aku sepasang kasut sukan

22.12.2013

masa sekolah rendah dulu, cikgu selalu suruh kita tulis karangan bibliografi (ye ke term ni?) pasal pensel, pen, kasut dan lain-lain. oleh kerana, karangan bukanlah kesukaan ai, maka end up karangan tu jadi ntah apa-apa, takde soul katanya. hari ni kalau cikgu suruh tulis karangan aku sepasang kasut sukan, rasanya idea belum tentu turun mencurah2. ah lihat saja penulisan ai ols kat belog ni, ntah apa2 gak. tapi layan je lah. hehehe :-) 


kasut sukan putih oren

kalau suruh recall, ai dah tak mampu ingat bila ai beli kasut ni. rasanya dah lama sangat kot. kasut ni memang berbakti, walaupun hakikatnya dalam beberapa tahun kebelakangan ni boleh dikira dengan jari ai menggunakannya. end up, kasut pun rosak dimakan usia. eh.

kasut sukan kelabu oren

kasut sukan ni ai beli supaya dapat mengembalikan jiwa atlet satu masa dulu. hahaha. wei, sila jangan gelak ok. ai memang pernah jadi atlet lompat jauh n lumba lari okay. but, once upon a time lah! dah semakin dewasa ni, memang takde la sukan2 tu. tahun 2014 ni, ai berazam (hmm..) untuk lebih banyak bersukan dan beriadah. harap2 dengan kasut sukan baru ni, akan lebih semangat kesukanan. hehehe :-)

baiklah mari berusaha. sekian laporan aku sepasang kasut sukan :-p


p/s: rindu kat cikgu sebab dua tiga post asik tulis pasal cikgu. eh?

0 comment:

Powered by Blogger.