kegigihan menyiapkan PB Aceh. berjaya submit!

28.4.2014

ini adalah project pb yang paling lama. ai start on 18th, tapi hari ni baru submit. trip bulan 1/2 hari tu. sabar je lah. ni sume gara-gara gambar yang banyak bertimbun-timbun. sampai tak tahu nak pilih mana satu. rambang mata ai.

apapun, project dah submit, now dah printing mode. design pun simple jaaa. mood ke laut lah nak buat pb ni. hihi.


terjah pbakl 2014

26.4.2014

acara tahunan pesta buku antarabangsa kl 2014 datang lagi. hmm, walaupun ai dah pergi pesta karangkraf bulan 2 hari tu, tapi gigih gak nak terjah pbakl 2014 kan. hehehe. kali ni janji ngan irma nak pi sama. kami sampai agak awal around 9.30 am. gigih kan?! lepas breakfast, kami terus ke lokasi pesta buku. tahun ni pesta buku hanya berpusat di bangunan pwtc sebab hall 1 ada event lain. 

as usual terjah dewan karangkraf la. mission nak beli novel baru. kebetulan hari ni pun ada launch buku sunan so just nice la kan. tengah melilau2 cari buku tu, tup terserempak dengan Mr RAM, tengah available lak tu, apa lagi amik gambar lah. hahaha :-p

 

irma first time pi pbakl, teruja tengok novel2 n buku depan mata. nasib baik boleh kawal diri. hahaha. so, 1st time gak la irma jumpa anis ayuni. so kasi can la amik gambar.



kitaorang dengan gigihnya jalan dari satu dewan ke dewan lain. letih weiii. tapi berbaloi. hmm, apa hasil pbakl ai kali ni? tungguu. hahaha.

rumah famili in progress: bilik air, dapur dan grill

23.4.2014

akhirnya dah nampak rupa rumah. hahaha. Alhamdulillah. ayah memang follow progress setiap minggu. sangat bossy. kalau ai yang jadi tukang buat rumah tu stress je. 

dapur

"pejabat" mak dah nampak rupa. kontraktor dah siap pasang table top. masalahnya sekarang, kabinet dapur. ayah kata okey je pasang lepas dah duduk nanti. tapi mak macam nak kabinet dapur gak? ai kalau de budget boleh je nak buat kabinet tu. masalahnya yang melamine aluminium pun dah 5k untuk dapur kecik ni. will see later.

 

bilik air

bilik air utama dapat pakej marble sampai atas. ceh. of coz la bilik air parents yang cantik tu. tapi ai macam suka je marble lantai tu. colorful macam feeling batu2 sungai. 

 

rumah

ai sebenarnya dah confius dengan design rumah ni. ayah as usual akan whatsaps gambar2 progress rumah kat ai. ayah kata pintu ni tak payah grill. eh? malas nak tanya banyak tru whatsaps, tengok nanti.


grill

omg, omg! mahal nya grill rumah. tergelincir dari budget asal ai. pengsan.

milo breakfast day (mbd) 2014. jom lari! #milo #mbd

19.4.2014

sebenarnya kesungguhan untuk join #mbd memang berbolak balik. kejap nak join kejap tak nak. lari 7 km? nightmare untuk ai. hahaha. tapi sebab dah bayar untuk join, maka ai telah rajinkan diri untuk collect race collection kit kat the school, jaya one pj. 

the school, jaya one can be access by lrt Asia Jaya and bus rapid kl no 628. ai suggest naik je lah taxi ke jaya one (fare rm6) sebab bas lambat sikt travel jauh. the school is a bit tricky to locate sebab dia ada dalam building with no signboard. hahaha.  

helo the school. ai rasanya tempat ni masih baru.


tak ramai lagi orang datang untuk collect race collection kit. thumbs up up to organizer, ada banyak kaunter dibuka and everyone look enthusiastic on the day :-)



the race kit


20.4.2014

hari untuk berlari! bangun awal hari ini dan masih berkira2 mahu pergi atau tak. hahaha. takde semangat kesukanan langsung kan. tapi finally pergi la. awal2 pagi dah terpacak kat stesen bas. hahaha


ai sampai lokasi lari dalam pukul 7.20 am. dah havoc time ni. able to catch some snap. hihi


ohhh lori milo. sedapnyaaaa air milo.



tengah syok2 amik gambar, baru tersedar yang orang dah start lari. hahaha. boleh dikatakan lautan hijau gak la. ramai sangat orang. kali ni ai lari solo je lah, takde geng. tengah tercungap2 lari tu, tiba2 nampak pah n skandal. choyyy. 


seperti dijangka, memang ai tak larat nak lari secara konsisten. takde stamina. hahaha. baru lari sikit dah sambung jalan. pastu lari dan jalan balik. hihi. jadi lah kan. macam ai cakap awal2 tadi 7 km is nightmare. jauh weiii 7 km tu lagi2 untuk beginner. masa kat 3 km tu rasa macam nak surrender je. tapi cekal gak teruskan perjalanan. part 5 km tu memang dah nangis dibuatnya. jauhnyaaaaa 7 km!!!

route larian


selepas 1 jam 19 minit, berjaya gak ai tamatkan misi 7km. phew. tak sangka ai ols. hari ini dalam sejarah. 



dah settle collect medal (yeay!) ai pun jumpa pah. masa ni memang dah keletihan sangat. huhuhu. tapi amik gambar is a must. bukti hari kejadian kan? 




look forward to next run. syok pula. tapi kena berlatih secara intensif ni. huhuhu.

update 22.4.2014

statistik pelari. ahahaha. corot eh.

lagi promo #pixajoy. sabar je lah!

18.4.2014

kalau korang follow facebook pixajoy mesti korang akan perasan promo ni easter mega deal. promo yang sangat singkat dari 18 ke 20 April 2014 sahaja. dan apa yang membuatkan ai sedikit stress ialah promo dia promo cool image wrap. apakah??

3 days Easter Mega Deal:

1) 60 pages Cool Image Wrap 8.5" x 11" Landscape - RM89 only.
Buy now: http://www.pixajoy.com.my/promo-hot-deal/easter-promotion-imagwrap-85x11

2) 60 pages Cool Image Wrap 11" x 8" Portrait - RM75 only.
Buy now: http://www.pixajoy.com.my/promo-hot-deal/easter-promotion-imagwrap-11x8


ini serius. promo yang (1) tu memang menggugat la kan.


jangan risau promo voucher ni valid sampai 20.10.2014 kot. korang beli lah. ai dah banyak voucher. hihihi. tapi kalau ai beli, sure akan convert voucher ni to 8x8 cool image wrap 52 pg +slip case. hehehe :-) 

okey update sikit current photo book project in progress

sekarang ai tengah rajinkan diri untuk buat 2 photo book, acheh dan #vm part 1. baru siap cover yang ala-ala. kumpul kekuatan nak sort gambar. haish!


selamat hari lahir emak!

18.4.2014

Alhamdulillah, hari ni birthday emak yang ke 56! syukur kepada Allah kerana berikan emak kesihatan yang baik, umur yang panjang, rezeki yang berterusan. tahun ni emak akan celebrate birthday dengan qila; April baby geng in family! hahaha. untung laaaa.

selamat hari lahir emak
semoga Allah akan berikan rezeki berpanjangan kepada emak!


p/s: happy birthday cikgu 17.4.14 :-)

random capture

17.4.2014

kadang2 tangan cepat je nak capture macam-macam. lepas tu dah tak tau nak simpan kat mana. lucky me ada belog boleh tempek kat sini.

carnation ialah bunga yang ai suka. ai capture this masa tunggu irma amik surat dari bilik ksu. cantik sangat. lembut dan lovely.


wall selection adalah ais krim yang ai baru je berkenalan. iskh la, tak sangka tekstur ais krim ni halus dan lembut. bila scoop masuk mulut terasa kelembutannya. hahaha.


hmm, motif sangat nak sebut perkataan "lembut" dalam dua-dua gambar ni. sekian.

rumah famili in progress: bumbung merah

17.4.2014

hari ni ayah whatapps progress rumah famili. Alhamdulillah dah nampak bentuk rumah. hihi. paling penting bumbung kena kaler merah. funding pulak dah cukup untuk buat sebiji rumah, syukur sangat. tapi kos2 lain tu kena kiv la mana2 patut, dah tak larat makcik fikir hutang2 yang ada ni. 




kaler bumbung tak nak kalah. hihi

yeay! dapat bot besar! jom pi candat. hehehe :-)

16.4.2014

hmm. mood candat sotong kembali! hari ni terlebih excited sebab pak ya text inform dia ada bot baru untuk 17 orang. pak ya offer group kami tukar bot dari yang kecik muat 10 orang ke bot yang besar untuk 17 orang! hehehe. gembira sangat sebab ai teringin nak naik bot besar season candat kali ni. walaupun sebelum ni kami dah book bot 10 orang, rezeki naik bot besar tetap ada. Alhamdulillah. suka sangat. hihihi. 

rupa bot yang bakal kami naik untuk season candat tahun ni. yeay!


boleh countdown dah nak pi candat. harap2 cuaca dan keadaan air laut dalam keadaan yang terbaik.

kembali ke universiti. jejak kenangan lama.

15.4.2014

setelah sekian lama tak jejak kaki kat ukm, hari ni sampai jugak. kalau takde task ntah bila2 boleh terjah. huhuhu. sampai je kat ukm ni, mix feelings! hahaha. ye lah, mengenang zaman muda yang berlalu, zaman bersama geng2 uk dan fdsc, kenangan kat uo semua menerjah ruang fikiran (ayat novel). 

tapi part yang paling tak boleh lupa kat ukm ialah pusanika. why, why? ada kedai bakery sedap. memang ai sedikit ragu-ragu bakery ni wujud lagi ke tak. al-maklumlah dah lama kan tinggalkan ukm ni. tapi no doubt, bakery ni masih wujud lagi dengan sentuhan baru dan roti baru. errr. 

hmm, sebelum pi bakery intai dulu bilik uk yang sepi. sedih je bila tengok bilik ni kosong. kenapalah orang dengki sangat dengan uk sampai suruh hentikan uk. dengki betul. tapi takpe, perjuangan kita masih belum selesai kan?


ini pulak favorite bakery ai, &zar bakery and cafe. Alhamdulillah perniagaan family ni nampaknya semakin berkembang maju. macam2 menu dah offer. ai ajak irma brunch kat sini, kira feeling2 down to memory lane lah. hahaha.



 

semoga terus sukses &zar bakery and cafe. rasa macam nak ajak geng uk reunion kat sini je. hehehe :-)

April baby birthday celebration!

13.4.2014

hari ni lunch date dengan emel n finaz. sepatutnya anis pun join sama tapi atas sebab2 yang tak dapat dielakkan, maka anis tak dapat join :-( so, kali ni nak celebrate birthday anis on 10th n emel on 15th. hehe :-) dah tua masing2. dah 3.1 series :-p

happy birthday emel n anis!!
semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki melimpah ruah
semoga persahabatan kita tidak pernah kenal titik hujung
InsyaAllah!

so kami lunch date kat Asam PedasSeksyen 7, Bangi. of coz birthday kena belanja! tq emel. hehehe :-) makanan kat sini so-so la. sedap ke tak? tepuk dada tanya selera.












nyum!
Powered by Blogger.