tsunami selepas 10 tahun

26.12.2014

hari ni mark tahun ke-10 kejadian tsunami tahun 2004. masih ingatkah korang kejadian tu? Alhamdulillah, tahun ni ai berpeluang ke Aceh untuk melihat sendiri kesan tsunami 2004. secara keseluruhan, Aceh telah kembali pulih dan bangkit dari kesedihan tsunami. 




negara kita pun terjejas tsunami. dalam trip #vm2014 yang lepas ada juga melawat monumen tsunami kat Kedah. macam Aceh, kesan tsunami dah tak nampak lagi kat tempat2 terjejas tsunami 2004.



apapun pada masa ni, negara kita esp kat pantai timur sedang hadapi bencana banjir yang terburuk sejak sekian lama. semoga mereka yang terjejas banjir akan kuat semangat mengharungi dugaan ini.

pb proof trip candat candit 2014

25.12.2014

sempena dengan cuti hujung tahun yang panjang ni, ai ols telah merajinkan diri untuk menyiapkan hutang photo book (pb) yang tertunggak. ada la dalam 5-6 pb nak kena buat. iskh laaa, voucher pun nak expired ni hah! hutang pb pertama ialah trip candat candit bulan 5/2014. punya lah lawak masa nak design pb ni. terimbau memori yang manis2 time tu. hahaha. rindu pulak kat sotong. eh?

masa nak design pb ada gak teringat pantai timur. sekarang ni dok banjir, camne lah keadaan depa eh. apapun #prayforpantaitimur. pastu, nak merungut jugak tentang orang2 yang dok marah orang lain (esp menteri) tak tolong mangsa banjir, tapi dia tak buat apa pun. lol. ok habis merungut!

kalau dah namanya nak siap cepat, maka pb nya pun manja2 lah ye. takde nak buat cantik2. asal siap sudah! now, presenting pb proof trip candat candit 2014. kita hold dulu nak submit file kat @pixajoy!








cheese cake in a cup. yummy!

23.12.2014

happy 6th birthday dear blog. hopefully akan lebih gigih menaip di blog. harap-harap lah ya! okey, mari kita celebrate dengan membuat cheese cake dalam cup! (propa). resepi yang digunakan adalah resepi basic cheese cake, sila klik link untuk resepi. 

sebenarnya agak praktikal juga buat cheese cake in cup ni. kalau nak makan, amik satu cup dan habiskan. tak payah nak potong2 bagai. cuma kena sedikit gigih nak isi adunan dalam setiap cup. hehehe :-)

tadaa. yummy!


misi kain ela di jalan tar!

20.12.2014

nak start tahun baru ni, biasa sangat lah nak memberi warna baru kepada baju2 kerja merangkap baju kenduri kawen dll. hahaha. aktiviti ni pun jarang2 je lah bergantung kepada allocation. so kak ani n ai plan nak terjah jalan tar untuk misi kain ela untuk koleksi 2015. cehhhhh!

kami terjah jalan tar awal pagi around 9 am. masa ni banyak kedai yang baru buka, lengang dan banyak kedai yang offer harga yang berbaloi katanya harga nak buka pintu rezeki. ye ke? tips untuk cari kain kat jalan tar ni, pastikan budget, berapa kain aim nak beli dan warna yang korang fokus. kalau tak akan terjadilah pembelian kurang berhemah kerana mengikut nafsu. hahaha. memang rambang mata kot. kain macam2 warna, kualiti baik dan harga pun berpatutan. 

kali ni, ai aim 4 kain pasang untuk diri sendiri, nak top up kain yang pernah beli sebelum ni. kat jalan tar ni pun banyak jual baju siap dan harga pun murah. tapi kalau agak2 takde saiz tu, buat2 tak nampak je lah. hihi.

okey, now masa untuk hantar kain kat tailor!


chocolate brulee by secret recipe. ohsem!

19.12.2014

fuhhh, lama pulak rasanya tak menaip kat belog ni. sejak pindah kuarters ni, internet line pun sangkut memanjang sampai membantutkan usaha menaip. aisey, apapun ai ols akan try catat important event yang berlaku dalam masa sebulan yang lepas untuk rujukan pada masa depan. hehehe.

untuk memanggil mood menaip, kita mulakan dengan sesuatu yang manis. korang dah pergi secret recipe recently? notice tak ada kek baru? the chocolate brulee? hmm.


untuk mengubati kerinduan kepada choc mud, kek baru ni ialah sangat ohsem! bila makan tu ada crunchy kat base dia, yang light yellow tu ala2 makan creme brulee. nyum2 sangat. apa lagi, pi try satu slice!

credit pic:FB Secret Recipe

pb murni dah sampai! ohsem sangat!

17.12.2014

finally, photo book (pb) murni dah sampai kat tangan. nervous pulak nak tengok hasil kerja sendiri. al maklumlah ada beberapa gambar yang low quality tapi ai submit je. hmm. 

front cover. konsep sweet n simple. hehehe. 


back cover. fist time design back cover buat kolaj. not bad gak eh.


1st page


ada beberapa pic yang agak gelap due to original gambar pun gelap. overall ai puas hati dengan design ai n printing quality by Pixajoy ni. 

jom kita ber 'pb'!

taklimat GST di maeps, serdang #myGST4U

16.12.2014

GST oh GST! sana-sini orang asyik cerita pasal GST. ada info yang tepat, kurang tepat dan salah! Alhamdulillah, ai dapat menghadirkan diri ke salah satu taklimat GST yang diadakan kat maeps, serdang. event hari ini adalah usaha nbos antara kementerian untuk memastikan semua penjawat awam mendapat knowledge tentang GST yang akan enforce pada 1 April 2014 :-) sepanjang full day event ini, wakil dari pelbagai agensi penguatkuasaan gst seperti kastam, kpdnkk dan penerangan gigih menyampaikan maklumat berkaitan GST. siapa yang boleh kenakan cukai kepada consumer? syarikat yang ada perolehan melebihi RM500K setahun. syarikat2 ni kena mendaftar baru boleh collect GST. so, kalau gerai kat kampung perolehan bawah RM500K boleh kenakan cukai tak? jawapanya TIDAK!


okey apa itu GST? ramai orang salah bagi info yang GST stand for Government Service Tax! huhu. sebenarnya GST bermaksud Goods and Service Tax atau Cukai Barangan dan Perkhidmatan. ini bukanlah sistem cukai baru untuk negara kita sebab pada masa sekarang telah pun ada SST (Sales and Service Tax) pada kadar 5%, 6% dan 10%!! tanpa kita sedar dan tanpa kita amik tahu pun, memang kita dah lama bayar cukai ni sejak tahun 1975! itu fakta! yang paling kita tak aware, sebanyak 160/194 negara telah laksanakan GST dan hanya ada 3 negara di ASEAN belum laksana GST iaitu Malaysia, Brunei dan Myanmar. ohhhh!

secara ringkasnya, kenapa kita perlu kisah pasal GST? sebagai pengguna (consumer) kita perlu tahu, kadar GST ialah 6%. bila kita beli barang or dapatkan perkhidmatan kita akan dikenakan GST. apa yang menariknya konsep GST negara kita, banyak barangan kegunaan harian dikelaskan sebagai zero rated GST (tidak dikenakan cukai!) termasuklah perkhidmatan pengangkutan dan hospitaliti. 

tidak dinafikan akan berlaku kenaikan harga terutamanya untuk barang2 yang pada masa ni 0% SST tapi lepas GST ada tambahan 6%! tapi we can expect penurunan harga juga untuk barang2 yang 10% SST ke 6% GST, kan? sebagai panduan pengguna, kpdnkk akan keluarkan shoppers guide yang boleh membantu kita semasa kita membuat pembelian barang aka shopping!  





sama ada kita suka atau tidak GST tetap akan dikuatkuasakan pada 1 April 2014. dari sudut positif, GST dilihat sebagai sumber cukai yang lebih stabil berbanding cukai2 lain yang negara collect. ye lah, selagi ada orang beli barang, adalah GST yang dikutip. so duit2 cukai tu akan digunakan semula untuk pembangunan negara jugak, kan? marilah kita bersedia untuk menghadapi penguatkuasaan GST. jadilah pengguna bijak dan berhemah!

maklumat lanjut mengenai GST sila klik pautan berikut KASTAM GST!

team bulding standard codex part 2

14.12.2014

hari kedua team building kat PD! hari ni buat sesuatu yang lain dari yang lain. belajar memanah! wow, salah satu benda yang dah lama nak cuba tapi tak buat-buat. kali ni instructor syazwan dari team Sunnah Memanah (FB) yang datang ajar. korang boleh intai FB depa untuk follow aktiviti n road tour depa.

memanah ni memang awesome! tak sangka memang sukan yang menarik. as a first timer, bila angkat je arrow memang tak kena lah! asik tersasar memanjang! bila dah dapat tips dari syazwan, barulah kena kat board tu pun tak pernah kena tepat kat centre. hihi.



around 10 am, kelas bersambung. sekarang masa untuk share pengalaman dan apa value yang dapat sepanjang tempoh 2 hari ni. Alhamdulillah, tak sia-sia ai join geng standard codex kali ni. selain dapat melancong tepi pantai dapat ilmu yang berguna :-)



apapun thanks kepada semua yang terlibat especially team En Khir, Syazwan Sunnah Memanah dan team standard codex! yeay! 

team bulding standard codex part 1

12-13.12.2014

hujung tahun ni, banyak pulak aktiviti team building. memandangkan ada kekosongan tempat untuk hadir ke team building ni, zu n ai wakil surveilan tumpang sekaki join. kata orang rezeki jangan ditolak kan. boleh team building sambil melancong. eh? hehehe. kami bertolak dari ofis ke PD dengan kereta. tq zu drive dengan penuh berhemah :-p


sampai2 je, tak sempat nak berehat! terus kena masuk kelas. huhu. fasilitator kita kali ni ialah En Khir Afiffin dari Seven Figure. 


dah bagi briefing intro, kami diberi task pertama iaitu "Selfie". hehehe :-) yang menariknya, fasilitator bagi kami RM50 untuk buat task ni. moga diberikan rezeki yang lebih banyak tuan fasilitator.


Task: Selfie

untuk task ni kami kena capture Selfie dengan beberapa orang dan item. gigih la nak pergi merata ceruk cari tempat. kumpulan ai yang integriti tinggi ni, jenuh buat satu2 task tanpa fikir nak buat kerja tak aci. skema betul. hahaha. cc nurul hidayati, aziha n shariza.








13.12.2014

hari ni adalah hari yang paling mengujakan! semua outdoor activities. ohsem!! awal2 pagi kami dah keluar untuk stretching dan terus ke lokasi Eagle Ranch untuk flying fox n laluan cabaran! 




aktiviti highlight kali ni, flying fox! adeh, mengerikan jugak walaupun tak setinggi n sejauh mana! nervous makcik! 

 

 in action. nervous weh!


usai flying fox, sambung dengan aktiviti cabaran yang lain. ai sempat main separuh jalan je. kulit jari tersiat amat memedihkan, kaki pulak tersadung dan terseliuh. choii je. tak suka aktiviti ni. huahuahua.

 

 
 

dah penat melompat sana sini, masa untuk pulang ke hotel. petang ni bersambung sesi banana boat n snorkeling kat Pantai Teluk Kemang, PD. of coz ai skip sebab tak tahan panas kol 2 pm kot (propa). hahaha. malam pulak ada sesi dinner, yang lawaknya kena buat persembahan super spontan. hamikkk, lawak tak terkata!



Powered by Blogger.