kakak-adik bond time :-p

15.12.2013

hai. nama saya auni dan ini adik saya qila. hehehe :-)

kakak auni dah 2 tahun 1 bulan n adik qila dah 8 month. dua2 anak buah ma'long ni macam-macam karenah la ni. pening dibuatnya. yang paling mencuit hati, auni panggil mak - tok mak. ni semua gara2 dia confius dengar ada orang panggil atuk, mak. so dia decide panggil tok mak. habis cerita. hahaha. 

ada satu hari tu auni demam, obviously dia tunjuk perangai yang sama dengan ma'long iaitu tak makan ubat. haha. siap cakap, "ma'long auni tak suka ubat". eh, who cares? mama kamu sumbat jugak ubat  risau demam berlarutan. hari tu auni tido awal sebab dia tak larat. nak dijadikan cerita, pada hari yang sama jam 2.30 pagi, auni ketuk pintu bilik ma'long macam nak runtuh. semua orang terbangun, nak marah tengok auni yang ketuk. atuk sabar je lah. haha. tapi yang lawaknya auni kata "ma'long, jom tengok internet, auni tak demam dah". haaa? sekarang pukul 2.30 pagi kot. malas ma'long nak layan. sudahnya auni sambung tido balik, dan seperti dijangka auni bangun paling awal pagi tu dan kejutkan semua orang. siapa la yang tak bangun bila auni jerit "ma'long, bangun!!!". fine.


adik qila is so gadis air mata. asik menangis je. mak kata, biasa lah qila ada bulu mata lurus, memang kuat menangis. hahaha. tapi yang paling penting, qila memang anti dengan ma'long. mesti sebab ma'long suka besarkan mata kat dia bila dia menangis. so kaki pembuli ma'long ni. memang setiap kali nak dukung qila dia menangis macam kena dera. sakit telinga ma'long sebab suara dia pitching tinggi. hailaa, anak buah yang sorang ni.


apapun, ma'long doakan anak2 buah ma'long ni sentiasa diberi kesihatan yang baik, jangan nakal2, jadi anak yang baik, bijak dan lain-lain. sayang budak2 comel ni ketat2. muah.

0 comment:

Powered by Blogger.