misi work & play @ Johor Bahru!

3-5.12.2013

Alhamdulillah, finally it's a wrap! kami di JB untuk penutup siri jelajah #seminarAJ 2013. not sure tahun depan ada lagi ke tak roadshow since awal tahun will be super busy dengan operation date FAA&FAR!

3.12.2013

kami bertolak ke JB dalam pukul 2.30 pm diiringi hujan yang sangat lebat disepanjang perjalanan. langit pun mendung je. sampai area JB dalam kol 6 pm, tapi oleh kerana sesat, kami reach kat hotel Pan Pasific around 6.45 pm. selamat sampai ke destinasi :-) check in kat hotel ni is so lambat dengan staff dia yang tak friendly! 



setelah berehat dan memanjakan diri, kami decide untuk turun dinner. hmm, apa makanan menarik kat JB ni? tak tahu apa best specialities, tapi kami gigih menapak dari hotel ke Galeria@Kotaraya untuk makan crepe n KFC! hahahaha. 




4.12.2013

hari ni dimulakan dengan lawatan tapak ke MKAJB :-) kali pertama ai kat sini untuk merasa feeling2 kerja kat lab. tapi as usual soul tak pernah ke arah lab maka feeling lawatan biasa-biasa je la. (jangan la kena transfer kat lab. pls! ) dalam pukul 11 am kami bertolak ke Galeri Glulam, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia. building dia memang cantik tapi tak sempat la ai ols nak hayati. hehehe :-) 

kali ni kat dewan di Galeri Glulam ni memang lebih mencabar! mula2 dapat dewan yang paling tepi. macam2 hal ada- burung berterbangan, bunyi bising kenderaan dari luar, dewan yang terlalu terang dengan cahaya matahari dan macam2 hal. stresssssssssss sangat dibuatnya!! bila pancar slide masing2 kabur! double stress. fikir punya fikir, kami decide untuk pindah ke dewan tengah which better dari segi gangguan bunyi dan cahaya. kesian encik2 glulam yang dah kemas dewan but what to do, dah katanya kerja dengan perfectionist. hehehehe :-)


lunch hari ni, makan penuh berselera dekat kedai Asam Pedas near PKD JB. pergh meletop-letop kepedasannya asam pedas ikan pari, makan siap bertambah kuah asam pedas, teh o ais limau 2 gelas kot. sedap. 

balik dari lunch, sambung pening-pening lalat pasal dewan. luckily kat JB ni we have so much help dari team MKAJB. masing2 ringan tulang tolong susun meja dan setup untuk keperluan seminar. tq so much guys! kami pulak pening memikirkan setting slide yang nak dipancarkan ke layar. macam2 hal. finally around 5pm, kami semua berpuas hati dengan setting. Alhamdulillah. TQ Allah! TQ guys!


balik dari setup dewan, kas&zila ajak kami berjalan2 kat JB. untung laaa kami ada kawan yang baik macam depa. kalau tak malan ni makan mcd pulak. hahahaha. mula2 depa bawa kami ke the zon. bestnya ada tempat jual cokelat-cokelat ala2 kat langkawi. kedai yang zila suggest is cocoa tree, kebetulan tengah ada sales! memang lebur la rm ai ols. ahahahaha. iman tak kuat betul. 

masa dinner, depa ajak kami makan kat my sayam@stulang. dekat je dengan the zon. zila n ai classmate masa kat matrix dulu dan kami close juga. bila dah jumpa ni, macam2 gosip lah keluar. nasib baik zila ni masih maintain tak banyak cakap, kalau tak ke laut la gosip kita zila oii. hahaha. oh makanan kat my sayam ni sedap jugak la.






5.12.2013

hari seminar! Alhamdulillah, kat JB ni sambutan hangat. peserta yang confirm pun 97% hadir. hehehe. lega tak banyak masalah teknikal except mic yang tenggelam timbul suara orang yang bagi ceramah dan bertanya. overall, OK! oh sebelum terlupa, catering untuk lunch hari ni, kami disajikan dengan asam pedas yang woot woot lebih sedap dan menyelerakan. ikan sagai memang sedap dan lemak. teringat2 kesedapan asam pedas tu. lol!

okey, wrap untuk #seminarAJ. terima kasih kepada semua yang banyak membantu dan peserta2 yang hadir ke 5 siri roadshow kali ini. yeah!

0 comment:

Powered by Blogger.