oh my kl!

21.12.2013

hari ni ada misi penting. misi nak turun kl dengan beberapa tempat tujuan dan aktiviti yang dirancang dari awal. hmm. bunyi macam misi 007 pulak kan. apa2 hal, kita breakfast dulu. jom makan laksam!


actually hari ni, ai nak terjah pusat darah negara kat jalan tun razak. objektif utama nak jumpa doktor darah dan kedua untuk derma darah. dipendekkan cerita, hari klinik cuma pada hari isnin hingga jumaat sebelum pukul 12 t/hari. sekaligus ia membantutkan niat ai untuk derma darah. tapi takpe, at least effort dah ada kan? so, sebelum balik sempat grab beberapa leaflet untuk bacaan. later ai will share some benefit info dari leaflet2 tu, k :-)


so tak jadi derma darah, maka ai heading to jalan tar. alang-alang kan dah turun kl, bukan selalu. ingat nak masuk sogo, tapi bila fikir takde apa nak cari maka batalkan niat ke sogo. aim hari ni nak cari kain pasang untuk buat baju kerja 2014. hahaha. kebetulan hari ni ada pasar, so ada banyak la kain2 pasang yang terjual, memang menarik! tapi ada satu kedai Aria Fashion, tengah ada promo so masuk intai2 kain pasang. pergh, masuk dalam ni memang tengah sale! niat mula2 nak beli dalam 4 pasang, end up terbeli sampai 8 pasang (termasuk mak punya) which cost me around rm290. erk. tapi ok la jimat dah tu, kain dia pun cantik2. sabar je lah tengok. nasib ai bukan cikgu, kalau tak lagi giat memborong! hahaha.



dah abes shopping kain, singgah kat kedai buku, beli novel damya hanna. eh, kaki novel katakan, jiwa muda remaja mestilah baca novel. hahaha :-)


memandangkan 2014 adalah tahun untuk memulakan gaya hidup lebih sihat, terus nak singgah kedai kasut beli sport shoe. hahaha, alasan sangat, jangan sampai berhabuk sport shoe tu dah la. 


bila dah lapar, jom masuk kfc pertama! 


dah kenyang, now masa untuk bergegas balik ke wilayah p! penat tangan makcik bawak beg kiri kanan. ahahaha. after a long day (katanya...) dan kesusahan membawa barang-barang yang berat, nah sweet threat untuk diri sendiri.

0 comment:

Powered by Blogger.