jom terbang!

31.1.2014


masa untuk terbang dah tiba! trip kali ni penuh dengan amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. InsyaAllah kami akan jalankan amanat sebaik mungkin.

Ya Allah
permudahkan urusan kami
supaya kami dapat memudahkan kehidupan
mereka yang amat memerlukan
lindungilah perjalanan kami
lindungi kami dan keluarga kami
permudahkanlah urusan kami
peliharalah keselamatan kami
Ya Allah perkenankanlah!

mereka yang meninggalkan kami disini

30.1.2014

first of all taniah untuk mereka yang bertukar keluar dari ofis ni ke ofis baru. semoga lebih banyak kejayaan yang akan ditempuh pada masa akan datang. so, hari ni ada majlis perpisahan untuk herzi, asmah, hasnaa n kak izan. simple je event ni tapi bermakna. 

part 3 #farewellparty asmah





 tahniah asmah, hezi n kak izan


 kek tajaan mmyza bakery



 last day punch card ofis



sebenarnya sedih gak la asmah pindah. sob sob. tapi takpe, tempat asmah ialah disisi abang asyraf. semoga balik johor, asmah cepat2 ada baby asmah jr. Amin :-)

ops joging #1 taman seri empangan

28.1.2014

yeah, akhirnya berjaya memecah rekod untuk jogging bagi tahun 2014. tahniah! venue jogging #1 ialah di taman seri empangan, putrajaya. kawasan taman ni adalah berdekatan dengan picc. taman ni memang sesuai sangat kalau nak jogging, tapi adalah dinasihatkan untuk tidak jogging seorang diri. kawasan ni sunyi sikit lagi2 bila dah lewat petang. 

hari ni sesi warm up, lebih banyak buat photo shoot dari jogging. hmm, mengah betul dibuatnya bila sekali sekala jogging. simptom takde stamina macam ni lah! takpe look forward untuk sesi jogging akan datang :-)

view sepanjang trek jogging memang memukau. pergh, nikmat betul rasanya bila dapat menghargai sesuatu yang berda depan mata. terus berkobar mood #visitMalaysia2014!










eratkan silaturahim antara ahli cawangan @ slero d timur :-)

28.1.2014

yeah, hari ni kami lunch dengan en boss! hahaha. well, kali ni sempena farewell asmah n nak wish en boss happy chinese new year. sweet kan. sila jeles. kali ni makan kat slero d timur (lagi?) n pilih ala carte food. rasanya memang marvelous lah. eh, telur dadar pun lazat tau tak?

part 2 #farewellparty asmah!








sila jeles dengan kasih sayang yang ada dalam cawangan kami. ahahaha. pening kepala en boss dengan we all tau. mana yang banyak cakapnya, mana yang kuat melawannya, mana yang kuat propanya dan lain-lain.

okey, apa yang kami makan?

 

 

 


rasa food yang amat enak. worth for money! eh, kami siap dapat foc banana fritters kot. nyaman amat! tq, slero d timur ayer 8, nantikan kunjungan kami soon!

mesyuarat errrr taklimat. adhoc!

27.1.2014

kali pertama jejak kaki di jabatan kimia dengan tujuan mesyuarat. tepat jam 2.15 pm, mesyuarat bertukar menjadi taklimat! hahaha. nasib baik dah ready dengan soft copy slide. en boss pun ready!

hmm. dah tinggal beberapa hari lagi untuk tarikh kuat kuasa Akta. berdebar-debar pulak. semoga semuanya dipermudahkan.


taman saujana hijau. enjoy!

25.1.2014

hari ni ialah hari lawatan sambil belajar di taman saujana hijau, presint 11, putrajaya. hmm, dengan cuaca yang ala-ala sejuk ni, memang feeling2 oversea bila ada kat taman ni. taman ni memang sangat cantik dan tenang. sesuai untuk riadah, piknik dan photo shoot. 

eh, photo shoot dengan idol x ni memang macho lah! pic dia nice jerrr.







 


setelah habis photo shoot, kami pun bergegas pulang. tapi tak sangka ada surprise. keta cik wi kena langgar! kemek sampai pintu kereta tak boleh bukak. hmm, jahat betul orang yang buat salah ni. dah la blah camtu je. takde manner langsung!


sabar ye cik wi. dugaan.

makan-makan kat secret recipe

24.1.2014

asmah is leaving us. dia dapat tukar balik johor. tahniah asmah :-) so ai n geng makan sama-sama kat secret recipe galleria. hmm, lepas ni bila lagi la dapat lunch ngan asmah. hehehe :-)

part1 #farewellparty asmah!







kenyang. Alhamdulillah!
Powered by Blogger.