megi kari dengan sotong. haha.

29.5.2014

satu perkara yang paling di aim masa trip candat ialah masak megi sotong atas bot. walau bagaimanapun, mood memasak takde masa atas bot (lebih kepada segan pulak nak memasak kat ruang kecil tu). setelah berhari-hari meninggalkan laut, tekak meronta-ronta pulak nak makan megi sotong. demm. sotong kena pulak beli kat kedai. #aptb.

tadaa. megi sotong perisa kari dengan telur. nyum.



posted from Bloggeroid

untuk yang lebih segar! oh belog!

28.5.2014

semalam DJ ajar cara-cara nak mengembangkan template kat blog dan buat adjustment mana-mana yang patut. teruja. lantas makcik telah rajinkan diri, tukar template dan buat service ke atas belog ini. hasilnya adalah seperti apa yang dilihat. ahahaha. gadis sangat template ni.

amacam segar ke tak?


travel plan dah siap! #vm2014 edisi utara!

28.5.2014

setelah begitu lama menangguhkan kerja yang satu ni, akhirnya travel plan siap! oh yeah! baru balik berjalan kaki gatal nak berjalan lagi. ongkos nya makan ratusan. iskh laaa.

jom ke utara! sahut saranan #VM2014!!


posted from Bloggeroid

Trip #VM2014:trip candat-candit-14! ops sutun!

23-25.5.2014

setelah melalui minggu yang amat sukar ('_') trip candat kali ni memang acara yang ditunggu2. kasi hilang itu stress! huhuhu. perancangan trip kali ni dibuat pada awal bulan 3 dan akhirnya kami sepakat untuk pilih tarikh 24.5.14 untuk #opssutun14. oh yeah!

untuk rekod, ini kali keempat ai join aktiviti candat sotong ni. hahaha. memang kalau boleh nak buat event wajib setiap tahun, suka sangat lepak kat laut, feeling so good! setiap kali ke laut untuk candat sotong, banyak experience baru yang ditimba (eh?) kali ni, candat sotong dah pakai joran- tapi ai tak mahir guna joran lagi, pastu kali ni ai dapat naik bot besar dengan 15 orang geng candat. hahaha, geng2 kali ni pun majoriti ai tak kenal sebab rata2 kawan zahid n sha, tapi still diorang ni memang happening n senang je nak blend dengan diorang. tq guys!

geng candat candit 14

ladies- sha, azie n asie
guys- zahid, parok, jayent, zali, hadri, man, roy, pejal, quzi, syahmi, lan, awang


23.5.2014

perjalanan ke terengganu malam tu bermula di putrajaya around 12.30 am. perjalanan tengah pagi ni memang mencabar sebab semua orang mengantuk! walaupun banyak kali juga kami stop, namun rasa mengantuk tu susah benor nak hilang. kesian zahid sebab dia je yang drive. huhu. 

24.5.2014

dalam kol 8 am kami telah selamat sampai kat chukai. kami stop breakfast kat kafe sukiyang sebab azie teringin sangat nak breakfast kat sini. hehehe. kat kafe ni macam2 ada, harga pun boleh tahan. apa yang sedap eh? ai makan roti bakar kaya dan minum teh tarik. sedap. rasa roti tu rare.



abes makan kami teruskan perjalanan ke chendering. nama pun perjalanan santai dan dengan driver yang kritikal mengantuk, akhirnya kami sampai dengan selamat (Alhamdulillah!) di rumah tumpangan mak teh. masa ni masing2 dah flat, ngantuk! walaupun ai cuba nak tido, tapi gagal sebab perut meronta-ronta untuk diisi. macam-macam sangat perut ni.

dalam kol 3 pm, ai turun makan kat kedai sebelah rumah tumpangan ni. ramai gak geng yang dah turun. so sambil makan, kita buat sesi ice breaking dan sesi sharing pengalaman candat. oleh kerana diorang ni semua kebanyakannya beginner, soalan yang keluar tu lawak2 gak la. tapi layan je lah sebab diorang ni memang happening! kat kedai ni ai makan megi goreng, malangnya ada pulak cebisan steel wool (buat sental periuk) terus potong mood nak makan. huh. tapi teh ais limau kedai ni sedap, hilang dahaga.

dalam kol 4 pm, kami bergerak ke LKIM Chendering. masa ni dah ramai gak geng candat menunggu. Pak Ya inform ada 7 group turun mencandat hari ni bawah supervision beliau, masyuk ah. hahaha. sebelum ni sokmo, ai n geng termiss taklimat candat kali ni nasib baik sempat. hahaha. yang tak boleh blah nya, boleh Pak Ya, sound ai ni dah 3 kali turun candat kat Chendering, nak dapat orang ganu ke. hahaha. Amin je lah Pak Ya oiii. 



dalam kol 5.30 pm, masa untuk naik bot dan yeah, masa untuk meneroka lautan demi sesuap sotong! (ok propa lagi) ni lah masa yang ai tunggu2. bukan senang nak ke laut tanpa sebab. masa mula2 naik bot, masing2 excited, first time nak candat sotong kan. dah siap equipment bagai, kami pun hayati perjalanan sepanjang ke kandang sotong.




jam 6.30 pm sampai kat kandang sotong. bila dah park je bot, masing2 amik gear dan mula candat. sudah tertulis bukan rezeki kami agaknya, port 1 ni memang takde sotong yang berjaya dicandat! sedih lah wei. yang excited tadi terus takde mood n mula baring nak hilangkan stress. kesian tengok. untuk ubat luka, tekong n awak2 masakkan nasi dengan sambal sotong (dalam simpanan depa). hoishhh la sedap sangat okey. nak nangis makan!

usai makan, ai pun request kat tekong cari port lain. al maklumlah kalau sampai subuh takde sotong memang sedih sangat lah kan. dalam kol 9 pm, Pak Haji Mehbob cari port candat lain. masa ni masing2 tengah baring2 hilangkan stress. bila bot dah park pun, masing2 tak nak angkat gear lagi. ai memang bersemangat lah nak try port 2 ni, bertambah yakin kat port ni ada sotong bila nampak sotong berenang2 kat permukaan air. 


Alhamdulillah around 9.30 pm, ai berjaya naikkan 2 sotong serentak! hah! good gob! masa ni masing-masing dah bersemangat semula. mungkin dah tertulis rezeki kami, kat port 2 ni banyak sotong torak yang besar2 berjaya diangkat. jayent dari yang nak tido, langsung tak jadi tido, sibuk jadi runner jaga joran. hahaha. ai pulak sepanjang malam tu naikkan 4 ekor je. cukup lah untuk asah skill. lagipun air deras. trip kali ni memang lebih mengujakan!

25.5.2014


trip kali ni jugak ai balik jeti jam 7.30 pagi. selalu kol 3 am je dah cabut dari laut. gigih kan nak melayan geng2 candat yang excited angkat sotong tak habis2 dari malam sampai pagi. sudah tertulis rezeki kami semua malam tu. Alhamdulillah! balik dari jeti kami singgah makan nasi dagang kat kedai berdekatan. kat kedai makcik ni, teh tarik dia memang mengancam. sedap semacam. hahaha. dah kenyang masing2 balik bilik, ingatkan sempat nak tido, malangnya masing-masing bersiap2 nak balik. hahaha. memang layu lah mata dibuatnya, 2 malam tak tido!


pak haji mehboob (betul ke eja nama dia ni?)




masa untuk pulang! around 12.30 pm kami mula bergerak balik. ai, sha, zahid n adik mi singgah kuala terengganu beli kopok dulu. on d way balik memang mata tak dapat bertahan, kepala pun rasa pening- mabuk darat kot. habislah buat ganguan bunyi dalam keta. huhu. kami singgah di rnr gambang untuk pekena nasi n patin tempoyak. ai tak lalu nak makan sebab dizzy sangat! choiiii. kutuk hadri lagi. hahaha. dalam kol 6 pm, kami selamat sampai kat Putrajaya (Alhamdulillah). syukur perjalanan kami selamat pergi dan balik, kawan2 yang lain pun macam tu gak. 


wrap

Alhamdulillah trip ni boleh dikatakan suksess dan rezeki pun boleh tahan. harap2 tahun depan boleh pulun seround lagi. hehe :-) untuk gambar sila tunggu e flip album eh, macam biasa lah!

p/s: untuk DJ, mission gagal lagi trip kali ni. semua tak available. huhu. tapi boleh lah nak cuci mata kasi terang. hahaha.

sha kena birthday prank vs journey to the east!

23.5.2014

finally masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. weekend untuk mencandat sotong. like sangat2!! oleh kerana trip kali ni ramai yang ai tak kenal, ada sedikit saspen lah. hahaha. ye lah kot2 diorang ni anti sosial ke, tak suka orang luar ke apa. okey, panik tak kena tempat. dush.

sebelum memulakan perjalanan ke timur, kami semua berkumpul kat taman seri empangan. ni semua idea zahid yang nak celebrate birthday wifey kesayangan dia, sha. satu benda yang ai paling respect kat kawan2 diorang ni ialah semangat setia kawan yang tinggi. datang semata-mata nak celebrate birthday. kagum. bertuah sha ada kawan2 camni. bila dah ramai tu, mula lah nak sorok2 kan diri sebab rasa "asing". nasib adik mi (adik sha) follow trip ni, ada gak la kawan2 borak. 

acara baling tepung dan telur bermula. gila ah. permainan zaman sekolah menengah ni ada lagi. hahaha. sangat muda-mudi diaorang ni. poor sha, dah bau telur. hahahaha.

anyway sha, happy 31 st birthday! semoga diberikan umur yang berkat, rezeki yang bertambah, semoga dikurniakan zuriat yang soleh n solehah, sentiasa jadi kawan yang baik dan tq for everything!

hmm, malam tu kami mulakan perjalanan santai ke timur tepat jam 12.30 am. awal pagi sangat.


 



roy, qis, sha, zahid, parok, jayent, hadri, zali

karnival belia putrajaya dan big bad wolf

23.5.2014

karnival belia putrajaya adalah event yang berjaya membuatkan ai jadi bengkek dengan penganjurannya saban tahun. al maklumlah bila office dah depan tapak karnival, kena pulak jalan tutup sana sini, jauh nak menapak, habis semua baju basah lencun (propa). huhu. tapi apa nak buat kan, redha je lah. 

petang tu dj n ai sempat pi terjah big bad wolf kat karnival belia ni. kakak-kakak belia sangat kan sebab nak pi cari buku kat kanival belia. nan ado lah kakak-kakak ni nak intai aktiviti kat tapak karnival, sebab macam tak kena je. jauh sangat rasanya gap umur kakak-kakak belia dengan adik-adik belia. hahah, so tua eh!

ai first time pi big bad wolf ni. memang terbeliak biji mata sebab harga buku dia murah gile. selalu dengar orang cakap je, bila tengok depan mata rasa macam, nak beli semua. hahahaha. tapi mood hari ni menyeleweng sikit sebab exam haccp tadi susah bangat! tengok buku pun cam takde nafsu. haish.





masa-masa sukar dan promo Pixajoy lagi!

21.5.2014

phew. lama betul membuat pengabaian pada belog ni. kesian. nampaknya kesungguhan menulis semakin pudar. tambahan pula sejak akhir-akhir ni, internet semakin lembab dan selalu (sangat) membuatkan jiwa tersiksa. ah! (alasan!) untuk rekod, ada 6 post yang tertunggak. cerita pi jalan-jalan kl, mandi air terjun semua tak reti-reti nak taip. sindrom malas lah tu. 

okey, abaikan keluhan itu.

hmm, kenapa eh Pixajoy asyik sangat buat promo ni. now sempena hari bapa pulak. iskh laaa, nasib baik voucher promo banyak lagi dan rm pun dah menyusut, memang takde la nak beli voucher2 ni kan. projek photo book pun banyak tertunggak ni ha, belum campur projek pb orang lain. pengsan!

promo pixajoy sempena hari bapa pun mengancam. pastu ada pulak nak free eco mug. ceh!



so seperti biasa, kalau berminat lekas-lekas terjah promo yang berlangsung dari 19 hingga 31 Mei 2014! klik link kat bawah untuk intai promo. selamat membeli! (jealous mode)

tough week. oh la la! kursus advance haccp!

19-23.5.2014

kursus adalah masa-masa yang menggembirakan tapi kadang-kadang boleh menjadikan seseorang jiwa kacau bila penghujung kursus ada exam! well that's me! kali ni ai attend kursus advance haccp. hamik, kursus manja-manja gmp n haccp implementation tak pi terus nak berdesup pi advance. sudahnya memang sangap lah dalam kelas. memanglah masa study dulu dah belajar tapi 2 ke 4 jam kredit, pastu touch surface2 je, setakat 7 princip haccp tu memanglah hujung jari je. hahaha.


walau bagaimanapun, kelas macam tu jugak lah. belajar, angguk dan cuba fahamkan. cikgu lizawati dari sirim ni pun comel je, senang belajar ngan dia. tapi kesian gak kat cikgu, sebab dia ingat kami semua existing auditor, nak tak nak dia kena ajar bersungguh-sungguh, sebab kadang-kadang kami tanya soalan ntah apa-apa. sorry cikgu!



hari exam tiba. nak dijadikan ceita, exam start 2.30pm petang jumaat tu. ai pulak boleh confident masuk bilik periksa 15 minit lambat. gila betul! hmm, ai should say, exam tu susah. hahaha. habis lah weiii, apa cer? keyakinan untuk lulus tu tipis gak lah, sebab soalan situasi tu ala-ala susahnya. 

now, tawakal je lah. cikgu, harap-harap mood kamu baik masa menanda kertas periksa ai. 

makan di Aroma Ikan Bakar, Jeram!

17.5.2014

petang selepas melawat progress rumah famili, perut meronta-ronta mahu makan. mula-mula ingat nak pekena mi udang kat pantai peranginan, tapi tup-tup terlalu pulak kat depan aroma ikan bakar jeram. teringat mak pernah kata yang dia tak pernah makan kat sini, maka ai ajak famili makan petang aka dinner. untuk rekod, ni kali ke-2 ai jejak kaki kat sini. 


mula-mula kena pilih bahan mentah dan buat pilihan masakan. jangan lupa tengok harga masa memilih, takut terbuntang biji mata masa nak bayar. hahaha



sementara menunggu makanan, layan dulu view pantai jeram. seperti biasa pantai jeram ni pantai lumpur, jangan harap la nak tengok air crystal clear eh?



oleh kerana hari cuti, agak ramai pengunjung kat aroma ni. al maklumlah top kan tempat ni. masa menunggu pun agak lama, tapi as long ayah boleh bersabar maksudnya okey lah tu. hahaha. untuk dinner hari ni kami order sayur kailan ikan masin, ikan siakap 3 rasa, sotong goreng tepung, pepahat masam manis dan sup cendawan. in term of taste, masakan kat kedai ni biasa2 je la 3/5. ada tempat yang lebih sedap ai pernah makan kot. ayah tak berapa suka rasa ikan siakap tu sebab rasa ikan bela. cerewet sikit dia bab2 ikan ni. mak tengok macam enjoy je. 






untuk sesi makan kali ni ai bayar rm115 untuk 4 orang. in average rm25++ sorang. still acceptable kot? hmm, next time nak terjah medan ikan bakar pulak, kedai next door aroma. 

rumah famili in progress: grill putih

17.5.2014

nampaknya progress rumah dah sampai stage2 terakhir. lawatan kali ni, dah nampak grill terpasang. ada nampak sedikit pelik di situ. layan je lah. main problem sekarang, kena tambak tanah kat sekeliling rumah. ayah kata dalam 5 lori tanah diperlukan. phew. mana nak cari rm ni? huhu

Ya Allah, mohon permudahkan urusan kami. 

sepupu yang telah pergi. Al-Fatihah.

17.5.2014

malam tadi kami sekeluarga dikejutkan dengan berita pemergian angah edah, cousin ai. Innalillah, janji Allah itu pasti. yang hidup pasti akan mati. arwah meninggal disebabkan oleh denggi. semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Ya Allah, ampunkan lah dosa-dosa angah edah sepanjang hayatnya.

saat bersama OREO!

16.5.2014

lunch hari ni, kami pergi makan beramai-ramai kat secret recipe alamanda. tujuan gathering kali ni ialah nak celebrate birthday boss dan bachelor party cik wan. hehehe. 


rupanya ada sesi "Saat Bersama Oreo" kat SR. apa lagi kami pun pakat2 nak join. actually, kempen oreo ni telah dijalankan untuk menyedarkan KITA SEMUA BAHAWA DENGAN ADANYA GADJET kita semua semakin jauh. mana taknya baru je sampai tempat makan, masing-masing check hp. anti sosial kan. insaf. apa yang kami perlu buat ialah, simpan semua hp dalam plastik dan main game. DJ bacakan task pada kad oreo, dan kami masing2 take turn untuk jawab. menarik gak lah. hehehe.

habis sesi, kami pun makan. nyum! untuk menghargai penyertaan kami, oreo bagi kami voucher kek SR OREO dan sijil. how sweet.





 

sebenarnya pada zaman teknologi ni, memang susah sangat kita nak berenggang dengan hp. kejap2 nak update fb, instagram, whatsapp, twitter dan macam-macam. however, kita kena mulakan langkah untuk bentuk bonding antara keluarga, kawan2, rakan sekerja dll untuk mengelakkan masalah yang lebih runcing pada masa akan datang.

terima kasih OREO atas peringatan ni!
Powered by Blogger.