e-filing untuk tahun 2013. submit!

2.3.2014

yeah masa untuk e-filing datang lagi. aplikasi e-filing ni memang memudahkan especially untuk tax payer. untuk ai, tahun 2013 masih belum ada potongan cukai berjadual. ai update e-filing adalah untuk kesinambungan tahun2 seterusnya. kata nak jadi wira negara (pembayar cukai tegar). hahaha.

untuk tahun 2013, dah takde lagi pelepasan untuk jalur lebar. hehehe. tapi yang menariknya ada pelepasan khas sebanyak rm2000 untuk mereka yang mempunya pendapatan kurang dari rm96000 setahun. kira kerajaan baik hati tau ada extra2 pelepasan. hehehe.


bila nak buat e-filing ni, adalah dinasihatkan untuk mempunyai fail khas untuk simpan resit2/ penyata2 yang boleh digunakan untuk pelepasan cukai. seperti yang korang dah sedia maklum, untuk pembelian buku/majalah had pelepasan ialah rm1000. menariknya untuk tahun 2013, ai did spent almost rm1000 untuk buku/majalah. hahaha. dahsyat.


korang dah submit ke e-filing. ai dah :-) yang belum buat2 lagi e-filing tu, jangan lupa jalankan tanggung jawab kepada negara. hehehe :-)

0 comment:

Powered by Blogger.