portfolio ringgit.

15.12.2013

2014 ni strictly kena tambah portfolio kewangan yang baru. ni semua gara-gara tiada lagi potongan kwsp sebab dah masuk skim pencen. memang memeningkan. lepas baca majalah personal money tu baru terbuka mata tentang unit amanah yang moderate risk. tapi still belajar lagi. belum yakin nak terjun dalam portfolio ni.


ok sebut pasal unit amanah ni memang macam asing. tapi sebenarnya unit amanah ni memang kita familiar pun sebab kalau tau pasal asb, asn tu unit amanah la. tapi very low risk. kalau korang ada insurans yang investment link memang sebenarnya korang dah terjebak lama dengan unit amanah ni. macam ai yang baru discover, walaupun dah bersama insurans tu since 2007. baru tau rupanya insurans yang ada investment link ni, 40%-100% premium yang bayar tiap2 bulan tu akan dilaburkan dalam unit amanah yang company insurans pilih. memang tak amik tau langsung kan selama ni, bayar je tiap2 bulan.

now selepas 6 tahun, 100% nilai premium yang bayar setiap bulan dilabur dalam unit amanah yang patuh syariah. walaupun harga seunit cecah rm3 layan je lah ye. sebab selama ni memang tak perasan pun. nilai yang dilaburkan selama 6 thn tu pun dah bole beli 1500+ unit. Alhamdulillah :-)

ok now open my wide eyes. look for opportunity! chaiyok!

0 comment:

Powered by Blogger.