menjejak aysk selepas 13 tahun. memori!

4.5.2014

hari terbuka aysk! kak nani berkali2 ingatkan soh datang open day aysk. mula2 tu macam malas je nak pi sebab ada kat kampung, tapi bila mengenangkan lama tak jejak aysk, rindu pulak. hahaha. maka, ai plan ngan anis n pnaz untuk bertandang ke aysk. around 3 pm kami jejak kaki kat aysk. syahdu weh. lama tak datang sini, macam-macam kenangan menerpa, masing2 layan perasaan. hahaha. orang kata, tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain. betul tak?

masa kitaorang sampai, banyak gerai2 jualan dah mula tutup, maklumlah dah petang ahad, dah ramai yang penat dan mungkin jugak dah takde customer. oleh kerana niat kitaorang datang untuk mengimbau kenangan muda belia, takde hal lah bila gerai tutup.

ai jumpa kak nani, kak rosni, abg zali, ustaz zohdi- mereka yang setia berkhidmat dengan aysk hingga kini. tabik springgg lah! walaupun yayasan selangor dah mula dipandang sepi- atpn/atdi dah tutup (kesian nizam tak boleh balik melawat atdi, hahaha) tapi hakikat yang tak boleh diubah; yayasan selangor telah banyak berbakti dalam kehidupan ai. hmm. 

kadang2 kagum gak bila, banyak benda yang masa zaman sekolah kita tengok masih ada dan jeles gak dengan adik2 sekarang yang dimanjakan dengan macam2 peralatan! hahahaha, dengki weh, apasal zaman kitaorang takde mesin basuh kat hostel!!!!

around 4.30pm naza sampai kat aysk. kira kitaorang buat reunion kecil-kecilan lah. sempat gak borak2 sikit sebelum masing2 chow bawa haluan sendiri. oleh kerana ai n anis tumpang pnaz, maka kami follow pnaz ke HTAR petang tu untuk lawat saudara dia yang masuk hospital due to denggi. 

apapun, harap2 aysk akan terus suksess dan yang paling penting aysk please survive!

pic: gembira dah jejak kaki kat aysk! kami anak bertuah, tunas yayasan gagah!

 

pic: finaz tak percaya jumpa frame gambar yang ada muka dia. hihi


pic: kolam yang berlumut. dulu hingga kini.


pic: geng satu batch ahli pancaragam. gambar terpampang kat dinding. sayangnya band aysk telah dihapuskan. rugi betul!



pic: dewan makan yang masih mengekalkan bau yang sama. oh my dewan makan!



pic: dengan kak rosni


pic: dengan kak nani


pic: lapar!


pic: aysk here we come!




pic: us!

0 comment:

Powered by Blogger.