Trip Keinsafan: Aceh (day 1)

31.1.2014

plan nak ke Aceh ni dah dibuat setahun yang lepas. lama dah! tapi still rasa excited nak pi tengok2 tempat orang. berbekalkan misi khas, trip kali ni rasanya lebih bermakna. semoga urusan dipermudahkan, semoga rezeki yang ada dapat dikongsi bersama. tak dilupa, terima kasih kepada semua sahabat yang menyumbang dana untuk anak yatim di Dayah Nurul Huda walaupun dalam masa yang singkat! Alhamdulillah :-)




trip kali ni disertai oleh cik wi, dj, cik wan n ai. kami namakan as trip keinsafan sebab nak pi melawat rumah anak yatim n menyelusuri sejarah tsunami tahun 2004. wah, insaf kann. hehehe. adik cik wi, mira hantar kami ke lcct pagi tu. dah habis document checking, masa untuk sarapan pagi di old town white coffee. makan nasi lemak yo! so Malaysian! kami review plan dan update status kat fb masing2 :-) setelah lama menunggu, now masa untuk boarding jam 10.25 am. perjalanan ke Banda Aceh mengambil masa 1 jam 30 min. kami tiba di airport @ Bandar Udara Internasional Sultan Iskandar Muda tepat jam 11.20 am waktu tempatan. sempat kan nak posing segala kat airport ni, bukti kedatangan katanya. 


trip kali ni dipermudahkan dengan hire seorang pak supir aka Pak Edwar (no hp +6281377223300). so tugas Pak Edwar ialah membawa kami ke tempat2 yang telah dirancang dalam itinerary. mula2 nampak Pak Edwar ni macam garang tapi rupanya dia ni cool je dan banyak membantu. nak dapatkan khidmat Pak Edwar bila ke Banda Aceh? sila hubungi beliau di talian ini - (tunggu nak dapatkan dari dj)

misi pertama bila menjejak kaki ke Aceh ialah untuk bertemu paman Dayah Nurul Huda (rumah anak yatim). kami dah buat appointment dengan paman sebelum kami nak datang. maksud kedatangan pun paman dah jelas- misi menyampaikan sumbangan dari sahabat2 di Malaysia untuk anak2 yatim di Dayah. kedatangan kami disambut oleh isteri paman dan anak2 di Dayah. masa kami sampai paman takde kat Dayah, rupanya paman pergi airport untuk jemput kami walaupun kami tak janji apa2 dengan paman. isk, berbudi bahasa betul. nak dijadikan cerita, rupanya paman tersilap sangka, paman ingatkan group yang nak datang dari Malaysia tu ada 4 orang lelaki, rupanya cewek2. hihi. keadaan Dayah memang nampak sedikit kekurangan, tapi anak-anak nampak cukup kasih sayang. macam happy je diaorang ni duduk ramai2. 




tengah hari ni kami sampaikan sumbangan sebanyak Rp4 juta kepada paman untuk buat kenduri makan-makan bersama-sama anak Dayah malam nanti. kami jugak set appointment dengan paman untuk shopping barang2 keperluan Dayah jam 3pm. seterusnya kami gerak ke hotel untuk check in, berehat sebentar sebelum meneruskan misi seterusnya petang nanti.



kami book Hotel Sulthan melalui Agoda. keadaan hotel ni ok cuma lama sikit. ada internet kat lobi hotel, tapi kat bilik nan ado. kat hotel ni, boleh gunakan perkhidmatan ironing, caj pun murah je dan wangi! hehehe. (iklan)

perut pun dah lapar! kami ajak Pak Edwar cari tempat makan yang sedap. hmm. akhirnya kami berhenti di Rumah Makan Khas Aceh Rayeuk. ayam tangkap kat sini sedap! selain dari ayam, ai paling ketagih minum jus sirsak (durian belanda). sedapnya, fresh. untuk rekod ai order 2 gelas jus sirsak kat sini. hahaha.

 
  

 


dah kenyang makan, now masa untuk melaksanakan misi penting trip kali ni, shopping! tempat mula2 kami janji ngan paman, adalah tempat biasa paman pi shopping. tapi kami nak beli dalam kuantiti bulk, so kedai2 runcit ni memang tak memenuhi cita rasa. Pak Edwar suggest untuk pergi pasar grocir kat area Pasar Aceh. jauh sikit dari Dayah tapi memang puas hati shopping kat sini. nasib paman ada kenderaan yang sesuai untuk angkut barang yang kami shopping. hehehe :-) memang diluar jangkaan. Alhamdulillah, banyak juga barang yang dapat dibeli kat pasar grocir ni, murah dan menguntungkan! ai tak ingat exactly apa yang kitaorang shopping, tapi beras dapat la dlm 50 pack (15kg/pack), gula 50 kg dan lain-lain :-) feeling macam orang kaya kot waktu shopping, maklumlah spent near Rp 11.5 juta. phew. hampir 3 jam jugak la kami ke hulu hilir nak membeli barang2 keperluan, pening kepala peniaga2 kat pasar grocir tengok karenah kami. hehehe.



memandangkan hari dah lewat petang, kami memang takde rancangan nak berjalan mana2 tempat. capek dong, keletihan bangat! kami cuma sempat singgah kat salah satu warkop (warung kopi) untuk merasai kesedapan kopi ulee kareng. selamat datang ke Warkop Solong! untuk ai yang bukan peminat kopi, rasa kopi ulee kareng ni agak sedap dan ummppphh. boleh laaa kalau nak minum 1-2 gelas. huhuhu.



 


seterusnya, kami balik hotel untuk berehat. misi malam ini lebih penting. hehehehe. (iklan) korang boleh jumpa indomaret ni kat mana-mana. standard 7e la kalau kat negara kita.


untuk event malam ni, kami janji dengan paman untuk sampai Dayah jam 8 pm. Alhamdulillah, perjalanan kami dipermudahkan. suasana masa kami sampai tu memang hingar bingar dek suara anak2 yang sedang mengaji dan tak kurang juga anak2 yang membantu buat persiapan kenduri. perasaan masa tu memang sayu, ditambah pula anak2 perempuan sorang2 beratur salam kami. tak lama lepas tu, paman arahkan sebahagian anak2 untuk berkumpul dalam ruang bawah dewan solat anak perempuan. 



paman mulakan ucapan, diikuti dengan seorang anak yang paman jaga explain mengenai Dayah. ai memang kagum la dengan anak yang paman train untuk bagi brief pasal Dayah, nampak betul pengetahuan agama dia mendalam. insaf wei dengar talk dan masa dia baca doa. menitis air mata ai. hmm. bagi pihak kami, cik wi la yang kena bagi ucapan. susah jugak nak deliver mesej tapi sedaya upaya gak la cik wi berucap. paling mengharukan setiap ucapan cik wi, di sambut dengan kata2 Alhamdulillah! momen tu memang mengharukan weiii. entahlah ai ke yang terlebih sentimental atau apa. malam tu juga kami serahkan baki sumbangan yang kami terima kepada paman sebanyak Rp 6 juta. harap dapat membantu apa adanya.





hidangan makan kenduri malam tu memang meriah, Alhamdulillah rezeki. kata paman, malam ni anak2 dapat makanan yang lebih gizi (nutrien). selalunya makan apa adanya. bersyukur rasanya dapat tengok muka anak2 ni happy dapat makan yang lebih dari biasa. 




selesai waktu makan, kami amik peluang berborak dengan paman dan famili. macam2 cerita ada. yang paling kelakar tentulah cerita paman tersalah anggap yang kami ni semua lelaki. hihi. yang menginsafkan pulak cerita masa tsunami. paman cerita masa tsunami, paman n wife ada betul2 kat pantai untuk beli ikan. selalunya paman akan singgah rumah kakak dia, tapi hari tsunami tu kakak dia pesan tak payah datang rumah n terus balik Dayah. tak sangka hari tu tsunami, paman kata belum janji lagi Allah nak ambil nyawa, kalau tak anak2 siapa nak jaga. insaf wei. ada lagi cerita2 tsunami yang lain macam terperangkap dalam longkang, orang tercucuk dawai yang terbunuh dengan macam2 cara. insaf. masa kami cerita kat paman, mula2 kami beli tiket tak plan pun nak datang Dayah. paman kata memang tu semua kuasa Allah, yang gerakkan kami untuk datang, cari dana, pilih Dayah Nurul Huda dan permudahkan jalan kami ke Dayah. bila fikir dalam2 betullah apa paman cakap. semua kuasa Allah :-) habis berborak, akhirnya kami minta diri untuk balik, anak2 beratur salam kami. hehehe. kami titipkan juga kata2 semangat untuk anak-anak belajar rajin2 dan doakan semoga mereka semua akan berjaya :-)




lewat malam tu kami terus balik ke hotel. memang manis rasanya pengalaman hari ni. InsyaAllah, teringin nak datang lagi pada masa akan datang. harap2 ada peluang :-)

sedikit maklumat mengenai Dayah Nurul Huda

Dayah ni diuruskan oleh paman dan isteri untuk hal2 memasak dan urusan rumah yang lain paman dibantu oleh mak dan adik-beradik yang lain sebab paman inform dia tak mampu nak hire pembantu (Rp 2 juta seorang). Dayah ni dah beroperasi sejak tahun 2001 dam masa tu hanya mempunya 30 orang anak. selepas tsunami pada tahun 2004, angka tersebut bertambah sehingga 200+ orang anak! nak dijadikan cerita, sehingga kini, masih terdapat 2 orang anak dalam jagaan paman yang masih trauma dengan kejadian tsunami. kesian betul. untuk makluman Dayah ni tak menerima bantuan dari kerajaan dan untuk survival paman akan gunakan dana sendiri atau dana sumbangan yang diterima dari orang perseorangan atau syarikat2. anak-anak dayah diberi persekolahan dan didikan agama yang termampu oleh paman dan tenaga pengajar yang ada di Dayah. melalui pemerhatian anak2 kat Dayah ni nampak mempunyai ilmu yang mendalam dan dididik dengan baik. teringat perbualan ai bersama isteri paman masa makan, bila ai ajukan soalan mudahkah menjaga anak2 seramai 200+ ni. isteri paman bagitau, InsyaAllah, tak susah cuma anak2 ni perlukan perhatian dan kasih sayang je. hmm. susah gak tugas tu. okey, kalau ada yang berminat untuk menyumbang kepada Dayah Nurul Huda, boleh hubungi Paman di talian +62 852 7785 9873 atau pergi terus ke Dayah Nurul Huda di Desa Ajee Cut, Kecamatan Ingin Jaya, Kabupaten Aceh Besar. semoga usaha kita yang kecil ini akan diberkati oleh Allah.

7 comment:

marimaricuti said...

as salam sis..boleh saya dapatkan contact no. pak edwar??

Asilah Kassim said...

salam

pak edwar +6281377223300

nada qatrun said...

slm. klau nk pegi melawat masjid baiturrahman bnda acheh & buat pogram dgn masjid, tau tak nak contact sape sis? atau boleh guna khidmat pak edwar jugak?

Asilah Kassim said...

salam nada qatrun

untuka aktiviti lawatan di masjid baiturrahman tu saya kurang pasti. kalau perlukan transport boleh juga kalau nak call pak edwar.

Rian Syah said...

Assalamualaikum ..

Salam Saya Driver & Tour Guide From Banda Aceh.

Sesiapa nak Melancong ke Banda Aceh & Sabang sila contact saya

whats app : +6285277823343
Call/sms : +6285277823343
FB : www.facebook.com/Bandaachehtour

Terima kasih

Sardifa Travel Aceh said...

Assalamualaikum wr. wb,

Bagi Rakan2 yang butuh Pakej Lawatan ke Acheh + Kunjungan ke Pasantren Anak Yatim, Informasi lengkap sila kunjungi www.tour-aceh.com. Kami menyediakan Pakej 3D2N dan 4D3N Banda Aceh, atau 4D3N Banda Aceh - Sabang. Atau call/SMS +6285361392880, WhatsApp +628126988331. Melayani Per-Orangan maupun Group, Min. 2 Orang.

Amsyahril Syahril said...

PENGKHIDMATAN PAKET TOUR DAN SEWA KENDERAAN UNTUK LAWATAN YANG BERBALOI DENGAN FAMILY KAT INDONESIA.

Assalamualaikum Tuan/Puan.


Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Kami menyediakan PAKET TOUR UNTUK PADANG dan BUKITTINGGI, BANDA ACEH, MEDAN, JAKARTA dan BANDUNG, JOGJAKARTA, SURABAYA, BALI MUSLIM TOUR, dan LOMBOK.

Dan kami juga mempunyai PENGKHIDMATAN KENDERAAN SAHAJA dengan harga yang sangat berpatutan untuk PADANG dan BUKITTINGGI, ACEH, MEDAN, JAKARTA dan BANDUNG dengan driver yang mesra, educated, baik hati, sopan, suka menolong dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pengkhidmatan pada pelancong dari Malaysia.

Kami berusaha menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna dengan famili dan rakan-rakan di masa percutiannya.

Contact person :

1. Amsyahril
( Director )

Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )

2. Riko Adryansyah
( Tour & Transportation Manager )

Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )

E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.




Powered by Blogger.