Trip Raikan Cinta: Ho Chi Minh (day 1)


finally hari yang ditunggu2 dah tiba! hari untuk melaksanakan trip raikan cinta: ho chi minh (hcm), vietnam! hari ni keluar awal dari office dengan alasan nak catch flight kol 6.10 pm, haruslah keluar awal kan. hehehe :-) dari putrajaya, ai bertolak ke lcct dengan menaiki erl. untuk siapa yang tak tau, untuk ke lcct dengan erl, uols kena beli tiket erl ke salak tinggi+tiket bas (rm5.50). bila sampai stesen salak tinggi kena naik bas pulak ke lcct; tempoh perjalanan  lebih kurang 30 min. so, plan well your journey eh.

 bawa duit dong, us dollar dan rm!

 

dalam kol 5 pm ai dah sampai lcct. selesai urusan check dokumen, cari makanan ringan untuk alas perut (alasan). hahaha. dah kenyang, cepat2 masuk waiting lounge. masa ni emel n muni still tak sampai lcct lagi. risau gak dibuatnya, tapi oleh kerana diorang kata dah nak sampai ai ols okey je lah. kol 6.15 pm gate dah buka, emel pesan naik flight dulu sebab dia dah nak sampai. ai dengan confidentnya terus lah naik flight.

nak dijadikan cerita haru, emel n muni telah dihalang dari naik flight, gate dah close. pergh, masa anis inform, memang panik la weiii. tak kan nak pi hcm sorang2!! tapi nak buat camne, ai dah de atas flight pun, nak tak nak kena terbang! emel info soh call dia n dia akan schedule untuk naik next flight which is next day! haaaaaa, camno nih?!!

untuk mengubati kerisauan, nah makan nasi lemak sedap atas flight. lazat, hilang sekejap gundah gulana.


7:30 pm (waktu tempatan), ai selamat mendarat dibumi asing. nasib baik hp roaming, kalau tak lagi haru. emel call n bagi info mana nak tunggu teksi. kat airport ni agak mudah nak dapatkan teksi, tapi always look for teksi berdekatan dengan popeye (keluar pintu arrival belok kiri), ada sorang yang akan coordinate kita naik teksi mana. lucky ai yang book hotel segala kat hcm ni, maka maklumat hotel memang ada dalam tangan. safe side! ai naik teksi dengan sorang japanese girl yang buat solo trip, hotel kitaorang dekat2 je. pehhh muda2 laie dah wat solo trip. kagum hakak dik oii. dalam teksi ada la kitaorang borak2 pasal negara masing2 dan of coz cakap pun macam ayam itik la. agak2 paham. hehehe.

pemandangan lalu lintas di hcm

sampai kat hotel around 8:30 pm. lepas dah fresh up, mula terfikir2 nak buat apa. tak kan nak dok dalam bilik je, kat luar hotel punyalah hiruk pikuk. untuk info, ai book hotel kat de tham, backpacker area. memang ramai mat salih n mat2 negara lain. fefeling oversea sangat. 



kol 9 pm, decide nak keluar intai2 night life kat area berdekatan. fuhhh, ada sedikit seram tapi ada sedikit berani. emel minta ai cari travel agent ke chu chi tunnel n buat payment. nasib baik kat sebelah hotel je. hihi. dah selesai urusan, mula redah kawasan2 dan lorong2 yang ada, dan masuk keluar kedai. banyak street food yang terjual tapi of coz la ai mampu melihat je. huhuhu. malam ni memang jalan kat area ni padat dengan manusia. apa yang diraikan pun ai tak tau.




traffic kat hcm memang gila! mula2 tu susah gak la nak melintas, tapi lama2 dah okey. tips: jangan nak jalan terkedek2 kat jalan n be confident. huhu. okey, dah penat berjalan and capture beberapa gambar now masa untuk berehat kat hotel. sekarang jam 11 pm waktu tempatan. selamat malam!

info tambahan:

fare teksi dari airport ke hotel area de tham = 8 usd/ 160k dong

hotel yang ai book melalui agoda rm60/night- hotel sunny saigon. bilik kecik tapi selesa. takde iron harap maklum. hehehe




travel agent yang bawa kami ke chu chi tunnel, tnk travel. harga aktiviti 11 usd



bersambung...

Trip Raikan Cinta: Ho Chi Minh (day 2) 
Trip Raikan Cinta: Ho Chi Minh (day 3)
Trip Raikan Cinta: Ho Chi Minh (local scene)

2 comment:

DJ said...

wah dah banyak beg deuter...leh pinjam!

Asilah Kassim said...

wah wah wah 1 je aku punya, lagi satu untuk adik aku, satu lagi kwn aku- anis. murah je 300k dong!

Powered by Blogger.