nabil nak kawen

27.12.2013

hari ni ai create 1 group wassup untuk geng uk dengan tajuk "nabil nak kawen". hahaha. mula-mula nabil mesej tanya nombor2 hp geng uk. malas nak taip ai create je group kan senang. akhirnya reunion la geng2 uk walaupun di alam maya. tapi tau2 je lah bila mak2, para isteri, gadis-gadis dan bakal suami bergabung, memang gamat! macam2 cerita ada. how time flies! dah hampir 12 tahun kita semua berkawan. 

kalau tak sebab nabil nak kawen memang tak buat group ni. tapi nabil jugak la yang menyibuk (read as kepoh gila-gila) tanya ai "ko bila nak kawen asi". demm nabil, mentang-mentang ko nak kawen dengan pucuk muda berlagak eh. oh, untuk rekod shameer pun kawen hari ni tapi sebab tak tahu malas nak cerita lebih-lebih. yes, sebab hati kering malas nak jawab soalan nabil. jawapan mudah ialah "nantilah". 

walaupun tak boleh nak jangka how long we all mampu berwassup atas kekangan tugas dan keluarga, harap2 persahabatan kita akan berterusan sampai bila-bila. harap2 dengan adanya grup ni, kawan yang sorang tu akan lebih menghargai apa yang dia ada. harap2 faham teori pokok orkid ai. hahaha. yang tak reti2 nak kawen ni, please amik mood kawen eh. hahaha. hadap la cerita pampers, susu, anak, laki, masak dll. grrrrrr.

p/s: masa untuk create official boyfriend application form. eh? hahaha.

0 comment:

Powered by Blogger.