makan di Aroma Ikan Bakar, Jeram!

17.5.2014

petang selepas melawat progress rumah famili, perut meronta-ronta mahu makan. mula-mula ingat nak pekena mi udang kat pantai peranginan, tapi tup-tup terlalu pulak kat depan aroma ikan bakar jeram. teringat mak pernah kata yang dia tak pernah makan kat sini, maka ai ajak famili makan petang aka dinner. untuk rekod, ni kali ke-2 ai jejak kaki kat sini. 


mula-mula kena pilih bahan mentah dan buat pilihan masakan. jangan lupa tengok harga masa memilih, takut terbuntang biji mata masa nak bayar. hahaha



sementara menunggu makanan, layan dulu view pantai jeram. seperti biasa pantai jeram ni pantai lumpur, jangan harap la nak tengok air crystal clear eh?



oleh kerana hari cuti, agak ramai pengunjung kat aroma ni. al maklumlah top kan tempat ni. masa menunggu pun agak lama, tapi as long ayah boleh bersabar maksudnya okey lah tu. hahaha. untuk dinner hari ni kami order sayur kailan ikan masin, ikan siakap 3 rasa, sotong goreng tepung, pepahat masam manis dan sup cendawan. in term of taste, masakan kat kedai ni biasa2 je la 3/5. ada tempat yang lebih sedap ai pernah makan kot. ayah tak berapa suka rasa ikan siakap tu sebab rasa ikan bela. cerewet sikit dia bab2 ikan ni. mak tengok macam enjoy je. 






untuk sesi makan kali ni ai bayar rm115 untuk 4 orang. in average rm25++ sorang. still acceptable kot? hmm, next time nak terjah medan ikan bakar pulak, kedai next door aroma. 

0 comment:

Powered by Blogger.