RESEPI: Marble Cake

1.1.2014

marble cake adalah kek yang amat mudah disediakan. oleh kerana mak risau resepi ni akan pupus, ai telah diarahkan untuk tempek resepi kat blog ni. in future, kalau tak jumpa resepi boleh godek2 kat blog ni. mak memang suka guna resepi ni dan setiap kali mak bawa pi kelas agama gerenti habis licin. sedap la tu.

RESEPI: Marble Cake

Bahan-bahan

250gm butter
220gm gula castor
4 biji telur gred A
220 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 susu teh esen vanila
50 ml air
2 sudu besar perahan jus buah oren sunquick
serbuk koko secukupnya

Cara membuatnya

1. ayak campuran tepung gandum dengan baking powder. ketepikan
2. dalam mixer bowl, pukul butter dan gula castor hingga sebati. kemudian masukkan telur satu persatu. masukkan esen vanila
3. dengan menggunakan spatula, masukkan tepung dalam bowl mixer, kacau hingga sebati. tuang air dalam adunan
4. untuk adunan ni, ai bahagi kepada 2 bahagian; (i) bahagian koko- campurkan serbuk koko secukupnya, (ii) adunan plain, campurkan sedikit perahan jus oren untuk enhance rasa.
5. dalam loyang bulat, 8 inch, ai tuang adunan koko dan plain secara selang seli. pastu on top buat la corak2 sikit habiskan adunan :-p



6. masukkan dalam oven yang telah di preheat. bakar dalam masa 1 jam, suhu 160 deg C (atau ikut kesesuaian oven masing2) api bawah sahaja.


7. tadaaa, dah siap!



8. now boleh makan! nyum!!



selamat mencuba!

0 comment:

Powered by Blogger.