hari beli handphone. eh? hahaha

3.1.2014

finally hari ini datang. ya, hari membeli handphone baru. hahaha. terima kasih kepada agihan pendapatan asb yang menyebabkan ai belanja 20% dari jumlah keseluruhan income awal tahun. Alhamdulillah. semoga income akan dimanfaatkan pada jalan yang baik. InsyaAllah.

ikutkan hati, hp #htcone jadi idaman kalbu, tapi apa kan daya harganya mencecah 2k. gulp. tak mau la "biar pape asal bergaya". huh. melalui carian google, ai ols terpahat pada alcatel one touch idol x. brand alcatel ni memang tak asing dalam famili, memandangkan hp parents masing2 adalah alcatel. hahaha.

so, welcome to d famili idol x- the red diva!


kenapa ai beli hp ni ialah (i) harganya boleh dibayar mengikut kemampuan, (ii) saz yang mengancam dan (iii) kamera 13 mp. keselesaan idol x kat tangan susah diungkap dengan kata-kata. masa first time pegang, terus jatuh cinta. hahahaha. so, ai beli kat mines, one of official supplier untuk alcatel.

ok, mari bercinta idol x! hahaha :-p

update 6.1.2014

ingatkan masalah biasa kat idol x, sebab sekejap2 boleh detect line, sekejap2 hilang. kat ofis lebih parah! langsung tak boleh detect line. iskh laaa, call service centre dia kata mungkin sim yang ada masalah. ayoooo, stresss nya!

update 7.1.2014

hari ni beli sim card prepaid u mobile. tadi try nak tukar sim card kat maxis tapi maxis nak ayah datang (main line) untuk verify transaction tukar sim card. walaupun ai rasa policy ni sound stupid, lantak lah, malas nak cari gaduh! beli sim card baru, tapi hp still tak boleh detect line at certain area!

update 8.1.2014

hari ni pi mines kat kedai official supplier, penat2 datang diaorang buat kesimpulan sim card maxis rosak sebab sim card china yang diaorang pakai, tunjuk hp function normally! stress lagi! tapi kedai ada suggest untuk ai pi service centre kat kl. tengok la macam mana nanti.

update 9.1.2014

hari ni dah tak boleh tahan. iskh laaa, dah hari ke-7 beli idol x, tapi tak happy langsung! ni semua gara2 hp tak dapat detect line. ai decide untuk half day hari ni, so boleh pi terjah service centre alcatel kat plaza berjaya opposite time square. 

ai sampai kat service centre around 3.30pm. bangunan ni macam takde apa yang menarik, spooky je. hahaha. tapi demi idol x, ku gagahkan jua. kali ni dua-dua line, hp tak dapat detect! sampai kaunter n explain masalah hp kat receiptionist dia isu invois n inform yang hp kena upgrade software n amik masa around 1 jam. so sementara menunggu, ai terjah time square. takde pape-pape yang menarik pun! hahaha.

setelah 1 jam menunggu, ai kembali ke service centre. alangkah gembiranya bila dapat hp yang dah boleh detect dua2 line! magic! hahaha. rupanya technician dah tukar papan PCB (printed circuit board- internal component untuk hp ni). legaaaa. akhirnya dilema hp berakhir! Alhamdulillah!

update 10.1.2014

lebih gembira dengan idol x! kat ofis line maxis boleh detect! hahaha. now boleh sambung bercinta idol x!

0 comment:

Powered by Blogger.