menjejak air terjun Lata Medang, Kuala Kubu Bharu. phew! #VM2014

13.5.2014

cuti wesak kali ni memang betul2 mencabar. ingatkan nak hibernasi je, tapi sha dah ajak pi air terjun Lata Medang, jauh di Kuala Kubu Bharu. nak tolak terasa sayang, best tu pi air terjun. maka ai bersetuju dengan gembiranya. hahaha. perjalanan mengambil masa dalam 2 jam 30 min. trip kali ni, ai join sha n senior2 ogkl. 


nak pergi air terjun memang excited, tapi kesalahan ai paling nyata ialah- pakai sandal je nak terjah Lata Medang tu. akibat tak sempat nak research n percaya je kat sha n zahid, padan muka ai kena menapak selama 3 jam naik dan 2 jam turun dengan susah payah nya. maklumlah, takde jiwa hikers/trekker, sengsara benar rasanya! nasiblah geng2 yang ada supportive each other.



memang nak menangis dibuatnya kena menapak jauh nak pi air terjun ni. tapi ku gagahkan jua. bila agak2 dah letih sangat tu, motivasi lah diri sendiri. kanak-kanak pun mampu lakukan ini kan pula diriku yang dewasa ini. ahahaha.



di sepanjang perjalanan kami menapak ke atas, ramai juga orang yang kami jumpa. rupanya memang ramai yang trekking kat kawasan ni, bezanya waktu kami naik depa semua dah turun! hahaha. okey, finally dalam kol 2 pm, kami sampai di Lata Medang. nampak je air terjun, hilang segala kepenatan menapak tadi. nyaman weh air dia. sejuk sangat! apa lagi nampak air terjun kena lekas2 la terjah, sejukkan badan katanya. huhuhu. 





setelah puas berendam, masa untuk menapak turun. kalau tak silap kami mula turun around 4 pm. gigih lah, dah la hujan, jalan licin. memang sakit kaki la menahan dari terjelepuk jatuh. kalau tak malu besar beb! sampai kat bawah, kanak-kanak sambung mandi air sungai. ai, jangan harap lah, kaki dah sakit kot. sangat makcik kan.


overall, memang puas hati dapat pergi air terjun Lata Medang ni. air bersih dan sejuk. cuma bila kenang2, memang parah betul lah nak menapak jauh tu. sedih!


dalam perjalanan balik, kami singgah makan kat kedai Arya Seafood. masakan dia boleh tahan sedap. satu insiden yang tak boleh blah kat sini, ai order teh o ais limau, air yang sampai teh ais limau. apa nak buat, telan je laa. nasib boleh layan air fusion ni. hihi.

tqvm guys!

2 comment:

Muhammad Khairuddin Lim said...

nice sharing...nak pi sana minggu ini.

Asilah Kassim said...

Salam

Selamat trekking n enjoy kesejukan air terjun Lata Medang

Powered by Blogger.