cuti hari pekerja dan lawat cikgu sazman

1.5.2014

hari ini ialah hari cuti pekerja. selamat hari pekerja. hari ni sepatutnya ai chow balik kampung, tapi oleh kerana zila ajak temankan dia pi melawat cikgu sazman, niat balik kampung tunda keesokan hari. kampung tak lari ke mana kan. rumah cikgu sazman terletak di senawang, neg 9. ai naik komuter ke seremban, zila pick up dan kami terus menuju ke rumah cikgu sazman. masa tu baru jam 11 am. awal kan nak melawat. hahaha.


mula-mula cam cuak gak la nak datang rumah orang pagi-pagi. tapi dah sampai kami redah je lah! nasib kami memang baik, wife cikgu sazman sambut kami dengan muka gembira. haha. tak lah terasa seperti menganggu. hihi. cikgu sazman tengah baring dan sedar akan kedatangan kami. dia nampak gembira bila kami beritahu kami student matriks kolej chermai (kc) yang dah hampir 14 tahun tak jumpa. sempat cikgu berseloroh, katanya kami orang yang ke 6 dari kc. hihi. cikgu juga inform kami yang dia tak nampak n dengar dengan jelas dan minta doakan dia semoga sembuh. sebak betul rasa masa tu.

hmm.

wife cikgu, kak najihah sangat peramah. kami berdua memang kagum dengan dia sebab muka dia tenang dan redha. kebetulan masa kami datang tu, dia tengah layan cerita kilauan emas. memang macam2 kami borak. macam dah lama kenal. masa tu cikgu sazman mengadu sakit kepala, kak najihah urut cikgu perlahan2 sampai cikgu tertidur. pergh, kagum wei. terdetik dalam hati kitaorang, mampu ke nak jadi wife setenang tu? semoga Allah balas budi kak najihah jaga cikgu.


setelah berborak sakan, dalm kol 12.30 pm, kami minta diri untuk pulang. kak najihah kata cikgu sebenarnya happy sangat kalau dia dengar ada student kc datang, sebab masa zaman dia mengajar kc tu pun dah lama. in fact, kami adalah batch 2nd last sebelum kc ditutup.

buat cikgu, semoga cikgu terus kuat menghadapi kesakitan. kami tahu, kanser hidung bukan lah satu penyakit yang mudah sembuh, tapi kami percaya yang cikgu mampu tabah dengan dugaan ini. Insya Allah, kami akan terus doakan cikgu lekas2 sembuh.

0 comment:

Powered by Blogger.