ekspo buku islam 2014 putrajaya

28.2.2014

ekspo buku islam datang lagi. seperti tahun-tahun sebelumnya ai akan cuba menjejakkan kaki ke dewan cempaka sari ni untuk intai buku2 terbaru untuk di baca. memang tak dapat dinafikan permintaan buku2 islam semakin meningkat dan memang banyak sangat buku yang boleh dipilih. sediakan budget je lah.

kali ni ai grab satu buku bagi melengkapkan catatan travelog pn roza roslan yang ada dalam simpanan. memandangkan buku travelog ni top, pihak pts telah combine ketiga-tiga travelog ni menjadi satu buku dengan tajuk - kandil di kaki gunung. sesiapa yang masih belum baca, ai galakkan baca buku travelog by puan roza roslan ni. buku ni merupakan catatan bersahaja dan rasanya kita semua pernah alami pengalaman yang sama. 


 



 

selain dari buku ada juga pameran/jualan hiasan dinding khat by saudara gajir. kalau sekali pandang memang terpesona lah tengok hasil tangan saidara gajir ni. memang mengagumkan. tapi harga dia memang nak beli cash, hmm, belum lagi lah. tapi ai memang berniat nak beli lah lukisan oil painting camni. cantik sangat!


untuk koleksi penuh saudara gajir boleh lawat blog beliau gajirkaligrafi atau fb beliau fb-gajirkaligrafi

0 comment:

Powered by Blogger.