bepang: cobaan kali pertama yang gagal

5.4.2014

secara jujurnya, walaupun kuih ni dah glamer je sejak sekian lama, ai tak pernah pun makan, sehinggalah parents dok sebut2 pasal "bepang". suka betul parents makan kadang2 sampai berebut-rebut. ahahaha. my frens pulak masing2 dah cuba buat dan dah jadi bisnes pon.

so ai google resepi dan minta lia belikan barang. sumber rujukan resepi ada disini. ada juga resepi pada plastik tepung florenta. untuk cubaan pertama ni, ai experiment apa-apa yang patut dulu. kalau jual kat kedai, bepang ni punya lah mahal oii. tapi nak buat macam mana, bahan2 pun dah high cost. phew

bahan2 yang diperlukan ialah tepung florenta, biji kuaci, kepingan badam dan bijan hitam.

 

 

first of all, kena sangai/ bakar badam (200gm) dan kuaci (100gm). ai guna temperature 160 deg C selama 8 min/ sehingga sedikit kekuningan. biarkan sejuk sedikit sebelum dicampurkan bersama tepung florenta (200gm) dan bijan hitam (20gm). 


walaupun namanya tepung florenta, tapi sebenarnya ia adalah mixture of gula, skimmed powder milk dan beberapa bahan lain. warna dia putih macam tepung dan manis (of coz lah!)


rupa apabila bahan2 telah bergabung


part ni memang melecehkan. jika baru nak belajar baking, sila jangan mulakan dengan bepang, sebab sure akan anti baking selepas ni. hahaha. ai guna tray square (tak sure saiz maybe 10" x 10"). part nak ratakan dan pastikan semua area ditutupi kacang dan tepung florenta menguji kesabaran. 


part nak bakar lagilah bikin fenin!!!

i) kali pertama ai guna 160 deg C, 10 min- too browning
ii) kali kedua 200 deg C, 4 min- pun too browning
iii) kali ketiga 175 deg C, 8 min- pun browning

hahahaha. kesimpulannya ai masih gagal nak set temperature dan masa yang betul sesuai dengan oven ai. hahahaha.



see? rupanya memang ngeri. nampak sangat caramel nye geseng (hangus!) tapi nasib baik tak pahit. so masih boleh makan. hahahaha :-)



okey next time boleh cuba lagi! maybe kena bakar bahagian bawah dulu, baru atas bawah. hmm.

nota kaki:
kena pastikan bahagian bawah bepang pun fully bertukar dari putih ke caramel. baru fully bake. 

0 comment:

Powered by Blogger.