Auni 1st train trip, 1st solo trip balik kampung!

14.3.2014

petang tu call mama Auni, tanya boleh tak bawa Auni balik kampung. dia kata kena tanya Auni sendiri. hmm, bila tanya anak dara tu, beria-ia dia nak ikut ma'long. sudahnya memang ma'long heret dia balik kampung. perjalanan dari shah alam ke kl sentral dengan komuter terasa lama untuk Auni yang first time dia away daripada mama. 20 min pertama dalam train memang dia nampak enjoy, tapi lepas tu muka dia dah hold tears! dah nak menangis tapi tahan je. bila ai tanya2 terus dia menangis. perghhh cuak ma'long! nak patah balik is impossible!


 



sudahnya perjalanan diteruskan ke kl sentral. masa ni memang dia dah risau dan ketakutan. terpaksalah ma'long gula-gulakan dia dengan kereta mainan. bila nampak cool sket, terus seret pi kfc untuk makan. kat sini cik ya dah tunggu kami. Auni takde selera nak makan, bertambah gerun rasanya ma'long nak bawa Auni balik kampung. huhuhu.

 

kami nekad redah je la. perjalanan diteruskan dari kl sentral ke sungai buloh. as usual muka Auni dah cuak, tahan nangis dan buat2 happy. kesian pulak tengok dia. ma'long pun rasa nak menangis. hahahaha. sampai je kat sungai buloh, parents dah tunggu. lega, masa ni bila auni jumpa tok mak n atuk dia boleh gelak2. 

 

dalam perjalanan, sekejap2 dia tanya "mama mana?" so, ai kena ingatkan dia yang tadi dia dah lambai mama dia n cakap nak follow balik kampung. dia angguk. kesian lagi masa ni.

sampai je rumah, macam-macam dia buat. tengok internet buka cd, sampai tok mak n atuk kena layan n temankan dia. sekejap2 dia tanya "mama mana?" huhu. semua orang pun dah risau. nak biarkan dia leka, semua orang pun layan je la dia sampai kol 2.30am! hahahaha. part nak tidur memang susah sikit sebab dia asik2 ingat kat mama, tapi nasib baik dia tak nangis. strong girl :-)

0 comment:

Powered by Blogger.