jejak pantai remis, sungai sembilang #vm2014

1.3.2014

orang kata tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain. yeah, syahdu pulak intro kannnn. hahaha. pantai remis is so close with my heart. gitu. kampung sebelah mak letaknya di sungai sembilang, maka masa zaman kecik2, pantai remis ni bukanlah tempat asing bagi ai. dulu atuk selalu bawa ai training berjalan dari rumah (kampung) ke pantai remis ni untuk cari kerang dan remis kat tengah2 laut berlumpur. dalam perjalanan tu selalu je disapa manja geng2 monyet tapi kitaorang cool je, monyet pun tak kacau.

time flies, atuk pun dah lama tinggalkan kami. pantai remis pun dah jarang2 ai jejak. oleh kerana hari ni ayah guna jalan jeram nak pi rumah uda, maka peluang untuk menjejak pantai remis tidak mungkin dilepaskan! kami lunch kat kedai makan berdekatan. wajah pantai remis sekarang jauh sangat dah berubah! air laut pun dah kotor (sangat!). rasanya dah takde sape mandi-manda kat laut ni. 

kasi can anak dara posing kat laut. nampaknya she'll grow up dengan kesukaan terhadap air, ma'long foresee lah!



 

 

as usual, kat pantai remis adalah tempat yang korang boleh jumpa macam-macam jenis haiwan molluska/ cengkerang. kali ni ai memang bertuah sebab for the first time ai jumpa kemudi kapal. mak kata dah lama dia tak jumpa kemudi kapal ni, dulu-dulu adalah. wahhhh, dah macam antik plak. kemudi kapal ni haiwan cengkerang, kulit berbentuk segitiga yang agak besar. (rasa ai akan elaborate dalam post2 seterusnya). harga dia rm10 untuk sembilan ekor. okey lah kan susah nak jumpa. selain dari kemudi kapal, ada banyak lagi haiwan cengkerang yang ada macam kerang, lala, kepah, kupang, mentarang dll. so, kalau singgah sini make sure beli ta. fresh!



 

so, jangan lupa singgah pantai remis, sungai sembilang, selangor! #vm2014

0 comment:

Powered by Blogger.