mini gathering course mate ukm part 1

7.2.2014

nak jugak kan buat mini gathering time hari kerja. gigih. nasib baik la geng2 central ada beberapa kerat, boleh la lunch bersama2. sweet sekali. lokasi mini gathering kali ni di slero d' timur, ayer 8 dengan tema steamboat. pergh, hari panas layan steamboat. memang cool. hihi.

mini gathering hari ni dihadiri oleh ai, dj, aisyah, chubby, ika n su. masing-masing warga berdekatan, su je jauh sikit kat shah alam. dah jumpa ni, macam2 topik la keluar. best gak berborak dengan geng2 belajar ni, terasa seperti masih muda belia. hahaha.







untuk makanan, kami amik set steamboat price around rm79. untuk 6 orang makan set ni lebih dari cukup. kenyang dibuatnya! dalam set ni maca-macam ada, u name it! udang, daging, ayam, ketam, pepahat, sayur dan lain-lain. kuah pulak ada 2 pilihan iaitu tom yam dan sup. rasanya sedap dan berbaloi-baloi. u guys patut try. hehehe.










apa lah ertinya makan kat slero d' timur tanpa order dessert. ahahaha. kali ni, kami nak cuba makan pulut mangga! untuk pengetahuan, pulut mangga ni edisi special sebab ada 2 potongan mangga, promosi katanya. hahahaha. hmm, pulut mangga slero d' timur memang mengancam! sedap je rasa dia, rasa lemak2 masin bergabung meletop dengan rasa manis mangga. nyum! jom makan!

0 comment:

Powered by Blogger.