Trip #VM2014 Part 2: Ipoh, Perak

12.4.2014

mari sambung cerita jalan2 di kat Ipoh. refer post ini untuk cerita part 1. siapa kata Ipoh tak banyak tempat menarik? hehehe. baiklah setelah kecewa dengan kedai kek yang tutup, kami teruskan perjalanan menjejak Kampung Kacang Puteh, Bintong. apa yang menarik? kat sini adalah central tempat pembuatan dan penjualan kekacang, maruku dll. eh, famous tau tempat ni. kali ni kami bernasib baik, sebab kedai kekacang ni beroperasi. kami telah singgah di kedai D.N.S. yang banyak menjual kacang-kacang/maruku/kerepek yang masih fresh. sedap la jugak, harga pun berpatutan.





setelah puas makan maruku, kami teruskan perjalanan ke Kellie's Castle. ini memang salah satu tempat tarikan utama bila datang kat negeri Perak ni. masa kami datang tu, hari seakan2 nak hujan, gelap je. sesuai la dengan mood nak explore Kellie's Castle ni. untuk sejarah Kellie's Castle, sila lah google sendiri ye, macam2 versi ada. bayaran masuk yang dikenakan adalah sebanyak rm 4. mengikut pemerhatian kami, Kellie's Castle ni dijaga dengan baik, cuma kat padang tu je kemuncup tinggi2. takde lah feeling yang pelik2 pun bila berada kat Kellie's Castle ni, tapi ada sedikit la seram lagi2 bila ada kat balkoni serambi berhantu tuh.







habis sesi di Kellie's Castle, kami teruskan perjalanan ke The Last Dredge yang terletak di Tanjung Tualang, Ipoh. tempat ni tak jauh dari Kellie's Castle, tapi agak mencabar jugak lah nak mengesan kapal korek ni. bayaran masuk yang dikenakan ialah rm 6 untuk orang dewasa. hmm, walaupun tempat ni dinamakan "The Last Dredge, Warisan Kapal Korek Bijih Timah", tapi tempat dia agak mendukacitakan. sedih, poor maintenance untuk kawasan sekitar dan kapal korek tu. masa kami sampai, bau tahi lembu dari kandang lembu berdekatan begitu kuat menusuk hidung. yang paling tak boleh terima, kawasan ni dijadikan tempat mat-mat kampung main motor scrambler! apa kes? kitaorang pun macam blur2 je dengan tempat ni, tapi manage buat 1 pusingan mengelilingi kapal korek ni. rasa sayang betul tempat ni tak terjaga. jambatan perhubungan ke kapal korek pun dah roboh, tak dapat kami nak explore kapal korek ni! eiii, geram je.





walaupun agak kecewa, perjalanan tetap diteruskan. chewah. dalam perjalanan balik ke pekan Ipoh, kami telah singgah kat tempat jualan limau bali tambun. gerai pilihan kami no 35- kedai en azhar d bali. buah yang dijual memang manis. irma yang tak suka makan limau bali pun boleh accept. hehehe.



pukul 6.00 pm, perut mula berkeroncong. laaa, baru perasan yang kami skip lunch dek terkejar2 nak pi semua tempat dalam itinerary. kami decide untuk makan nasi ayam di Ipoh Hainan Chicken Rice yang terletak di Jalan Anderson. sebenarnya kedai ni nampak simple je, tapi ada logo halal. apa lagi kami order (extra) nasi ayam dengan side dishes yang sedap dan dessert sekali. kat sini ada jus kedondong yang sedap jugak, sila order! hahaha, semua sedap laaa!









dah kenyang makan, masa untuk rehatkan perut dan kaki. kami decide untuk terus ke stesen keretapi Ipoh walaupun jam baru menunjukkan pukul 7.00 pm. lagipun kesian pulak kat sue yang nak balik sungai siput kan. tqvm sue, sediakan transportation sepanjang trip kita ni :-)


akhirnya, tiba masa untuk pulang, train ETS kami sampai tepat pukul 9.00 pm. Alhamdulillah, risau kalau train tergendala ke apa. dalam train ETS tiba2 rasa nak minum air panas kan, maka ai n DJ pi terjah kantin kat next koc. malangnya makanan ringan dah habis, sobs dapat minum air panas je. jadilah, kami nak experience minum malam kat dalam train  ETS je (sedapkan hati).



kami sampai kat KL Sentral ngam2 pukul 11.20 am. tak pasal-pasal kena berlari pecut ke ERL sebab nak catch train 11.30 pm. dah la kaki makcik dah sakit. hahahaha. nasib baik kami managed untuk naik train 11.30 pm tu, kalau tak naya je. sampai kat Putrajaya Sentral 11.50 pm. bas memang ada lagi, tapi tak sanggup pulak nak naik bas dah tengah malam ni, barang pun boleh tahan banyaknya. so, kami naik teksi terus ke office :-)

overall, trip singkat ke Ipoh, memang menarik. banyak jugak tempat2 yang kami terjah. pengalaman menaiki ETS pun boleh tahan gak la, cepat dan selesa. cuma kalau nak travel ke tempat2 pelancongan definitely korang perlukan kenderaan. ok, TQVM kepada semua yang menjayakan trip kali ni! chow!

Trip #VM2014 Part 1: Ipoh, Perak

0 comment:

Powered by Blogger.