explain nanti technical person akan datang untuk usha tempat. kalau nak kena pasang tiang bagai, memang beratus lah kena bayar. urusan pindah line je dah kena bil rm50. pergh, melayang-layang fulus.

so, kena tunggu the technical person datang. oh, service dalam masa 14 hari bekerja ye, harap semua tabah menunggu. 

#floria2014: jejak bunga bersama rakan sekerja

19.6.2014

floria oh floria. tahun ni dah upgrade nama ke Festival Floria DiRaja Putrajaya. daebak lah! huhu. seperti tahun-tahun yang lepas, floria adalah event yang mesti pergi setiap tahun. bezanya tahun ni, nak masuk kena bayar rm3. which ai rasa bayaran masuk patut dikenakan, at least dapat cover la beli2 bunga, setup event etc. tapi cukuplah rm3 ye ppj. hahaha. kali ini aktiviti ni disertai oleh 3 gadis bunga iaitu DJ, irma n ai. kami gi lepas waktu kerja, so agak tergesa2 untuk ke sana sini. 

apapun, selamat datang ke #floria2014!


kami bermula dengan melawat taman2 universiti/sekolah/kolej. mereka ni semua bertanding. hebat2 dan kreatif. awesome!



 

next kami teruskan perjalanan ke taman-taman rekaan dari agensi korporat etc. kebanyakan buat wedding garden, tak taulah kalau tahun ni tema wedding garden ke? penuh bunga-bunga cinta uols.



tempat yang membuatkan we allz terlebih ceria bila bergambar belakang bunga-bunga plastik yang berwarna-warni ni. 



dan singgah pula kat tasik kenyir. haha


sambung melalui tama-taman dengan konsep kawen, oohhhh!



antara tempat wajib amik gambar kat #floria2014 ialah di sini! - tempat payung berwarna-warni tergantung!! lawa sangat okey. rajin betul mereka menggantungnya!




bukti kehadiran di #floria2014



lagi gambar dengan payung!



maskot tahun ni :-)


eh capture sikit gambar bunga-bunga




bergambar dengan blogger femes wanderlustDJ dan Janggeltrekker. hahaha :-)


dan bunga lagi....



tempat pose "acik-acik" (aka makcik-makcik perkasa :-p). hahaha.

 


bila dah senja, kami pun bergegas beredar dari tapak #floria2014. kebetulan kawan kami nak buka pose, kami pun dah lapar. so, makan dulu kat kawasan medan selera floria. kawasan tempat makan ni ada banyak pilihan makanan. pilih jangan tak pilih!



itulah dia, catatan beberapa jam kat floria masa remang2 senja. hmm, apapun terbaik lah!

Powered by Blogger.