misi work&play di Kuching, Sarawak!

27-29.10.2013

kali pertama menjejak kaki ke Kuching. perasaan? excited dan tak sabar! tapi oleh kerana tujuan ke Kuching kali ni atas urusan kerja, maka mood berfoya2 terpaksa dikikis. ehehe :-p eh kali pertama gak naik mas. hahaha. double excited :-p

nota: pic kredit to dj'sn boss fb :-p

27.10.2013

perjalanan hari ni bermula pada jam 7.30 am. awal, sebab nak mengangkut barang2 yang sekian banyaknya. sampai kat klia around 8 lebih, pose mana2 yang patut dan breakfast nasi lemak sedap. 

hahaha. apahal nak amik gambar depan ni? muahahaha.

makan pun share sebab rasa kenyang nak pi jalan-jalan

muka excited kan? kan? hahaha.

bertolak dari klia at 10 am dan sampai kat Kuching around 12.30 pm. perjalanan tak terasa lama pun, sebab disibukkan dengan agenda makan dan layan half movie Life of Pi :-) tq MAS! kat Kuching, kami check in kat hotel grand margherita, family room. muat la untuk ai, irma, dj share satu bilik. hehehe :-) bilik kat sini, selesa dan cantik. lokasi pun strategik. 

family room katanya

dah sampai kat Kuching ni, elok benar lah kalau "amik mood" dengan bersiar2 kan? tanpa melengahkan masa, jom kita berjalan!

things to do- short trip work vs leisure at Kuching

amik gambar kat kucing batu

driver kami, en brennen kata ada banyak kucing batu kat Kuching, kami sempat jumpa 2 je kucing batu. jadi laaaa.


famili kucing betul2 depan hotel :-p

seberang sungai untuk misi kek lapis

kat seberang sungai ni memang ramai peniaga kek lapis. macam2 ada, tapi yang glamer selalu orang2 semenanjung dok sebut kek lapis Mira n kek lapis Dayang Salhah. seberang sungai dengan bot merupakan pengangkutan yang paling cepat dan efisien. tambang range rm0.50 ke rm1. tak sempat nak gayat la dok dalam air, sekejap je dah sampai :-)




sensori test kek lapis@Mira Cake House

ramai local yang suggest kek lapis kat Mira. sedap sangat katanya. kami pun buat sensori test gak la. tapi memang tak dinafikan antara kek2 lapis yang kami makan kat seberang sungai ni kek lapis Mira memang moist dan nyaman!





jalan-jalan kat jambatan

sebelum amik bot balik ke hotel, kami jalan2 menyusuri jambatan yang ada. mula2 memang tak faham kenapa ada jambatan ni, tapi bila jalan sampai hujung, rupanya boleh nampak bangunan DUN yang tersergam indah. so apa lagi, jom pose!


28.10.2013

hari ni hari sibuk membuat persediaan untuk seminar. ada masa gap dalam 2-3 jam, kami sempat cuci mata, shopping dan sightseeing! amik kesempatan kan. hehehehe.


trip kat Kuching ai diserang sakit gigi. memang sakit yang berdenyut2. macam2 hal gigi ni bila semakin tua. jalan2 kat kaki lima, ada pakcik jual "ubat mujarab" untuk sakit gigi. hahaha.



tadaaaa. itu dia gambir! mula2 tu memang segan gak nak berenti sebab dari stori kak piza, yang orang datang kat bumi kenyalang ni beli gambir untuk aktiviti lain. tapi oleh kerana, denyutan sakit gigi tu memang cannot hold, ai pun beli je la. satu paket rm10. 

experience guna gambir ni- pahit sikit sebab rasa getah dia kot. make sure masa nak sapu getah gambir tu betul2 kat area berkenaan. kalau tak memang kebas la area2 yang tak sepatutnya. hahaha.

29.10.2013

habis je event, kami sambung aktiviti shopping! oleh kerana masa agak mencemburui, maka en brennen sempat bawa kami ke Mira- shopping kek lapis dan Pasar Satok- shopping ikan terubuk masin. yeay!


27-29.10.2013

aktiviti wajib bila kat Kuching, ialah food hunting. memang tak sangka rupanya banyak makanan yang super yummy kat Kuching. macam2 yang kitaorang hunt, dari mee kolok, teh c peng, banana cheese, chicken wing, seafood dan macam2. post pasal food ai akan buat later, okey?

ok, stay tune. janji sambung next post (soon.... hehehe)

0 comment:

Powered by Blogger.