jom kitar semula!

2.1.2014

putrajaya adalah kawasan yang paling bagus dalam amalan kitar semula. kira ditangga teratas lah, namun performance nya masih 1 digit. masih tidak boleh dibanggakan. tahun ni, ai buka buku aktiviti dengan meningkatkan kesedaran amalan kitar semula! hahaha.

balik dari kampung, ai bawa sekotak majalah n emak pula bawa 3 botol minyak masak hitam. lokasi kitar semula yang dituju terletak di presint 9, putrajaya. lokasi sekitar adalah bersih dan selesa. 




masa kami sampai, lori alam flora tengah kumpulkan barang-barang. so cepat2 ai bawa minyak n majalah untuk ditimbang. harga barang dikira mengikut per kg


hasil jualan barang kitar semula ai share dengan emak, memandangkan effort mengumpul minyak masak hitam tu adalah usaha mak. hehehe :-) untuk rekod, jumlah pendapatan dari hasil jualan barang kitar semula adalah sebanyak rm 16.80, minyak masak 15.8 kg (rm12.62) manakala majalah 19kg (rm 4.18)



rasanya, masih belum terlambat untuk mulakan sikap kitar semula. eh, sampah yang kita buang tu pun ada nilai tau. jom kitar semula.

0 comment:

Powered by Blogger.