Trip Raikan Cinta: Ho Chi Minh (day 2)

15.2.2014

hari kedua di bumi asing. pada awalnya, kami plan nak ke mui ne beach pagi ni untuk tengok sunrise. oleh kerana emel n muni tertinggal flight maka hasrat tersebut ditangguhkan buat masa ini. so, bangun awal untuk usha tempat berdekatan dan cuci mata! untuk info, kat ho chi minh (hcm), walaupun jam baru menunjukkan pukul 6 am, tapi keadaan sekitar dah terang benderang. 

emel n muni dijangka touch down jam 11.30 am. sementara menunggu, ai decide untuk main2 lintas jalan dan cuci mata di kawasan sekitar. walaupun masih diselubungi perasaan risau, ai beranikan diri untuk jalan-jalan. hehehe. tak dinafikan orang2 kat hcm ni memang agak peramah dengan traveller. ada yang saja2 tegur "hi", ada yang borak untuk ingatkan jaga barang baik2 dan borak sebab ajak guna perkhidmatan especially pakcik motor n pakcik beca.

selamat pagi ho chi minh!


pengangkutan utama kat hcm ialah motor dan kita boleh tengok hampir semua penunggang motor pakai face mask. motor jugak boleh bawak macam2 barang dari pasu bunga sampai peti ais dan lain-lain. memang mengagumkan weiiii. pastu of coz la traffic dia sangat gila. kalau tunggu je memang sampai bila2 tak akan lepas. nak lintas jalan pun kena ada skill, tak boleh main redah je, kang mati katak. 



selain dari traffic, wiring kat hcm pun sangat gila. berselirat habis. kadang-kadang macam impossible je kalau nak repair. hmm. 



ada beberapa park yang ai jumpa di kawasan sekitar. ramai local yang beriadah bersama family n kawan2. apa yang ai suka kat park ni ada alat untuk bersenam. apa lagi try la main. free je.  




okey, dah habis buat observation, now masa untuk shopping. pagi ni mission mencari deuter saiz 32L. hmm, lokasi kedai adalah bertentangan dengan park dan ben thanh market. ai jumpa kedai ni pun secara kebetulan dan oleh kerana ada beberapa kedai, boleh cuci mata. bear in mind, only if you 90% interest in buying, baru bargain! kalau tak memang nak kena maki la. hahahaha. ai respect penjual kat kedai2 ni sebab diaorang jujur. ada kedai yang ai masuk tanya dia jual deuter ori ke tak, confident dia jawab copy. pastu tak paksa or comment panjang2. ada ai baca kat blog, kalau nak cari deuter ori kat vietnam, tengok kat zip ada tulis ykk. so, as indicator, memang ai tengok la zip bila pegang deuter. lucky me, ada satu kedai yang last ai masuk jual deuter ori! pastu yang lebih kagum, bila tanya penjual dia kata dia memang jual ori. haaaa, jujur kan. terus ai confirm nak beli, tawar2 harga dapat la satu 300k dong (~rm46). so ai beli 3 deuter, 2 untuk ai and satu untuk anis. hehehe :-)



dah habis shopping ai balik bilik tunggu emel n muni sampai hotel. dalam 15 min diaorang reach hotel, rasa macam jejak kasih, lama tak jumpa. hahaha. oleh kerana ai belum breakfast lagi, emel ajak pi brunch aka lunch kat satu-satunya kedai yang dia suka makan kat hcm, serai malaysian kitchen. lokasi kedai dekat ngan ben thanh, dan of coz kami menapak untuk ke kedai ni. gigih! makanan dia sedap, kedai pun bersih. 





bila dah kenyang, pengembaraan pun bermula. kat hcm ni ada beberapa tempat "mark" yang boleh dilawati. untuk ni, emel memang terror selok belok jalan dan of coz history2 yang berjela2 dan complicated tu. hihi.

(1) Saigon City Hall- singgah amik gambar




(2) Saigon Opera House- singgah amik gambar

 


(3) Saigon Central Mosque (Dong Du Mosque)- singgah untuk tunaikan solat :-) jumpa makcik2 yang baik, siap bentangkan sejadah kot untuk kita solat.



(4) Notre Dame Cathedral- gereja klasik. kat sini kena amik gambar background dinding. we have a lot gambar dinding dengan macam2 pose, tapi tak larat nak upload. hihi.



(5) Saigon Central Post Office- post office yang masih beroperasi tapi dibuka untuk lawatan. jangan lupa layangkan poskad dari post office ni



(6) Hard Rock Cafe, Ho Chi Minh- pose dan cuci mata je laaaa.



(7) Park opposite Reunification Palace- berhenti untuk basahkan tekak dengan air kelapa yang manis. harga kelapa 20k - 30k dong. 



 

(9) Reunification Palace- amik gambar dari jauh. tempat ni boleh visit tapi kami kesuntukan masa!


(9) War Remnants Museum- museum yang mesti dilawati oleh para2 traveller. memang menyayat hati weii tengok gambar2 yang ada. museum ni ada 3 tingkat mengikut rentetan sejarah Vietnam war. this is one side museum, so dapat tengok what happen to Vietnamese sahaja.  



(10) Ben Thanh Market- usai melawat tempat2 bersejarah ni, kami ada masa dalam 2 jam untuk terjah Ben Thanh Market untuk shopping! sila pastikan duit cukup banyak untuk masuk market ni sebab rambang mata! macam-macam ada!!!



(11) Serai Malaysian Kitchen (dinner)- malam kami makan nasi. lapar! lapar!



(12) Night Market- tempat ala2 jalan tar sebab macam2 barang ada jual and of coz korang akan jumpa ramai Malaysian kat night market ni.





sekian catatan hari kedua di hcm. memang meletihkan dan sakit kepala dek cuaca yang panas kat hcm. apapun enjoy!!! 

info:

kedai makan yang hari-hari kami pi makan kat sini. harga untuk 3 orang makan; nasi putih plus lauk pauk range from 380k - 430k dong

 

0 comment:

Powered by Blogger.