Trip #VM2014 Part 1: Ipoh, Perak

11-12.4.2014

yeah, trip #vm2014 kali ni ke Ipoh, Perak bersama2 irma, dj n su. trip ni dah dirancang beberapa minggu sebelum tetapi tertunda sedikit akibat perkara yang tidak dapat dielakkan. hmm, motif sebenar travel kali ni ialah nak naik ETS KL-IPOH! hehehe :-)

11.4.2014

cukup time je balik kerja, kami bergegas ke p.sentral. tq cik wi hantarkan kami. jasamu dikenang. kami sempat catch ERL jam 6.16 pm dan sampai kat klsentral 20 min selepas tu. dah sampai klsentral, apa lagi cari tempat makan lah. tqvm irma sebab taja kami makan kfc. nyum, sedap hingga menjilat jari.


dalam pukul 7.45pm kami dibenarkan masuk ke koc ETS. kami beli tiket di koc D, tiket berharga rm35 yang dah dibeli awal2 secara online. perjalanan ETS dari KL ke Ipoh mengambil masa hampir 2 jam 20 min.


muka selepas tido yang cukup dalam train. haha


sampai kat Ipoh kami disambut oleh su dan bergegas untuk makan malam kat restoran nasi lemak ayam kampung, jalan ali pitchay. nasi dia sedap so boleh lah kome makan. 



sebab dah keletihan, kami tak teruskan perjalanan ke gerbang malam dan medan selera tkk. terus je check in at tune hotel. dah ngantuk!



12.4.2014

hmm, hari yang penuh dengan aktiviti. pulun nak ronda Ipoh in one day, katanya. hihihi. seawal 8 am kami dah terpacak di Medan Selera Dato Sagor. ramai blogger yang promote tempat ni, lokasi breakfast for local yang terletak betul2 di belakang Dewan Bandaraya Ipoh. sayangnya kawasan medan ni kurang terjaga and poor condition. sayang sangat! apapun kami cuba gak local breakfast yang ada, alang2 dah sampai kan. kami makan:


apom manis. sedap walaupun makan tanpa cicah pape. nyum.


mi kari. kuah cair sket, tapi ok laaa.


mi kicap dengan sup. sekali tengok ala2 mi kolok pulak.



roti telur goyang. sedap tapi sedikit masin.


kat Ipoh ni juga ramai orang dok promote heritage walk. tapi kami kesuntukan masa, short trip kan, maka kami buat heritage drive je laaa.


mula2 kami pergi Birch Memorial



next is Masjid Sultan Idris Shah II Ipoh


next is Railway station


berkenalan dengan pokok Ipoh depan stesen keretapi


War Memorial berdekatan dengan stesen keretapi


Dewan Bandaraya Ipoh


Pejabat Pos Ipoh


Muzium Darul Ridzuan (dalam proses renovation)- kena drive nak pi muzium ni :-)


kalau korang nak tau, Ipoh pun ada mural area. kawasan ni terletak kat Jalan Dato Onn Jaafar, landmark dia Kedai Kopi Wai Sing. kitaorang guna map je, tak sesat. hahaha. mural yang ada kat sini cantik2 dan nampak real. nice sangat! korang kena tawaf beberapa blok bangunan untuk capture gambar mural ni. jalan sikit lah!








bila dah tawaf, tekak pun dah kering. masa untuk minum di Old Town White Coffee di M Boutique Hotel. perbezaan antara Old Town kat sini dengan Old Town kat tempat lain ialah exterior dan interior dia yang unik dan special. memang klasik. pastu, korang jangan lupa singgah toilet dan sink dia, mesti korang kagum. hahaha. kat old town ni kami makan roti kawin je. huhu.






dah siap berehat, kami teruskan perjalanan ke Taman Rekreasi Gunung Lang. kelassss kan, nak panjat gunung ke? takde maknanya lah. kat sini kita boleh naik bot merentasi tasik untuk ke seberang. pastu boleh hop off dari bot dan explore taman kat situ. tapi kami kan kesuntukan masa, kami bayar untuk naik return bot merentasi tasik sambil menikmati pandangan di taman rekreasi ni. feeling nature lover sangat!







habis sesi melayan perasaan di tasi air hijau tu, kami teruskan perjalan menjejak masjid dengan seni binaan cina kat Ipoh ni. jom kita ke Masjid Muhammadiah yang terletak di Taman Tasek Jaya, Ipoh. masjid ni terkenal dengan jolokan, Ipoh ‘First Chinese Muslim Mosque in Perak. cantik masjid ni.




Alhamdulillah, semoga dengan adanya masjid ni, lebih ramai orang akan memakmurkannya. Insya'Allah. kami teruskan perjalanan untuk mencari kilang kek WYK Food Sdn Bhd yang teletak kat Jalan Kilang 3, Taman Perindustrian Jelapang. haaa, kenapa kitaorang nak pi sini? al kisahnya, Yati member kat Ipoh, setiap kali turun Putrajaya selalu bawa kek yang sedap. kek2 biasa je tapi rasa luar biasa dan authentic gitu. punya lah susah nak cari kilang kek ni, ntah mana-mana je map bawak kitaorang. memang dah frust la nak cari kilang ni, tup2 bila dah jumpa kilang tutup. cis rasa nak bakor je kilang. hahaha. 


okey, habis part one kat Ipoh, cerita satu hari je tapi banyak tempat terjah maka kena asingkan post. hehehe :-) part 2 akan bersambung nanti. sabar ye menunggu.

0 comment:

Powered by Blogger.