tekanan-tekanan yang tidak perlu

29.12.2013

hari ni tengok berita cerita guling kerajaan. pastu baca blog2 bertebaran isu pasal guling2 ni. pastu pasal bantahan oleh ngo2 dll. eh, viral betul. nak jadi ke? 31st? sebagai rakyat marhaein yang mempunyai kehidupan yang sederhana, senario ni memang menakutkan. nabil kata ala yang kat berita tu semua story 1 side je. tapi still, ini semua menakutkan. kalau jadi, adalah akan seteruk rusuhan2 yang selalu kita tengok kat kaca tv? kalau tak jadi, adakah agenda ini akan berterusan? maka, sampai bila? persoalan demi persoalan muncul, menyesakkan minda, mengusutkan hati, walang seluruh jiwa.

adakah kita boleh hidup seperti biasa, melalui norma2 seperti biasa selepas ini?
adakah semua perjuangan menuntut hak2 akan capai titik penghujung?
adakah semua yang kita mahu kita akan dapat?
adakah kita akan berpuas hati dengan apa yang jadi selepas ini?
apa yang akan jadi pada generasi kita seterusnya?
apa jaminan kita untuk hari esok?
adakah kita bangga dengan semua ini?

bukankah kita mempunyai saluran untuk berhujah, bertanya dan berdiskusi? kenapa rakyat marhaein selalu ditakut2 kan dengan ancaman2 anasir yang tidak sihat ni? risau. tekanan2 yang tidak perlu.

Ya Allah, lembutkan hati pemimpin, dan lembutkan hati mereka, lembutkan lah hati kami semua, kami mahu kehidupan yang aman, tanpa rasa takut menyelebungi hati-hati kami. jauhkanlah sifat2 negatif, bentukkan kami menjadi manusia yang lebih menghargai dan mensyukuri nikmat yang telah diberikan. 

Amin


p/s: kadang2 sabar tu memang perlu berganda-ganda. takpelah dah nasib diri macam ni. tak kan nak bandingkan diri dengan keselesaan orang lain. maaf la kalau selama ni menyusahkan! lepas ni akan lebih berhati-hati dan sedar diri!

1 comment:

DJ said...

ko lupa azam ko yg dr tahun 2010 bawak ke 2011 ke 2012 ke 2103 dan 2014.........nak kurussss macam zaman degreeeee!hahahaha

Powered by Blogger.