misi work & play @ Terengganu

23-25.11.2013

yeah! misi work n' play kali ni ke negeri Terengganu aka ganu kite :-p masih dalam mood siri jelajah roadshow akta jm. mood masa mula-mula nak pi roadshow kat Terengganu ni memang malas (read as langsung tak semangat) sebab penyertaan tak ramai macam kat tempat2 lain. lesu je. tapi kerana kerja ku turutkan jua :-)

23.11.2013

kami ke Terengganu dengan flight MAS. hmm, naik flight kecik, mak aii panasnya macam sauna. mungkin sebab orang ramai or ada masalah teknikal dengan air cond, ntah la. yang pasti memang hot! tapi yang menjadikan perjalanan lebih "hot" ialah adik pramugara azrool yang comel dan baik dan sweet :-) okey. gedik kuasa 3.

sampai je kat airport KT, ada suara riuh rendah sambut penumpang. masa tu kami fikir suara riuh rendah tu sebab nak sambut peserta monsoon cup. masuk je laluan pintu arrival, memang luar biasa sambutan. feeling2 vip pulak, banyak camera, video, orang bersorak n tepuk tangan. lol. ada apa ni? lepas interview abang bikers, rupanya2 ada acara MAS & MH Bikers bersama pelanggan. laaaaa, sambut kami rupanya. hahaha. so, tanpa melepaskan peluang, kami posing kat motor2 MH Bikers yang ada kat luar tu. tapi glamer sekejap sebab banyak camera yang amik gambar kami. motif? ntah la.



ini baru semangat nak datang Terengganu! kali ni kami check in kat Hotel Tanjong Vista. hotel ni nice, bilik ok, kami dapat view yang nampak laut :-p syok!



bila malam menjelma, masing2 lapar! kami turun hotel n cari kedai2 berdekatan, hmm nan ado. nasib baik ada satu gerai kecik sebelah hotel yan hidang masakan panas n keropok lekor, apa lagi jom kita makang! eh? menu utama nasi goreng kampung- sedap akak ni masak dan keropok lekor nyum2. kenyang sampai esok pagi. huahuahua :-p



24.11.2013

hari ke-2 kat Terengganu. misi hari ni ialah untuk buat persediaan untuk event hari esok. tapi misi makan masih berjalan. eh, tak lengkap kunjungan ke Terengganu kalau tak makang nasi dagang kan? jom ke kedai nasi dagang yang femes kat sini- Kedai Nasi Dagang Kak Pah :-)



ai jarang-jarang nak suka makan varieti nasi pantai timur ni. tapi nasi dagang kak pah ni boleh dikatakan sedap ditambah pulak dengan kari ikan tongkol yang marvellous. yummy dan sangat mengenyangkan!





siap breakfast, kami bertolak ke mkkm Terengganu untuk mesyuarat logistik. banyak perkara yang dibincang dan diborakkan. ai pulak dapat peluang melawat kawasan makmal. hmm, amik feeling keja lab katanya. hihihi. waktu rehat kami bergegas ke pasar payang. memandangkan masa agak singkat dan fulus pun tak berapa banyak maka shopping ala kadar je. ai sempat grab kain batik n pelikat untuk parents dan baju untuk auni n qila. pastu kami gerak ke dewan, buat preparation dan final touch untuk seminar hari esok. masa setting dewan ni memang dapat kerjasama penuh dari orang2 kuat Terengganu, terharu pulak. u guys memang super best! 





usai berkemas kat dewan seminar, kami teruskan dengan plan minum petang kat kedai yang boleh dikatakan top spot untuk makan makanan celup tepung ni. okey, jom kita ke ICT Haji Pok Long (on d way nak pi airport). kedai ni mengamalkan konsep layan diri. apa nak makan, apa nak minum semua amik sendiri. ramai orang masa kami sampai, memang murah rezeki tokey bisnes. 





hmm, semua makanan pun nak kena celup tepung! rasa sedap, sos cicah pun sedap. eh apa lagi, makang-makang! hahahaha :-p

 cendawan celup tepung
 telur sotong celup tepung
 ikan celup tepung
 udang celup tepung
 keropok lekor
 cucur tepung


serius kekenyangan lepas baham semua makanan celup tepung ni. huhuhu. balik hotel, lepas lenggang2 perut, kami terus amik mood tido. dasar genetik ular sawa :-p

25.11.2013

hari event! kalau ikut maklumbalas memang kurang memberangsangkan penyertaan orang2 zon timur ni. tapi Alhamdulillah, masa registration peserta bertambah, dewan pun full house :-) legaaaaa. habis je event, kami terus bergegas ke airport. tapi oleh kerana masih ada sedikit masa, kami request pok din (driver Terengganu) untuk bawa kami melawat tapak Monsoon Cup Terengganu. sempat kan, hehehe :-)







ok, now masa untuk pulang! yeay! tq untuk semua yang membantu :-)

0 comment:

Powered by Blogger.