karnival belia putrajaya dan big bad wolf

23.5.2014

karnival belia putrajaya adalah event yang berjaya membuatkan ai jadi bengkek dengan penganjurannya saban tahun. al maklumlah bila office dah depan tapak karnival, kena pulak jalan tutup sana sini, jauh nak menapak, habis semua baju basah lencun (propa). huhu. tapi apa nak buat kan, redha je lah. 

petang tu dj n ai sempat pi terjah big bad wolf kat karnival belia ni. kakak-kakak belia sangat kan sebab nak pi cari buku kat kanival belia. nan ado lah kakak-kakak ni nak intai aktiviti kat tapak karnival, sebab macam tak kena je. jauh sangat rasanya gap umur kakak-kakak belia dengan adik-adik belia. hahah, so tua eh!

ai first time pi big bad wolf ni. memang terbeliak biji mata sebab harga buku dia murah gile. selalu dengar orang cakap je, bila tengok depan mata rasa macam, nak beli semua. hahahaha. tapi mood hari ni menyeleweng sikit sebab exam haccp tadi susah bangat! tengok buku pun cam takde nafsu. haish.





0 comment:

Powered by Blogger.