Trip #VM2014:trip candat-candit-14! ops sutun!

23-25.5.2014

setelah melalui minggu yang amat sukar ('_') trip candat kali ni memang acara yang ditunggu2. kasi hilang itu stress! huhuhu. perancangan trip kali ni dibuat pada awal bulan 3 dan akhirnya kami sepakat untuk pilih tarikh 24.5.14 untuk #opssutun14. oh yeah!

untuk rekod, ini kali keempat ai join aktiviti candat sotong ni. hahaha. memang kalau boleh nak buat event wajib setiap tahun, suka sangat lepak kat laut, feeling so good! setiap kali ke laut untuk candat sotong, banyak experience baru yang ditimba (eh?) kali ni, candat sotong dah pakai joran- tapi ai tak mahir guna joran lagi, pastu kali ni ai dapat naik bot besar dengan 15 orang geng candat. hahaha, geng2 kali ni pun majoriti ai tak kenal sebab rata2 kawan zahid n sha, tapi still diorang ni memang happening n senang je nak blend dengan diorang. tq guys!

geng candat candit 14

ladies- sha, azie n asie
guys- zahid, parok, jayent, zali, hadri, man, roy, pejal, quzi, syahmi, lan, awang


23.5.2014

perjalanan ke terengganu malam tu bermula di putrajaya around 12.30 am. perjalanan tengah pagi ni memang mencabar sebab semua orang mengantuk! walaupun banyak kali juga kami stop, namun rasa mengantuk tu susah benor nak hilang. kesian zahid sebab dia je yang drive. huhu. 

24.5.2014

dalam kol 8 am kami telah selamat sampai kat chukai. kami stop breakfast kat kafe sukiyang sebab azie teringin sangat nak breakfast kat sini. hehehe. kat kafe ni macam2 ada, harga pun boleh tahan. apa yang sedap eh? ai makan roti bakar kaya dan minum teh tarik. sedap. rasa roti tu rare.



abes makan kami teruskan perjalanan ke chendering. nama pun perjalanan santai dan dengan driver yang kritikal mengantuk, akhirnya kami sampai dengan selamat (Alhamdulillah!) di rumah tumpangan mak teh. masa ni masing2 dah flat, ngantuk! walaupun ai cuba nak tido, tapi gagal sebab perut meronta-ronta untuk diisi. macam-macam sangat perut ni.

dalam kol 3 pm, ai turun makan kat kedai sebelah rumah tumpangan ni. ramai gak geng yang dah turun. so sambil makan, kita buat sesi ice breaking dan sesi sharing pengalaman candat. oleh kerana diorang ni semua kebanyakannya beginner, soalan yang keluar tu lawak2 gak la. tapi layan je lah sebab diorang ni memang happening! kat kedai ni ai makan megi goreng, malangnya ada pulak cebisan steel wool (buat sental periuk) terus potong mood nak makan. huh. tapi teh ais limau kedai ni sedap, hilang dahaga.

dalam kol 4 pm, kami bergerak ke LKIM Chendering. masa ni dah ramai gak geng candat menunggu. Pak Ya inform ada 7 group turun mencandat hari ni bawah supervision beliau, masyuk ah. hahaha. sebelum ni sokmo, ai n geng termiss taklimat candat kali ni nasib baik sempat. hahaha. yang tak boleh blah nya, boleh Pak Ya, sound ai ni dah 3 kali turun candat kat Chendering, nak dapat orang ganu ke. hahaha. Amin je lah Pak Ya oiii. 



dalam kol 5.30 pm, masa untuk naik bot dan yeah, masa untuk meneroka lautan demi sesuap sotong! (ok propa lagi) ni lah masa yang ai tunggu2. bukan senang nak ke laut tanpa sebab. masa mula2 naik bot, masing2 excited, first time nak candat sotong kan. dah siap equipment bagai, kami pun hayati perjalanan sepanjang ke kandang sotong.




jam 6.30 pm sampai kat kandang sotong. bila dah park je bot, masing2 amik gear dan mula candat. sudah tertulis bukan rezeki kami agaknya, port 1 ni memang takde sotong yang berjaya dicandat! sedih lah wei. yang excited tadi terus takde mood n mula baring nak hilangkan stress. kesian tengok. untuk ubat luka, tekong n awak2 masakkan nasi dengan sambal sotong (dalam simpanan depa). hoishhh la sedap sangat okey. nak nangis makan!

usai makan, ai pun request kat tekong cari port lain. al maklumlah kalau sampai subuh takde sotong memang sedih sangat lah kan. dalam kol 9 pm, Pak Haji Mehbob cari port candat lain. masa ni masing2 tengah baring2 hilangkan stress. bila bot dah park pun, masing2 tak nak angkat gear lagi. ai memang bersemangat lah nak try port 2 ni, bertambah yakin kat port ni ada sotong bila nampak sotong berenang2 kat permukaan air. 


Alhamdulillah around 9.30 pm, ai berjaya naikkan 2 sotong serentak! hah! good gob! masa ni masing-masing dah bersemangat semula. mungkin dah tertulis rezeki kami, kat port 2 ni banyak sotong torak yang besar2 berjaya diangkat. jayent dari yang nak tido, langsung tak jadi tido, sibuk jadi runner jaga joran. hahaha. ai pulak sepanjang malam tu naikkan 4 ekor je. cukup lah untuk asah skill. lagipun air deras. trip kali ni memang lebih mengujakan!

25.5.2014


trip kali ni jugak ai balik jeti jam 7.30 pagi. selalu kol 3 am je dah cabut dari laut. gigih kan nak melayan geng2 candat yang excited angkat sotong tak habis2 dari malam sampai pagi. sudah tertulis rezeki kami semua malam tu. Alhamdulillah! balik dari jeti kami singgah makan nasi dagang kat kedai berdekatan. kat kedai makcik ni, teh tarik dia memang mengancam. sedap semacam. hahaha. dah kenyang masing2 balik bilik, ingatkan sempat nak tido, malangnya masing-masing bersiap2 nak balik. hahaha. memang layu lah mata dibuatnya, 2 malam tak tido!


pak haji mehboob (betul ke eja nama dia ni?)




masa untuk pulang! around 12.30 pm kami mula bergerak balik. ai, sha, zahid n adik mi singgah kuala terengganu beli kopok dulu. on d way balik memang mata tak dapat bertahan, kepala pun rasa pening- mabuk darat kot. habislah buat ganguan bunyi dalam keta. huhu. kami singgah di rnr gambang untuk pekena nasi n patin tempoyak. ai tak lalu nak makan sebab dizzy sangat! choiiii. kutuk hadri lagi. hahaha. dalam kol 6 pm, kami selamat sampai kat Putrajaya (Alhamdulillah). syukur perjalanan kami selamat pergi dan balik, kawan2 yang lain pun macam tu gak. 


wrap

Alhamdulillah trip ni boleh dikatakan suksess dan rezeki pun boleh tahan. harap2 tahun depan boleh pulun seround lagi. hehe :-) untuk gambar sila tunggu e flip album eh, macam biasa lah!

p/s: untuk DJ, mission gagal lagi trip kali ni. semua tak available. huhu. tapi boleh lah nak cuci mata kasi terang. hahaha.

0 comment:

Powered by Blogger.