rendang mentarang in the making :-)

1.1.2014

rendang mentarang is my all time favorite. sekarang dah jadi all time favorite nuurul pulak. hahaha. kalau ada ops rendang mentarang mestilah sebab nuurul yang order, ni dah kali ke 3 kot. Alhamdulillah, sedap la kot. as usual, ai kena uruskan mentarang yang dah dibeli sebelum sentuhan merendang mak. 

mentarang kalau dah beli 5 kg memang berzaman la nak uruskan. dari proses pembersihan sampai la kopek isi, memang lenguh kaki yang duduk. simptom tua :-p ni rupa mentarang yang dah siap dikopek dan dibersihkan. 


gaul sedikit dengan kunyit untuk beri rasa


mula-mula nak masak rendang ni, tuang minyak dalam kuali dan panaskan :-p pastu masukkan bawang+bawang putih+halia+lengkuas+serai yang telah dikisar, diikuti dengan cili boh. kacau hingga sebati 


pastu bila dah sebati, masukkan santan. kacau bila perlu


bila dah rolling boil, masukkan daun limau purut dan diikuti dengan kerisik



masa untuk masukkan mentarang. terjunkan semua mentarang!!!


semakin lama, rendang akan semakin pekat. so, kena kacau perlahan-lahan. handle with care kalau tak hancur la mentarang uols. seasoning time- ikut taste buds masing-masing ya!


ok, dah siap! boleh makan n pack untuk nuurul/sha/kawan2 opis :-)



untuk rendang mentarang ni memang ai takde resepi yang tepat sebab setiap kali chef mila masak macam2 style yang keluar. so, apa yang ada je lah ye.

0 comment:

Powered by Blogger.