frozen samosa project with chef mila

1.12.2013

sekarang semuanya mudah, nak makan kuih pun dah ada yang frozen. tinggal ongkosnya aja yang perlu disediakan. hehehe. mak join kelas buat kuih frozen beberapa minggu yang lepas. sudahnya mak tak habis-habis dengan project kuih frozen nya. most favourite kuih is frozen samosa.

petang tu dapat arahan untuk kopek dan dadu almost 4kg kentang+beberapa biji bebawang untuk buat inti. chef aka mak siap sedia dengan peralatan dan bahan lain untuk masak inti. kami pulak kena asingkan kulit popia satu-satu. 

masa untuk melipat!

tak dinafikan, buat samosa ni memerlukan sedikit skill. eh, bukan senang ye nak lipat segitiga tu sambil inti tak tersembul keluar! untuk selamat isi sikit2 inti sudah. hahaha. memang makan masa jugak la nak melipat segitiga samosa ni. stress pun ado. tak cukup sabar ai ols. makan tahu nak sedap je. 

hasilnya




masa pulang ke wilayah p, mak telah tapau kan kami adik beradik berketul2 frozen samosa ni. untung laa kan. tq mak!

update 7.12.2013

lapar pulak petang2 ni. apa kata kita goreng frozen samosa untuk minum petang? hehehe. jemput minum semua :-)



p/s: layan novel ni. ok tapi tak berapa enjoy :-)

0 comment:

Powered by Blogger.