Trip #VM2014: KL Hop On Hop Off City Tour!

11.5.2014

rasanya ramai yang tahu tentang perkhidmatan bas hop on hop off (hoho) kat kl ni. jadi sempena menyahut seruan #visitMalaysia2014 maka kami- emel, finaz, anis n ai telah merajinkan diri explore KL dengan cara "tourist". bila lagi kan? apakah bas hoho ni? konsepnya amat senang sekali ye, sesiapa yang ada tiket bas hoho ni boleh naik atau turun dimana-mana stesen bas hoho.



awal pagi tu, emel, finaz dan ai telah memulakan perjalanan dari erl putrajaya ke stesen kl sentral. perjalanan mengambil masa hanya 20 min sahaja. sampai kat kl sentral, anis dah setia menunggu. apa lagi, masa untuk sarapan pagi ala Malaysia- nasi lemak n teh tarik! 




peta stesen-stesen bas hoho adalah seperti dalam gambar dibawah!

 
KL SENTRAL merupakan stesen ke 11 bas hoho. kat sini yang ada cuma tiang sebagai penanda kat mana tempat nak tunggu bas. kami dapatkan tiket dari akak tiket dengan bayaran rm19/pax untuk pemegang mykad. untuk makluman, tiket ni adalah 24 jam. tapi bukan maksudnya boleh naik sampai tengah malam sebab perkhidmatan bas hoho hanya terhad sehingga 8 mlm setiap hari. okey, setelah penat posing sana-sini, bas hoho pun sampai. yeay, pengembaraan bermula!




tempat pertama yang kami tuju ialah MUZIUM NEGARA. bayaran untuk masuk muzium hanya rm2 sahaja. murah kan. apa yang ada kat muzium ni? pameran kat muzium negara ni terbahagi kepada 4 segmen, dari zaman pra, kesultanan melaka, penjajahan dan masa kini. okey lah, dapat belajar tentang sejarah, kata dapat A masa spm dulu. hihihi.


 

next, kami naik bas menuju ke ISTANA NEGARA jalan duta. kat sini, bas hoho berhenti selama 5 min untuk benarkan kami amik gambar. nampak istana dari jauh tapi tak boleh masuk eh.



perhentian kami seterusnya ialah MASJID NEGARA. kalau berhenti di stesen ni, kita boleh terjah Muzium Kesenian Islam jugak.


 

kemudian kami berempat berjalan kaki ke STESEN KERETA API KUALA LUMPUR. well said, bangunan ktm kl ni memang antik dan bersejarah kot. cantik!

 


 

kemudian kami decide untuk terus berjalan menuju ke Dataran Merdeka. gigih bakar kalori uolsss. bila berjalan dapat capture gambar macam-macam. tapi kalau nak tunggu bas hoho pun boleh gak, pi tunggu kat depan Masjid Negara ye?




hari semakin panas, mari kita turunkan suhu dengan usha apa yang ada dalam KL CITY GALLERY. 


 

dalam KL Gallery ni, kita boleh menyelusuri sejarah KL suatu masa dahulu, kemajuan yang telah dicapai oleh KL dan perancangan pembangunan KL untuk masa depan. thumbs up untuk gallery ni. terpesona ai.


kami teruskan berjalan dan melalui PERPUSTAKAAN KUALA LUMPUR. besar nya library ni.


dan teruskan berjalan hingga ke BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD. kebetulan jalan tutup masa ni kerana ada larian bomba. sebab tu berani berdiri tengah jalan, kalau tak nan ado!




bila perut dah mula lapar, kami tunggu bas hoho ke MEDAN MARA. kalau dah sampai kat area ni apa lagi, boleh lah shopping! tapi kami kan budget tourist, bawak duit makan je. sobs. 



dah kenyang makan, kami teruskan menunggu bas hoho untuk ke KLCC! hmm, bila ada kat KLCC dengan jarak dekat, susah betul nak dapatkan capture yang menarik. ini adalah cubaan yang ntah ke berapa kali! hahahaha.


 

habis sesi di KLCC kami naik bas hoho untuk ke MENARA KUALA LUMPUR. sightseeing je. hihi. kali ni kami dapat duduk di bumbung bas hoho-open air. syok je. 




perhentian seterusnya GOLDEN TRIANGLE! lagi sekali kami berada ditempat orang shopping sakan. kami as usual lah usha apa-apa yang patut dan enjoy suasana yang havoc kat sini :-)



baiklah, jam telah menunjukkan pukul 6 pm. masa untuk pulang. sila beringat, 7.30 pm adalah masa-masa kritikal untuk catch bas hoho untuk balik ke KL SENTRAL. kalau tak dapat naik, pulanglah dengan public transport yang ada ye. perjalanan balik KL SENTRAL melalui jalan-jalan yang jarang2 dilalui. best gak KL ye? hmm, naik bas hoho ni ni memang style la nak explore KL. cuma kena bertabahlah kena tunggu bas sebab frequency dia 20 - 30 min.




okey, sampai sini catatan sehari melancong di KL! eh, jangan lupa explore KL ye! TQVM to emel, finaz n anis!!!

0 comment:

Powered by Blogger.