#MH370 antara harapan dan realiti

8.3.2014

mengejutkan. rasanya bukan dalam negara je terkesan dengan berita kehilangan pesawat #MH370 malahan antarabangsa. mana taknya pesawat boeing 777 #MH370 hilang dari radar. pesawat ni berlepas dari KLIA dan sepatutnya tiba di Beijing. 


Maha Suci Allah, yang mengkehendakkan sesuatu berlaku. 

macam-macam spekulasi, kadang2 memualkan membacanya kerana kandungan terkait dengan perkara2 tak sepatutnya. bukankah pengetahuan Allah itu luas dan pengetahuan kita ni terhad dan dangkal? 

Ya Allah
sesungguhnya kau Maha Kuasa
sesungguhnya kau Maha Bijaksana
sesungguhnya kau Maha Mendengar

kami insan-insan lemah, Ya Allah
tunjukkan kami jalan, Ya Allah
bantulah pasukan penyelamat kami Ya Allah

kau lindungilah mereka yang ada dalam pesawat
#MH370 itu Ya Allah
panjangkanlah umur mereka
berilah mereka peluang
merasa lebih banyak lagi kasih sayangmu
Ya Allah

perkenankan doa hambamu yang hina ini
Ya Allah, makbulkanlah.....


ai dan anis sempat berbincang semalam. kami berkongsi rasa yang sama. tak dapat dibayangkan kalau diri sendiri yang mengalami. redha kah kita? takut kah kita? adakah kita boleh bersedia dengan peralatan kecemasan semasa kita panik untuk selamatkan diri. 

entahlah. ai mengikuti secara rapat berita ini. arghhh, kita mungkin akan jadi salah satu mangsa, cuma kita tak terpilih pada masa dan tempat yang salah. apa nasib mereka. doa! doa! doa!

Alhamdulillah, dalam masa-masa sukar ni, negara terima pelbagai bantuan dari negara2 lain. isu antarabangsa! 

update 9.3.2014

MasyaAllah, pencarian semakin rumit dan tidak bertemu titik punca. 48 jam telah berlalu. apalah nasib mereka. Ya Allah bantulah pencarian ini. ujian mu ini menggusarkan hati2 kami yang lemah.

update 11.3.2014

belum ada tanda-tanda dimana #MH370. percaya kepada qada dan qadar. semua yang terjadi bukan lagi misteri tapi semuanya adalah ketentuan Maha Pencipta. 

Ya Allah, kasihanilah kami
bantulah pasukan penyelamat kami
tunjukkan kami di mana pesawat #MH370
lindungilah penumpang dalam pesawat #MH370
sesungguhnya hanya engkau Yang Maha Mengetahui

update 12.3.2014

#MH370 masih belum dijumpai sehingga saat ini. hmm, gerun pulak tengok "bantuan" ni. harap mereka semua berniat baik. 

Ya Allah lindungi kami, keluarga kami, saudara kami dan negara kami. kami mohon Ya Allah



update 15.3.2014

pencarian masih menemui titik buntu. hmm, khabarnya ada berita baru! harap2 usaha pencarian akan diteruskan, pasukan penyelamat akan terus diberi kesihatan yang baik dan kaum keluarga diberi kekuatan mengharungi dugaan yang tidak terduga ini. berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. media luar hentikan spekulasi yang berniat jahat!

0 comment:

Powered by Blogger.