promo AA free seat, katanya!

24.2.2014


promo AA datang laie. memang promo memanjang AA ni. bila ntah ai ols nak kaya macam ni. hahahaha. tapi itulah, nan ado tiket ke destinasi pilihan luar negara yang murah2. semuanya nak 5 ratus ke atas. apa kes?

tunggu je lah promo lain :-p kalau tak beli tiket dalam negara macam ai ols. hihihi.

now everyone can fly.... katanya lah!

buah mentega (rare) sekarang di Taman Warisan Pertanian!

22.2.2014

yeah jom #visitMalaysia2014 di Putrajaya. hehehehe. macam jauh beno bunyinya kan. lokasi yang dipilih kali ini ialah Taman Warisan Pertanian, Presint 16, Putrajaya. selain dari lokasi tempat makan ada juga taman yang boleh dilawati. entrance fee rm2 untuk dewasa. bila kata taman automatik akan fikir taman bunga. tapi taman ni berbeza sikit sebab semua pokok buah n tanaman warisan yang cuba di preserve supaya generasi akan datang pun dapat kenal pokok2. ini adalah visit kedua untuk  ai dan kali pertama untuk lia, sha n zahid. pengembaraan taman diteruskan walaupun cuaca agak panas eh. gigih wei. 



ada banyak pokok buah yang sedang berbuah dengan jayanya seperti ciku, jambu batu, longan, jambu air, rambutan, delima, kedondong, buah mentega, nangka, kopi arabica dan lain-lain. walau bagaimanapun, kakak kaunter pesan, jangan petik buah kat pokok! kalau buah dah jatuh dan masih dalam keadaan baik, boleh lah makan. rezeki katanya.

hmm, memang nan ado lah buah nangka nak jatuh sebijik kan!

trek dalam taman ni memang jauh dan hati2 sebab macam boleh tersesat. hehehe. selain dari pokok buah yang sedang berbuah, ada juga pokok lain seperti lada hitam, nenas, durian, padi, koko, getah dan lain-lain. iskh memang meriah la pokok2 dalam taman ni.




ada kolam jugak kat taman ni, tapi perjalanan untuk ke kolam ni agak creepy. awas, jangan pergi berseorangan!




 

sepanjang kami berjalan, memang berharap la ada buah yang jatuh supaya boleh kami ngap. dah jodoh katanya, memang kami jumpa kedondong yang dah masak dan buah mentega jatuh dan bertebaran atas rumput. setelah buat jaminan kualiti ke atas buah, barulah kami confident nak makan. kedondong masak rasa macam biasa lah kan, tapi buah mentega ni memang rare lah. ai dah tua2 camni baru first time jumpa buah mentega. dalam group kami ni hanya zahid yang pernah tengok buah ni. rare! rare! masa visit yang lepas, pokok buah mentega ni tak berbuah, kali ni memang rezeki. banyak pulak yang jatuh, merasa masing2 makan! Alhamdulillah, rezeki.






taman ni memang sesuai untuk bawa kanak2, tapi make sure pakaikan baju lengan panjang sebab banyak nyamuk, dalam hutan kan. pastu jaga la anak2 korang jangan biar lepas, sebab kawasan ni sunyi gak. kalau hilang susah nak cari. hmm. peringatan bukan menakutkan :-p

okey kawan2 jangan lupa buat lawatan ke taman ni. kalau nak tengok buah mentega, lekas2 datang, takut habis musim buah pulak.

have fun!

mari menonton sejoli. oh bront!

21.2.2014

rehat jumaat tu gigih ai n dj p menonton sejoli. walaupun kami lambat, kami nak jugak masuk menonton. ahaha. 


sejoli


cerita ni cerita simple. boleh gelak2 dan fun. tak payah nak serabut sangat fikir. hehehe. watak yang paling ai suka watak bront. sesuatu sangat. hahahaha. filem osman ali ni offer sinematografi yang cantik, bila tengok filem ni terasa nak pi phuket!!!

helpppp.

rezeki jumaat, chocolate lasagna. yummy!

21.2.2014

awal minggu hari tu kak jaja whatsapps dia akan hantar delivery kat area putrajaya. so ai pun tak tunggu lama terus place order, 20 bekas. hihihi. bila hari jumaat tiba, tak sabar-sabar nak makan chocolate lasagna kak jaja.

11.45 am chocolate lasagna sampai. yeay! hmm, sental satu bekas chocolate lasagna! hmm, yummy! tapi memang kena makan time sejukkkkk, baru syoookkkkk. kak jaja kata kalau frozen kan, lepas tu thaw sekejap dan makan, lagi syookkkkk. hmm. rasa dia balance tapi #fanchocolate kata kalau ada banyak chocolate lagi sedapppp!

oh my #chocolatelasagna



audit iso datang lagi, yo!

20-21.2.2014

audit iso datang lagi. kali ni ai ada ketua team baru atau encik pengawal dokumen yang baru. hihi. auditor kali ni nampaknya begitu straight dan detail. penin kepala sekretariat iso. hehehe.

good job team.




random awesome

Trip Raikan Cinta: Ho Chi Minh- local scene

14-16.2.2014

sepanjang 3h 2 m kat ho chi minh (hcm) macam2 local scene yang dapat dilihat. rugi plak rasnya kalau tak share kat blog ni. hehehe :-)

oleh kerana motor adalah pengangkutan utama, maka kat hcm ni kita boleh tengok motor boleh bawa apa sahaja!




wedding photo shoot di mana-mana


kat hcm, korang akan notice ada banyak buku yang dijual pada harga yang murah dan cover buku pudar. buku2 tu buku cetak rompak. hihi



art adalah kelebihan orang Vietnam. memang berseni mereka2 ni.


kelapa boleh didapati dimana-mana sahaja dan jangan lupa rasa air kelapa ni. rasanya manis dan menyegarkan!


ramai peniaga makanan tanpa premis boleh dilihat dikawasan yang menjadi tumpuan penduduk tempatan. kesimpulannya, asalkan ada barang kat mana-mana boleh jual.


 




kat mana-mana pun boleh gambling.


hatta kat tepi jalan pun, still boleh jual apa sahaja



itulah sebahagian dari capture "local scene" yang dapat dilihat sepanjang ai berada di hcm.

Trip Raikan Cinta: Ho Chi Minh (day 3)

16.2.2014

mulakan hari ini dengan semangat yang berkobar2! hari ini ialah hari chu chi tunnel. ahahaha. awal pagi lagi kami dah berkumpul depan tnk office. setelah register, kami diarahkan untuk naik bas bersama traveller2 yang lain. 


sepanjang perjalanan, tourist guide kami-An, banyak bercerita tentang sejarah mengenai Vietnam war, chu chi tunnel dan lain-lain. kadang2 excited nak dengar kadang2 lebih leka memerhatikan "local scene" yang dapat dilihat dari tingkap bas. hehehe. perjalanan untuk ke chu chi tunnel mengambil masa hampir 2 jam. adalah dinasihatkan untuk membawa makanan ringan seperti biskut untuk mengelakkan diri dari kelaparan. 


chipsmore yang amat membantu. hihi

di pertengahan perjalanan kami telah singgah ke satu pusat kraftangan yang dikenali sebagai handicapped handicrafts yang telah ditubuhkan since tahun 1976. kat sini, rata2 yang handicapped adalah mangsa/ generasi keluarga yang telah menerima akibat dari zaman perang. tapi, walaupun mereka ni kelainan upaya, hasil kerja tangan mereka ni superb!




 



setelah cuci mata (nak beli cam mahal je), perjalanan kami diteruskan. kami sampai di chu chi tunnel pada jam 11 am waktu tempatan. masa ni matahari dah tegak atas kepala! panas! banyak jugak bas persiaran yang dah memenuhi ruang parking chu chi tunnel. adalah dianggarkan ada 700 hingga 800 orang pelawat datang ke tempat ni setiap hari. glamer kot tempat ni :-p 

mula-mula kami dibawa ke ruang senjata yang digunakan masa zaman perang tu. pergh, macam tak percaya je bila tengok senjata2 ni, besar dan nampaknya berat! emel highlight kami untuk hayati gambar2 yang ada pada dinding, hmm, memang mengharukan bila tengok budak kecik pun dah kena pegang senjata masa zaman perang. kuat betul semangat diaorang ni. next, kami dibawa untuk tonton video berdurasi 15 min untuk dapatkan view keadaan zaman perang masa tu. memang menakutkan!


sebelum masuk tunnel, kami di bawa melalui kawasan hutan, tempat dimana orang2 Vietnam pada masa tu tinggal underground dari tempat yang kami pijak! pergh, kami dimaklumkan "kampung" bawah tanah tu adalah setinggi tiga tingkat dan dihubungkan dengan sistem tunnel satu hala! pergh, hebat kot sistem ni. 


seterusnya adalah merasai sendiri, berada dalam tunnel original masa zaman perang dulu. ni mestilah ai ols tak try kan, takut boleh masuk tak boleh keluar, naya je. hihi. so, muni lah yang try, kami kakak2 tengok je laaaa. 


An explain masa zaman perang dulu, orang Vietnam takde peralatan canggih untuk serang tentera Amerika. so, diorang guna kaedah traditional seperti bamboo trap ni untuk bunuh tentera Amerika. bayangkanlah kalau termasuk dalam trap ni, sure jadi macam daging dicucuk dengan lidi. iskh, iskh, iskh..



ada lagi beberapa jenis trap yang telah dicipta oleh gerila2 Vietnam ni. kesimpulannya semua trap ni gerenti membuatkan orang yang masuk terbunuh dengan serta merta! ngeri weh! 


survival kehidupan bawah tanah ni memang luar biasa. dah la gelap, bila hujan basah. bila dah basah penyakit merebak dan ada yang mati. untuk pengudaraan pulak, mereka bina busut yang ada lubang udara. An inform, bila tentera Amerika dah tahu yang ada penempatan underground, diaorang guna anjing untuk kesan bau manusia dan salurkan gas toksik melalui lubang pengudaraan. kejam kan?


habis sesi mengembara dalam hutan, now masa untuk explore tunnel. jujurnya, ai memang takde idea langsung macam mana rupa tunnel ni, bila An inform dalam terowong ni ada lampu ai sedikit lega sehinggalah ai masuk dalam tunnel nih! 

apapun, pose dulu sebelum masuk tunnel :-p




pengalaman menerokai tunnel sejauh 120m memang mengerikan!! kalau tak sure nak habiskan 120m, boleh je keluar selepas 20m pertama dan setiap 20m seterusnya. tapi tak challenge lah kan. tapi, akibat nak mencabar diri sangat, rasalah keadaan yang gelap gelita, apa pun tak nampak, cuma dengar suara2 orang kat depan dan belakang kita. ada satu2 masa, kita terpaksa, turun ke tingkat bawah tunnel, naik ke tingkat atas tunnel, merangkak dan menggelongsor! fuhhhh, mencabar okay!! untuk pengetahuan korang, tunnel ni telah dibesarkan sedikit bagi membolehkan orang yang big size untuk masuk tunnel ni! sepatutnya tunnel ni lagi kecik weiii. sengsara! apapun, we made it. walaupun ai memaki hamun diri sendiri sebab nak masuk sangat dalam tunnel tu, ai masih gembira sebab berjaya keluar tanpa disengat scorpion. eh.


habis dari tunnel, kami dibawa untuk makan makanan zaman perang. minum teh tanpa gula dan ubi kayu! hehehehe :-p




dah makan, now masa untuk pulang! perjalanan balik selama 2 jam memang meletihkan dan kami semua tido dalam bas. hihihi. sampai je kat bandar, masing2 dah kelaparan. as usual tempat makan kami kat serai. makan nasi dengan lauk. nyum!


selepas makan, masih ada 2 jam sebelum bertolak ke airport, maka masa yang ada digunakan untuk cuci mata kat ben thanh market. sesi habiskan sisa duit katanya. hihihi. rupanya dalam market ni ada macam-macam benda yang cool dan seriously kalau nak shopping sakan bawalah duit banyak dan jangan lupa book luggage more than 20kg eh. 




akhirnya, masa yang ditunggu2 telah tiba. masa untuk pulang! kami sampai awal kat airport, gara2 risau kena beratur panjang masa check in luggage. al maklumlah orang Malaysia datang shopping kat Vietnam memang dasyat2 wei memborong. hihi. 



kat aiport gak ai sempat pekena kopi ais Vietnam. ai never a fan of coffee, walaupun rasa kopi ni sedap, tapi tetap tak like. hihihi.


time to board. kami tinggalkan emel di bumi Vietnam untuk meneruskan kerjanya. untuk kami, nasib flight tak delay. hehe. 


perjalanan balik mengambil masa hampir 2 jam memang membuatkan diriku mengantuk tahap tak terkawal. tapi nasib baik ada aktiviti makan atas kapal terbang. hehehe. kenyang dibuatnya! kami touch down di bumi Malaysia, tepat 11.05 pm. Alhamdulillah. tq to ajis yang jemput ai n muni kat airport. jasamu dikenang. 


overall experience

untuk trip 3h 2m kali ni memang mengujakan! walaupun tak dapat pergi mui ne beach, tapi pengalaman tengok bangunan bersejarah n merangkak dalam chu chi tunnel tu memang tak dapat dilupakan. aktiviti shopping pun amat menyeronokkan kat hcm ni. hihi. kalau ada peluang, ai nak repeat lagi trip ke hcm ni. one fine day, Insya'Allah!

Trip day 1 Ho Chi Minh

Trip day 2 Ho Chi Minh

photobook trip Raikan Cinta@Ho Chi Minh!
Powered by Blogger.