1st project mini layflat Pixajoy. jom intai.

29.3.2014

ai ada banyak gambar makan especially masa makan-makan kat slero d timur. tapi xkan nak buat photo book yang biasa pulak kan, rugi. hahaha. so, promo mini layflat adalah penyelamat memandangkankan saiz nya yang kecil dan hanya ada 16 pg sahaja. kerja2 design pb hanya mengambil masa 3 jam. huahuahua.

so, ai dah pun submit mini layflat tu. nantikan hasilnya ye. so proof pb yang 16 page tu ialah seperti di bawah. pb mini layflat ni dia buka 180 deg. 











melantak sangat! okey sehingga 31.3.14 ni korang masih boleh beli promo rm5 untuk mini layflat ni. refer post ini k!

Pixajoy promo rm5- mini layflat 16 page

29.3.2014

sebenarnya promo ni dah lama sangat. tapi sebelum ni ai tiada kecenderungan nak buat pun sebab saiz photo book (pb) ni agak comel. tapi bila promo dah nak habis by 31.3.2014 barulah tergedik2 nak beli promo. ahahaha. ala rm5 pastu 16pg je kan. senang lah. hahaha.

promo mini layflat rm5 worth rm75


klik link ni http://www.pixajoy.com.my/mini-layflat-offer. so akan dipaparkan referral code kita. kod ni kena bagi kat kawan2 soh depa beli. hmm, ada 2 orang beli, kita dapai 1 voucher free. best kan.


korang nak beli, pelissss la guna referral code ai. nak free voucher!!! hehehe :-)


bila dah buat payment, korang akan dapat voucher. jangan risau voucher ni expired 18.8.2014. dtill, ada masa lagi nak design pb yang 16 page ni.

sedikit info mengenai pb mini layflat



ai telah berjaya design 1 pb mini layflat hari ni. oleh kerana 16 pg, senang je la nak buat. hihi. ai akan share pada post seterusnya ye. okey!

kesedihan seluruh dunia #MH370

24.3.2014

berita ini mengejutkan, pasti bukan seperti yang kita mahu dengar. tapi siapalah kita. pada bila-bila masa Allah akan mengambil haknya.


buat saudara-saudaraku, 

Ya Allah berilah syurga kepada mereka
tempatkah mereka bersama orang2 yang beriman
ampunilah dosa mereka

buat kaum keluarga, takziah. moga diberi kekuatan menghadapi dugaan ini.

buat petugas SAR, moga Allah berikan kekuatan dan melindungi kalian semua dalam meneruskan usaha pencarian.

Al Fatihah


nasi ayam penyet presint 11. nyum!

23.3.2014

selingan: Ya Allah, beri kesihatan dan kekuatan kepada para petugas dan penyelamat dalam operasi SAR MH370. permudahkanlah pencarian ini Ya Allah!

selama hari ni, ai selalu buat dek je dengan kedai nasi ayam penyet presint 11 ni. maklumlah asik nak melabur rm kat kedai masakan thai feveret tu. memandangkan banyak "dapur" yang tutup hari ni, dengan berat hati ai pergi order nasi ayam penyet. oleh kerana hari ni, seharian tak jumpa nasi, memang ai berharap la nasi ni akan turn sedap. 

tadaaaaa. sepinggan rm7


MasyaAllah, sedap okey nasi ni. hahaha :-p over sangat kan. tapi really, sedap. portion nasi dengan ayam tu ngam2, pastu coating ayam dia pun sedap dan sambal dia marvellous. hihi. nyum, nyum! okey, siapa berdekatan sila singgah. 

photobook H.C.M dah siap. waiting to submit :-) #pixajoy

23.3.2014

selingan: di mana MH370? Ya Allah, rungkaikanlah misteri ini

finally, siap pun proof photo book H.C.M. hehehe :-) tu lah kalau mood ada cepat je boleh siapkan. untuk rekod, pb siap draf selama 16 jam, 3 hari. pulun habis lah! next ada 2 project lagi. cari mood! apa yang baru dalam pb kali ni ialah ai masukkan cerita2. sambil tengok gambar boleh baca sekali. hehehe :-) ai plan nak hantar sekali dengan another 2 pb. so sabarlah menanti hasilnya!







kali ni emel n muni pun nak tumpang sekaki print pb. oleh kerana pb hampir 80% content yang sama takde charge design. tapi voucher kena beli sendiri. hehehe

pb emel



pb muni



okey, next project!

Auni 1st train trip, 1st solo trip balik kampung!

14.3.2014

petang tu call mama Auni, tanya boleh tak bawa Auni balik kampung. dia kata kena tanya Auni sendiri. hmm, bila tanya anak dara tu, beria-ia dia nak ikut ma'long. sudahnya memang ma'long heret dia balik kampung. perjalanan dari shah alam ke kl sentral dengan komuter terasa lama untuk Auni yang first time dia away daripada mama. 20 min pertama dalam train memang dia nampak enjoy, tapi lepas tu muka dia dah hold tears! dah nak menangis tapi tahan je. bila ai tanya2 terus dia menangis. perghhh cuak ma'long! nak patah balik is impossible!


 



sudahnya perjalanan diteruskan ke kl sentral. masa ni memang dia dah risau dan ketakutan. terpaksalah ma'long gula-gulakan dia dengan kereta mainan. bila nampak cool sket, terus seret pi kfc untuk makan. kat sini cik ya dah tunggu kami. Auni takde selera nak makan, bertambah gerun rasanya ma'long nak bawa Auni balik kampung. huhuhu.

 

kami nekad redah je la. perjalanan diteruskan dari kl sentral ke sungai buloh. as usual muka Auni dah cuak, tahan nangis dan buat2 happy. kesian pulak tengok dia. ma'long pun rasa nak menangis. hahahaha. sampai je kat sungai buloh, parents dah tunggu. lega, masa ni bila auni jumpa tok mak n atuk dia boleh gelak2. 

 

dalam perjalanan, sekejap2 dia tanya "mama mana?" so, ai kena ingatkan dia yang tadi dia dah lambai mama dia n cakap nak follow balik kampung. dia angguk. kesian lagi masa ni.

sampai je rumah, macam-macam dia buat. tengok internet buka cd, sampai tok mak n atuk kena layan n temankan dia. sekejap2 dia tanya "mama mana?" huhu. semua orang pun dah risau. nak biarkan dia leka, semua orang pun layan je la dia sampai kol 2.30am! hahahaha. part nak tidur memang susah sikit sebab dia asik2 ingat kat mama, tapi nasib baik dia tak nangis. strong girl :-)

ini nota bengang. sila skip pembacaan.

14.3.2014

tak puas hati dengan housemate umah sewa! semua gara2 whatsapps message yang diterima lewat petang lepas attend training :-(

(i) air

"kesal lah dalam masa tempoh catu air, kita yang masih ada air ni asik membazir"

dia complaint pasal air kat bilik air. dia claim dah 3 kali dia nak pi mandi pagi asyik nampak air meleleh keluar dari paip. so dia bengang dan keluarkan statement tu. dah tu, sesedap rasa tuduh ai sebab ai yang selalu mandi paling last. wtf?

secara rasionalnya

- paip air tu memang leaking, so kalau ada bahan2 yang menghalang pada tempat air keluar, surely air akan bertakung dan menyebabkan nampak macam air banyak sangat terbuang. it's leaking!

- kalau lah mandi mesti guna air shower, sengal lah kalau tak tutup air shower tu!

- kalau guna air pipe, sure la perasan pipe tu dah tertutup ke belum. bila guna air dari pipe sure kita akan guna air dalam kuantiti yang banyak 

adakah dia berada dalam keadaan di bawah sedar atau adakah hidup dia dikelilingi misteri. entahlah!

(ii) tiga atau empat

"kat rumah ni ada 3 ke 4 orang tenant?"

kat umah sewa ni ada 3 bilik dengan 3 tenant. tapi dia tak puas hati sebab adik selalu tumpang rumah. bukan lah selalu sangat pun once a month macam tu. tapi sebab 2 minggu sebelum adik pi pahang, balik dari pahang (ahad) dia tumpang rumah ai sebab rumah dia takde air. tapi oleh kerana masalah air berpanjangan, adik datang lagi kat rumah hari khamis malam. so dia rasa macam kerap je adik tumpang rumah.

ye la mungkin dia terganggu. tapi masalahnya, kitaorang pun tak pernah bertembung antara satu sama lain. dia tak sedar pun kot. tapi dia concern gila agaknya sebab bil2 semua divide 3 tapi ada 4 orang yang guna. wtf? 

secara rasionalnya, ai hardly can say NO, bila adik nak datang tumpang rumah. dia selalu datang rumah bukan sengaja pun. pj ngan tempat ai ni jauh kot. incur cost!

-selalu dia datang sebab weekend rumah dia takde orang, so dia tak berani tinggal sorang
- kalau kitaorang sampai malam dari kampung selalu around 10pm, memang ai tak bagi la dia balik pj sorang2
- kalau takde air
- kalau dia tak cukup budget nak survive

so apa masalah dia? kalau dia ada adik perempuan pun dan kalau dia kakak surely dia akan jadi protective. lagi2 bila mak pesan untuk make sure adik2 in control. dah la macam2 isu sekarang.

this is 2nd time dia ni buat hal. last time ai dah lupakan tapi sedap2 je now dia nak tuduh macam2. memang bengang la wei. ingatkan nak stay je kat umah weekend ni, tapi sebab malas nak tengok muka dia (n of coz malas nak bergaduh) so ai decide balik kampung to cool down.

bengang betul lah. kalau ikut mulut laser ni, sure meletop. tapi bila memikirkan kena tengok muka tu n malas nak pindah rumah, maka cool down adalah benda yang perlu buat. maybe patut ignore je dia ni. choyyyy!

latihan penggunaan sistem FARIS

14.3.2014

selingan: #MH370; semoga ujian ini akan berakhir dengan sesuatu yang manis. doaku bersama mu penumpang, keluarga, pemimpin, pasukan penyelamat dan rakyat Malaysia!

hmm, tarikh kuat kuasa Akta JM dan peraturan just around the corner 15.3.2014! finally 'baby aj' dah lahir. hihihi. sure lepas ni lebih banyak challenge dan kelam kabut. permudahkanlah urusan kami Ya Allah! untuk smooth kan pendaftaran, kami telah wujudkan sistem FARIS. walaupun kerja2 pembangunan dah bermula sejak tahun 2011 (paperwork), tapi baru sekarang sistem ni menjadi realiti dengan sedikit pindaan. 

team kami telah buat latihan penggunaan sistem FARIS bertempat di Hospital Ampang :-) nampaknya flow sistem acceptable dan mudah difahami. harap2 la sistem ni dapat bantu kami dalam menjayakan kuat kuasa Akta ni. Insya'Allah, Amin.

peserta sesi pagi





peserta sesi petang




self reminder untuk diri yang mudah lupa.

13.3.2014

selingan: Ya Allah, permudahkan urusan kami dan bantulah pasukan penyelamat kami untuk menjumpai #MH370. bekalkan semangat dan kesihatan yang baik kepada pasukan penyelamat kami yang telah bertungkus-lumus menjalankan operasi.

suara hati Dr Mahathir


SAYA sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya- perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri.

Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka.

Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah.

Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.

Orang putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak jadi pemandu kereta dan orderly atau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawab kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak cekap.

Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun, mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi askar Jepun. Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun.

Tanpa bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, kerana membalas budi Siam.

Di bawah pemerintahan Siam, orang Melayu diarah supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa tolong.

Kemudian, British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta mereka jika tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka.

Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu, milik orang Melayu. Ia akan jadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British.

Dalam keadaan orang Melayu begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tidak bernegara, tidak bertanahair. Tidak ada masa depan bagi mereka.

Alhamdulillah. Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat di antara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetiaan kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka. Mereka bersatu dan bangun menentang rancangan Malayan Union British. Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah-bahagi berkenaan penolakan Malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.

Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu, maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri dan dewan undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan lain-lain kemudahan.

Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi untuk menjadi Yang Berhormat, menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan.

Yang kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka sendiri. Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.

Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini.

Tetapi Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya. Demikianlah besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957.

Tanpa merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah dinikmati oleh mereka semasa dijajah.

Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu. Alhamdulillah.
Ramalan bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan harta kaum lain tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pimpinan yang diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia.

Semua ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan.

Malangnya kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak. Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang berpunca kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan daripada parti utama mereka.

Mereka yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan pemimpin kerdil untuk menyertai mereka, untuk menjayakan hasrat sempit mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi Perdana Menteri. Untuk ini mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak suka melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan dan nikmat yang terdapat di negara ini.

Hasilnya ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan. Orang Melayu yang dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka, sekarang berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha untuk mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain.

Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma. Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.
Siapakah yang membawa malapetaka ini. Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa oleh orang Melayu sendiri - orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang kurang pintar, orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu, yang mudah dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut.

Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan - Kerajaan Malaysia merdeka.

Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada kuasa yang sedikit yang ada pada mereka.

Sebab inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain.

Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri.

)

#10: Upgrade to ver 4.1.0 Pixajoy Editor!

12.3.2014

selingan: doa! doa! doa! #MH370!

hmm, dah lama tak update Pixajoy Editor rupanya dah version 4.0. hihihi. terlambat pula makcik. maklumlah dah lama tak buat photo book. hehehe :-) ai baru je update. tak sempat nak godek2 lagi. satu perbezaan yang ketara ialah dia tak slow melow dan hang macam xyv#$@!! ok nanti dah tengok satu2 features, ai update ye :-)

promo pixajoy #fbfansday!

12.3.2014

selingan: Ya Allah bantulah pasukan penyelamat kami menjejak #MH370. bantulah kami Ya Allah! perkenankan doa-doa kami Ya Allah!


back on track. photo book mode! hmm, bila dah lama tak buat pb, mula lah rasa tak keruan. hahaha. rindu. lama tak design, mesti dah tumpul lah skill ni. iskh laaaaa. memandangkan ada 4 pb kena buat - trip melaka/acheh/hcm n satu trip akan datang, maka kena pertimbangkan nak beli promo ni! hmm.


hari ni hari rabu bersamaan dengan pixajoy fb fans day! ahaaa. setiap hari rabu, pixajoy akan buat promo yang best2 tapi only for 24 hour. ai selalu intai promo2 hari rabu sebab:

i. selalunya memang menarik
ii. kadang-kadang awesome murah dari promo yang biasa
iii. pixajoy best

ok, rabu minggu ni pixajoy buat promo cool image wrap 8.5x11. tapi kena beli 2 sekaligus at rm140. tapi bila divide dapat rm70 each which is soooo murah selalunya rm78 or rm80. each pb worth rm147.

so, beli lah!


details promo adalah seperti berikut:

kekuatan vs kesungguhan. #libressecharms

11.3.2014

selingan: doakan yang baik-baik untuk #MH370!

dalam hidup ni, banyak benda yang kita kena pertimbangkan. sama ada kita suka atau tidak suka. sama ada dalam kemampuan atau kesanggupan. ujian demi ujian. perjalanan hidup tanpa liku, apalah ertinya. selagi ada peluang, curahkan bakti sepanjang jalan. Insya'Allah, pulangan yang baik menanti, kalau bukan hari ini mungkin hari-hari mendatang.

#muhasabah diri

strength

life is a journey of ups and downs
hold on and stay steady like an anchor at sea
for the strength to sail ahead into the horizon!


passion

only you know yourself the best!
look inside your heart for the passion to be who you are
not what others want you to be

Powered by Blogger.