saat bersama OREO!

16.5.2014

lunch hari ni, kami pergi makan beramai-ramai kat secret recipe alamanda. tujuan gathering kali ni ialah nak celebrate birthday boss dan bachelor party cik wan. hehehe. 


rupanya ada sesi "Saat Bersama Oreo" kat SR. apa lagi kami pun pakat2 nak join. actually, kempen oreo ni telah dijalankan untuk menyedarkan KITA SEMUA BAHAWA DENGAN ADANYA GADJET kita semua semakin jauh. mana taknya baru je sampai tempat makan, masing-masing check hp. anti sosial kan. insaf. apa yang kami perlu buat ialah, simpan semua hp dalam plastik dan main game. DJ bacakan task pada kad oreo, dan kami masing2 take turn untuk jawab. menarik gak lah. hehehe.

habis sesi, kami pun makan. nyum! untuk menghargai penyertaan kami, oreo bagi kami voucher kek SR OREO dan sijil. how sweet.





 

sebenarnya pada zaman teknologi ni, memang susah sangat kita nak berenggang dengan hp. kejap2 nak update fb, instagram, whatsapp, twitter dan macam-macam. however, kita kena mulakan langkah untuk bentuk bonding antara keluarga, kawan2, rakan sekerja dll untuk mengelakkan masalah yang lebih runcing pada masa akan datang.

terima kasih OREO atas peringatan ni!

0 comment:

Powered by Blogger.