buah mentega (rare) sekarang di Taman Warisan Pertanian!

22.2.2014

yeah jom #visitMalaysia2014 di Putrajaya. hehehehe. macam jauh beno bunyinya kan. lokasi yang dipilih kali ini ialah Taman Warisan Pertanian, Presint 16, Putrajaya. selain dari lokasi tempat makan ada juga taman yang boleh dilawati. entrance fee rm2 untuk dewasa. bila kata taman automatik akan fikir taman bunga. tapi taman ni berbeza sikit sebab semua pokok buah n tanaman warisan yang cuba di preserve supaya generasi akan datang pun dapat kenal pokok2. ini adalah visit kedua untuk  ai dan kali pertama untuk lia, sha n zahid. pengembaraan taman diteruskan walaupun cuaca agak panas eh. gigih wei. 



ada banyak pokok buah yang sedang berbuah dengan jayanya seperti ciku, jambu batu, longan, jambu air, rambutan, delima, kedondong, buah mentega, nangka, kopi arabica dan lain-lain. walau bagaimanapun, kakak kaunter pesan, jangan petik buah kat pokok! kalau buah dah jatuh dan masih dalam keadaan baik, boleh lah makan. rezeki katanya.

hmm, memang nan ado lah buah nangka nak jatuh sebijik kan!

trek dalam taman ni memang jauh dan hati2 sebab macam boleh tersesat. hehehe. selain dari pokok buah yang sedang berbuah, ada juga pokok lain seperti lada hitam, nenas, durian, padi, koko, getah dan lain-lain. iskh memang meriah la pokok2 dalam taman ni.




ada kolam jugak kat taman ni, tapi perjalanan untuk ke kolam ni agak creepy. awas, jangan pergi berseorangan!




 

sepanjang kami berjalan, memang berharap la ada buah yang jatuh supaya boleh kami ngap. dah jodoh katanya, memang kami jumpa kedondong yang dah masak dan buah mentega jatuh dan bertebaran atas rumput. setelah buat jaminan kualiti ke atas buah, barulah kami confident nak makan. kedondong masak rasa macam biasa lah kan, tapi buah mentega ni memang rare lah. ai dah tua2 camni baru first time jumpa buah mentega. dalam group kami ni hanya zahid yang pernah tengok buah ni. rare! rare! masa visit yang lepas, pokok buah mentega ni tak berbuah, kali ni memang rezeki. banyak pulak yang jatuh, merasa masing2 makan! Alhamdulillah, rezeki.






taman ni memang sesuai untuk bawa kanak2, tapi make sure pakaikan baju lengan panjang sebab banyak nyamuk, dalam hutan kan. pastu jaga la anak2 korang jangan biar lepas, sebab kawasan ni sunyi gak. kalau hilang susah nak cari. hmm. peringatan bukan menakutkan :-p

okey kawan2 jangan lupa buat lawatan ke taman ni. kalau nak tengok buah mentega, lekas2 datang, takut habis musim buah pulak.

have fun!

4 comment:

Karl SA said...

Bush mentega memang sedap. Bila musim buahnya?

Karl SA said...

Maaf.. Bukan bush tapi buah.

Asilah Kassim said...

Hai Karl SA

Tak sure exact time bila musim buah ni. ini pun kebetulan pi taman warisan bulan 2 lepas n jumpa buah mentega ni.

rasanya memang sedap.

Karl SA said...

Terima kasih at as jawapan

Powered by Blogger.