pengurusan emosi di tempat kerja

20.11.2013

hari ni ada sesi pembelajaran sepanjang hayat aka technical update kat ofis. sebab tajuk dia menarik dan half day maka ai rajin2kan diri masuk dengar talk. ai would say, talk ni bagus dan release stress. hehe :-) takde slide ceramah yang boring2, tapi ada banyak aktiviti yang langsung tak menyebabkan rasa mengantuk. hmm.

intro talk hari ni ialah lukis muka sendiri bila gembira vs marah. pastu tayang kat kawan-kawan. 

 muka bila ai gembira
muka bila ai marah

penceramah: kenapa lukis simple je muka sendiri? 
ai: oh lukis simple2 sebab hidup ni singkat, semua kena direct je. kalau complicated sangat jadi susah plak.

pergh jawapan tak menjawab soalan kan. hahaha. paling tak boleh blah, penceramah kata muka ai ni garang. hmm. memang garang pun. well said. cuma kat ofis ni, perangai garang tu hibernate sikit la (boring!) rindu pulak zaman keja kfc yang asik menjerit kat staff. ampunkan miss ye anak2 buah sekalian.

pastu ada aktiviti dengan kiub. hmm, susah nak explain, tapi memang payah sikit la nak uruskan kiub ni. one of aktiviti yang menguji tahap stress. ai tak berjaya pun dengan aktiviti kiub ni, tapi takde la stress mana pun.

next setiap kumpulan diberi satu pernyataan emosi, group ai dapat "tenteram". task dia ialah buat satu ayat yang menggambarkan tenteram. so setiap orang kena tulis ayat masing2 tapi tak boleh tiru. memang macam2 ayat keluar. group kami sempat cipta 12 ayat yang boom boom. yang kelakarnya, penceramah suruh kami persembahkan 12 ayat tu kepada kawan2. memang kelakar la kan kena buat show pulak. group kami buat dikir barat, sila percaya ya. tapi habis semua dikir barat berterabur. lol.

last one, kami dapat satu kertas bentuk love. kena tulis ucapan atau kata2 semangat kepada kawan yang kita nak bagi. ai bagi kat kak ani, ai pula dapat dr irma. hehehe :-)

overall technical update hari ni memang menarik :-) tq puan penceramah!

0 comment:

Powered by Blogger.