misi work&play @Kota Kinabalu

29-31.10.2013

kali kedua ai jejak kaki ke KK untuk tahun ni. tapi kali ni trip kerja :-) yeah, jom laksanakan misi work&play di KK!

29.10.2013

jom kita kembali ke KK! ai always heart KK! hehehe :-) perjalanan dari Kuching ke KK adalah dengan menaiki MASwings :-( huhuhu. pening kepala ai ols, dah la dok kat seat tengah2 yang nampak bilah2 kipas tu. perasaan seram bercampur baur dengan ngeri. hahaha. nasib baik pramugara dia comel dan manja. hahahaha. 

sampai kat KK dah malam n driver pun dah tunggu kami kat airport. misi check in KK Waterfront agak kecoh sikit sebab bos baru tau yang hotel ni takde breakfast. hihi. kata nak hotel dekat dengan Sinsuran, we all cari lah hotel berdekatan. actually KK Waterfront okey je bah tapi untuk eksekutif/ business trip tak sesuai la kot. sampai je hotel masing2 nak lunjur kaki, hilangkan dizzyness naik MASwings. gedik sangat kan? 

30.10.2013

hari ni kena cari breakfast sendiri. kami tag sekali en boss untuk follow kami. rasa bersalah plak book hotel takde breakfast. huhu. pagi ni kami makan kat restoran sri melati, walking distance je dari hotel. restoran ni dekorasi dia ala-ala hotel. makanan dia pun nice :-) part paling best ialah en boss belanja minum pagi kami. untung laa kan? 




tak tau kuih apa. tapi rasa cam kuih bakar. sedap

dalam kol 10 am, kami bergerak ke jkn sabah. sesi meet n greet katanya. (amik feeling keja kat jkn sabah, phew) sampai opis, memang ai tak kenal sapa pun lah. nasib dj n irma senior, so diaorang lah yang sibuk hi sana sini. tapi ada gak la yang buat panas hati #macambagusje. hahaha. cik sitti sampai je, terus kami discuss n gosip apa2 yang patut. lunch treat cik sitti bawa kami makan kat Kak Nong.

Kak Nong ni tempat makan yang agak selesa and bersih. food dia pun sedap :-) worth to try la. tq cik sitti yang belanja kami makan kat sini. untung laa kan?


 ini sedap. sherbet mango longan.
sour soup dengan kiwi kalau tak silap. sedap gak. 
 makan nasi putih ngan sambal udang. sedap.
dj's order.

lepas lunch kami bergegas pulak ke kompleks kebudayaan negara sabah. lokasi seminar #AJ kat Kota Kinabalu! whoa, tempat dia super nice. bilik yang kami sewa pun nice, tak payah nak touch up sangat. so, kami arrange n setup apa2 yang patut :-) dalam kol 5 lebih kami bergerak balik, tapi kali ni kami singgah sebentar kat pasar sinsuran untuk shopping ikan bilis. huhuhu :-)

mission untuk dapatkan jus mangga philiphines tak berjaya kali ni. no more 100% jus mango philiphines yang sedap. mana tak nya, jus mango kali ni ada tambah susu n gula. rasa dia pun tak sesedap jus mangga yang ai minum masa first trip awal tahun ni. frust je. next time nak beli mango philiphines and buat sendiri laaa.

dinner malam ni, cik sitti n cik fiedah nak belanja kami- courtesy treat katanya kat restoran nelayan. tempat ni agak mahal laa n jauh sikit dari KK. tapi sebab orang nak belanja kami turutkan la. hehehe. specialnya kat restoran nelayan ni ada persembahan budaya sabah. sementara tunggu makanan tu, kami cuci mata tengok show bah!



makanan kat sini makanan ala-ala chinese style. macam-macam ada :-) 







pergh memang mengenyangkan. nak dijadikan cerita, en boss yang keluarkan duit belanja kami makan. hehe. Alhamdulillah, rezeki makan malam ni. untung laa kan?


31.10.2013

hari event seminar #AJ di KK! Alhamdulillah, ramai gak participant yang muncul. harap2 semua peserta akan dapat manfaat dari seminar ni :-)


sekretariat yang kelaparan. hihi.

habis event, kami bergegas pulak ke airport. still awal lagi, rina ajak kami shopping kat jamilah. hahaha. ai ols takde la nak shopping kan kat jamilah ni. masuk kedai pun dah seram. hahaha. pearl harga sampai beribu2. baik beli emas. cuci mata je la. hahaha.



tq rina sebab entertain kami kat KK ni :-)


ok, now masa untuk pulang semenanjung. sampai jumpa lagi KK!


p/s: syndrome malas update belog menyerang. maka tertangguh semua entri2 yang patut ditulis. hehehe. tabahlah ya?

0 comment:

Powered by Blogger.