ops joging #1 taman seri empangan

28.1.2014

yeah, akhirnya berjaya memecah rekod untuk jogging bagi tahun 2014. tahniah! venue jogging #1 ialah di taman seri empangan, putrajaya. kawasan taman ni adalah berdekatan dengan picc. taman ni memang sesuai sangat kalau nak jogging, tapi adalah dinasihatkan untuk tidak jogging seorang diri. kawasan ni sunyi sikit lagi2 bila dah lewat petang. 

hari ni sesi warm up, lebih banyak buat photo shoot dari jogging. hmm, mengah betul dibuatnya bila sekali sekala jogging. simptom takde stamina macam ni lah! takpe look forward untuk sesi jogging akan datang :-)

view sepanjang trek jogging memang memukau. pergh, nikmat betul rasanya bila dapat menghargai sesuatu yang berda depan mata. terus berkobar mood #visitMalaysia2014!










0 comment:

Powered by Blogger.