misi menawan Gunung Angsi. realiti vs fantasi?

3-4.1.2014

walaupun jiwa masih terganggu dengan kata-kata diri sendiri "mampukan mendaki Gunung Angsi, wahai asilah?", namun kaki masih mahu melangkah untuk menyahut cabaran julung-julung kali dalam hidup.

"ah, cam jungle trekking je ni"

"bila lagi nak cuba amik gambar guna hp baru yang 13mp tu"

"ah, mesti boleh lah!"

sedikit pengenalan Gunung Angsi dari wikipedia

Gunung Angsi yang terletak di Tanjung Ipoh yang terletak di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan mempunyai ketinggian setinggi 825 meter (2,702 kaki). Ia merupakan salah satu tarikan bagi Hutan Rekreasi Ulu Bendol dan terbuka bagi pendakian. Pendakian Gunung Angsi biasanya mengambil masa selama empat jam yang melalui laluan trek sepanjang 4.5 kilometer sepanjang Sungai Batang Terachi. 
****
3.1.2014

belum apa-apa lagi dah mis communication. janji dengan sha nak tunggu kat ktm serdang, sha faham ai nak tunggu dia kat ktm seremban. nak dijadikan cerita, hp pulak takde bateri. masa ni lah kan nak buat hal. aisey. memang lama gak bertapa, akhirnya gigih cari port untuk cucuk charger. rupanya memang masing-masing salah faham! sha n zahid, sorry banyak-banyak sebab korang kena tunggu lama :-(

bila dah sampai serdang, sha n zahid nak p uptown cari ground untuk outdoor activities. ada satu kedai kat uptown tu yang jual macam2 gear untuk outdoor. harga ok kot. habis shopping kat uptown kami sambung shopping kat nsk. pergh best rupanya shopping nsk ni, harga murah patut orang beli sampai penuh troli. misi kami kat nsk ialah beli barang2 makan "door gift" untuk sesi hiking Gunung Angsi. 


dah habis shopping, kami bergerak balik ke Seremban. sebelum balik rumah singgah makan dulu kat Senawang. dah pagi ni, elok pulak sental char kuey teow satu pinggan, sha n zahid pekena asam pedas. hmm, sedap la jugak.

sampai rumah memang dah pagi kalau tak silap kol 3 am camtu. tapi keja belum habis eh. kena packing "door gift" la pulak. tup2 dah nak kol 4 am baru la masing-masing boleh zzzzzz.

4.1.2014

 

pukul 6 am ai dah terjaga. sakit perut! banyak butterfly dalam perut! kecut perut! hahaha, apakah? adakah ini dilema first time hikers? ayoyo. dalam kol 7.30 am kami bergerak keluar dari rumah, menuju ke start point, pejabat hutan lipur. landmark tempat ni ialah bersebelahan dengan kawasan rekreasi ulu bendul, tempat mandi manda tu. sampai2, memang terpaku dengan nature. eh, feeling2 pencinta alam sekitar pulak kan. butterfly dalam perut memang tak berjaya hilang. iskh, ngeri betul lah!


dalam kol 8.30 am, geng2 opis zahid dah berkumpul n now masa untuk briefing n warming up. masa ni dah terasa panik nak panjat gunung. nak tarik diri? dah terlambat! cikgu tiba2 muncul last2 minute, mimpi apa ntah tiba-tiba nak panjat gunung! hahaha. takpe ada geng. kol 9 am, perjalanan bermula. sha adalah motivator terbaik dalam hal panjat gunung ni. dia asyik remind tak payah jalan cepat2 dan ikut kemampuan. memang jauh la kami ketinggalan dari geng2 zahid kat depan tu. tapi no worries tak payah pressure. tapi memang dah ala2 pelawat hutan, tak macam hiker langsung!  


perjalanan dalam hutan ni memang sukar dijangka. mula-mula perjalanan macam senang je. untungnya kami lalu beberapa batang anak sungai, air dia sejuk dan menyamankan. hehehe. macam2 flora dan fauna dalam hutan yang kita boleh jumpa :-) 


laluan hiking memang tak pernah mendatar, kalau tak bila nak sampai puncak kan? trek yang kami lalu ni adalah single trek dan 100% nature. akar-akar kayu dah macam bentuk-bentuk tangga yang memudahkan pendakian. tapi trek ni bukan calang-calang, kadang-kadang kena daki macam tak habis-habis. letih wei! dah la tanah2 yang dipijak ni licin2. free2 je nak tergelincir! tips dari zahid: jangan pernah tengok trek yang menegak ke atas, sebab automatik akan rasa down. teruskan menapak n sedar2 dah ada kat atas. 

 

 
 

serius bila nampak papan ni "7 min to summit", memang rasa dah nak dekat dah! tapi serius wei jauh lagi, ai mean really jauh! ada 2 lazy log yang kena tempuh. eh, walaupun namanya lazy log, tapi tenaga nak memanjat tangga-tangga yang mencanak tinggi tu bukan mudah. nak menangis rasanya! semakin lama semakin tinggi! masa ni asnor, 1 of geng ofis zahid dah mula flat dan macam x nak teruskan perjalanan. so, sha motivate dia. ai confident gerak solo. ahahaha. semangat tinggi ni walaupun dah pancit. hahaha.


part bukit botak ni memang paling scary sepanjang perjalanan ni. first memang ai tak berminat dengan tali. pastu kena panjat lak bukit botak ni. cis kek betul lah! untuk orang-orang yang ringan tu sure takde masalah la halangan ni, tapi untuk orang yang gems cam ai ni, pergh, seksa uols. cabaran bukit botak ni bukan terhad kepada gambar yang ada ni. kat atas ada lagi halangan menggunakan tali. nasib la si gems ni lepas.


bila dah berjaya melepasi halangan bukit botak, papan tanda ni menyambut kejayaan korang. serius macam dah nak dekat kan? tapi tidak still jauh dan of coz lebih mencabar! masa ni ai gerak solo lagi. sha masih dengan asnor kat belakang. so, ai gerak slow2 je la. makan angin katanya.


trek seterusnya adalah trek untuk sampai ke puncak. MasyaAllah, trek ni jauh lebih mencabar! trek tinggi dan kadang2 nampak hampir menegak. masa ni macam2 skill la keluar. sha n asnor still ada kat belakang, cikgu plak jauh ke depan. masa ni skill merangkak pun terkeluar! tenaga dah berkurangan, memang letih! simptom kurang stamina. hihihi. apa yang drive ai masa ni hanya semangat untuk sampai puncak Angsi!

perjalanan masih diteruskan. tengah frust2 bila nak sampai, nampak cikgu tengah duduk. ceh. sempat berehat eh. cikgu kata dah nak sampai puncak dah. tapi memang malas nak percaya sebab dah 10 x dengar puncak dah nak sampai tapi tak sampai2. huh. tup2 nampak zahid turun dari atas, rupa2nya nak follow up sha n asnor kat belakang. ai n cikgu teruskan perjalanan ke puncak Angsi, slowly ai dengar suara geng2 zahid, masa tu jam pun dah nak pukul 2pm. Alhamdulillah, akhirnya, puncak Angsi dapat dijejak. 

Alhamdulillah. masa ni kabus menyelimuti kawasan sekitar, sejuk! lega dapat hirup udara segar dari puncak Angsi ni. tapi baru nak feeling2 sampai puncak, hujan turun! kesian sha, zahid n asnor, kena harung trek dalam keadaan hujan. apapun they made it! tahniah! tahniah! 



kalau tanya penat, semua orang pun penat. tapi untuk first timer macam ai penat tu macam tak habis2. indah betul kalau dapat berbaring. tapi segan lah pulak. kaki dah la sakit. huhu. makan? tak lalu, perut rasa macam full dengan oksigen. hehehe :-p bergantung pada gula dalam snickers je lah!


orang kaki panjat gunung kata, bila dah sampai puncak kena amik gambar kat beirut ni. tapi beirut ni nampak cam besi je maka ai ols takde la nak amik gambar diri sendiri dengan beirut tu. hahaha. tapi tergedik2 pulak nak amik gambar kat tanda gunung angsi 825m ni. hoi 825m je? macam nak mintak nyawa panjat gunung ni. sadis!

 

 

jam 3.30 pm, perjalanan turun dimulakan. kali ni turun melalui trek bukit putus. masa ni hujan mula turun selebat-lebatnya. basah lencun dibuatnya! pemandangan pun kabur sebab spec kena air hujan. jalan licin dan banyak lopak air! stresss!!! masa ni rasa nak menangis je sebab kena panjat2 trek dalam keadaan licin, dah penat kot! pastu semua orang suruh cepat sebab hari nak gelap. ai takut gelap! ai takut tergelincir! memang bergaduh dalam hujan je la. nak nangis, air mata pun tak mau keluar :-p

bila dah melepasi kawasan hutan tebal, hujan pun mula berhenti, hari pun nampak sedikit cerah. masa ni dah boleh slow down perjalanan. dari jauh nampak cikgu tengah berehat (lagi?) kat bench taman. lepas amik gambar mana-mana patut, kami teruskan perjalanan. masa ni ai ingat dah nak sampai, punya lah happy. sekali ada cabaran yang dasyat menanti! perjalanan turun perlu melalui trek yang curam ke bawah. cis kek! dah la licin, susah nak step, ada lah 2-3 kali terduduk dan akibat malas keterlaluan, ai main gelongsor je kat kawasan yang sesuai. hahaha. nak turun ni pun makan masa, memang jauh beb! akhirnya, zon curam tamat. dan officially ai telah berjaya naik dan turun Gunung Angsi dengan selamat. Alhamdulillah! 

did i just made a history? ahahaha.

masalah utama bila turun melalui trek bukit putus ni, kami kena menapak balik kira-kira 3 km ke tempat start point. pergh masa ni memang dah letih, flat habis. bestnya kalau ada orang nak tolong dukung. hahaha. ai memang dah tak larat, jalan pun dah seret kasut sampai kena marah dengan cikgu. (huh, sangat cikgu!) tapi penat wei! nasib la cikgu tau short cut nak pi start point, boleh lah kami sampai cepat sikit kat start point. tak sabar nak lunjur kaki n mandi!!!

keletihan emosi, mental dan fizikal!

6.30 pm, masa untuk bergerak pulang. hari ni, tutup satu chapter yang manis. kisah asilah yang gigih memanjat gunung untuk pertama kali. tahniah kepada diri sendiri. terima kasih kepada sha, zahid dan cikgu sebab being supportive dan sabar. hahaha. tak janji nak panjat gunung lagi lepas ni, tapi experience ni memang luar biasa. bukan sekadar menawan puncak Angsi, tetapi lebih dari semua tu.

0 comment:

Powered by Blogger.